Tuesday 18 April 2017

Temperature Vegetables: Zucchini, Carrot, Cauliflower, Purple Kohlrabi & Asparagus.

Mmm...saya bukanlah berselera orang putih.  Cuma seronok  nak mencuba tanam pokok sayuran beriklim sejuk ni. Cuba bereksperimen. Nak tengok boleh tumbuhkah pokok-pokok sayuran ni dalam cuaca panas & lembab kita.  Lagipun biji benih beli online ni murah saja. RM2.00 sepeket. Kebanyakkan benih yang saya semai tumbuh dan membesar. Jadi  anggapan cuaca tidak sesuai  adalah salah dan tidak tepat. Sebenarnya ilmu pertanian patut ada jika kita mahu dapat hasil yang maksimum. Saya pula main bantai saja...

Ini adalah pokok zucchini pertama saya tanam. Subur. Pokok ini sejenis dengan labu jadi ia mudah menyesuaikan dirinya dengan cuaca setempat. Tapi mahukah dia berbuah? Ini adalah soalan utama yang timbul jika kita menanam pokok beriklim . Rasa sangsi cukup memusuhi fikiran. 

Dalam sebulan lebih zucchini hijau ini mula berputik. Sukanya saya. Rasa berjaya. Malangnya tanaman pertama saya ini patah kerana batangnya  yang terlampau berat jatuh melebeh kebawah. 

Kali kedua mencuba zucchini kuning. Saya tanam terus atas tanah. Berhasil walaupun baru sebiji. Tengahari tadi saya sudah petik untuk disayurkan. Jangan gelak.  Inilah kali pertama saya makan  timun labu ini. Walau pernah lihat dipasaraya tapi saya tidak pernah ingin membeli kerana bukannya sayuran lazim kita. 

Resipi mudah untuk menikmati rasa sebenar sayuran yang saya anggap cantik ini. Warna kuning dirajanya tetap utuh walaupun sudah dimasak. Tidak terasa sangat seperti labu atau timun tapi sedap. Teksturnya rapuh itulah yang saya suka. Hadir bersama ialah kohlrabi ungu...biasa dengar & makan tak?

Ini pokoknya. Cantikkan hijau keungguan. Bahagian yang dimakan selalunya ubi yang membulat di bahagian batang namun daunnya juga boleh dimakan dan rasanya seperti kailan. Walaupun berubi tapi sayur ini sejenis dengan  bunga kobis dan brocoli. 

Bercakap pasal bunga kobis / cauliflower, ini dua pokok percubaan saya. 

Hampir tiga bulan mula berbunga. Puas tunggu.

Bangga, suka & puas hati walau tak sebesar mana. Cukup sekali sayur. 

Carrot pun boleh tumbuh dalam cuaca panas ekstrim. Daunnya sangat cantik dan boleh dimakan. Bila musim hujan saya masukkan kedalam pasu dan tinggalkan sepokok saja di atas tanah.

Yang sepokok itu berubi dulu sebab tanahnya cukup gembur dan berpasir.

Ini pula pokok asparagus tengah lebat berbunga.  Lama sudah makan hasilnya. Tanam dari tahun lepas.  Pokok ini berbaloi dtanam kerana boleh hidup sampai berpuluh tahun. 

Secara peribadi berjaya juga saya menanam pokok beriklim ini. Sudah tentu cuaca bukanlah penghalang. Sekarang saya sudah ada pilihan yang mana berbaloi dan patut dikekalkan.

Berbalik pada menu kebun. Carrot kontot sudah pun di cabut. Nampakk...ada rupa juga kan. 

Hasilnya..mmm..sayur campur fresh dari ladang......sendiri tanam, sendiri masak & sendiri makan. Yang penting happy & bebas racun. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!















28 comments:

  1. Seronok dan bangga dah tentu lah .. hasil dari percubaan, suka2 nak bereksperimen tiba2 benar2 menjadi dan dapat mengeluarkan hasil.. dapat masak dan makan sekeluarga lagi hasil dari ladang sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KN..tapi saya duk seronok sorang2 kat rumah sebab bapa & anak beranak tak minat pun dengan pokok-pokok ni...hubby cuma ingat sawi saya bila dia nak makan maggi atau mee kuah...time tu ha..dia pi pilih yang gemuk-gemuk punya...dia cakap: simpan buat apa nanti tua tak sedap..hehehhe....

      Delete
  2. Tengok pon dah menyelerakan. apatah lagi merasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa saya dah suka pada zucchini, lain kali balik kampung bolehlah beli dipasaraya. Ditempat saya susah sangat nak jumpa...

      Delete
  3. tabik la pada kak mala..semua percubaan menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kam, saja syok2 tanam selit2 bersama sayur lain.

      Delete
  4. Suburnya... Senang melihatnya. Cauliflower kami pun sedang mulai berbunga, ada beberapa yang siap dipanen minggu ini. Saya pernah tanam kohlrabi 2 kali tapi gagal semua. sesuai saran Kak Mala asparagus kami pindah ke tempat baru yang cukup cahaya matahari, kita lihat nanti progressnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya kohlrabi ini tidak menjadi ubi pun tak mengapa. Daunnya sangat sedap dan rapuh macam kale juga. Tidak pahit pun. Harap berjaya dengan asparagus. Tanam biar banyak pokok baru seronok mengutip hasilnya nanti.

      Delete
  5. WAH SUKA SGT TENGUK TANAMAN MALA MENJADISEMUANYA JADI SUMBER SAYUR SEGAR BRKHASIAT UTK KELUARGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah juga lepas untuk sayur..tapi sekarang musim hujan..kebun pun dah penuh rumput pula

      Delete
  6. bestnyer makan sayuran yg ditanam sendiri mkcik norm kann., ;p

    ReplyDelete
  7. Wow! Memang Mala ada green hand! Semua menjadi! Selalu beli benih online kat mana? teringin nak beli benih asparagus....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please add fb Jusery Jausin atau NorAinon Othman tangan hijau

      Delete
  8. Jelesnya makchq dengan sayuq2 Mala..
    Makchaq ni setakat ni baru tanam sayuq sawi, kucai & kangkung dan herba2 yg tanam dalam bekas2..
    sibuk nak kenduri x dan sangat nak berkebun.. lepas kenduri hari2 hujan pulak bukan main lebat.. habis tenggelam kebun...
    Ingat lepas musim hujan lebat ni nak start balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sini pun Mak Chaq..hujan hari2..tenggelam kebun. Anak2 sayuran yang membesar habis lecur. Ulat & siput pun makan banyak juga. Rumput tu tok sah ceritalah...lemah tengok. Ni cuba semai lagi untuk bulan posa...kalau tak menjadi juga kena stop sat kut...

      Delete
  9. Saya cadangkan tulisan atau huruf2 di blog ni diputihkan lagi.
    Jangan marah. Itu cadangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nanti saya godek2 tengok. Lama tak duk belek bahagian setting..dah lupa pun setengah...

      Delete
    2. Saya suka baca blog ni, menarik. Cuma mata saya ni kabur sikit. Bulan depan jumpa pakar mata,

      Delete
  10. Seronoknya dapat menjinakkan pokok2 manja ni.
    WP belum pernah cuba try nak tanam. Takut tak menjadi.
    Tanam yang biasa2 aje bolehlah.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tanam cuma syok2 saja WP. Tapi untuk cadangan...bunga kobis dan asparagus cukup berbaloi ditanam.

      Delete
  11. Sweetest vegetable I have ever seen, yum yum! And, good job on these plants. They are hard to grow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just try for fun...some of them are not growing as desired.

      Delete
  12. Assalam puan...saya Ali..saya berminat untuk mendapatkan benih benih zucchini. Wassap saya ye puan utk butiran lanjut. 0122492947

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ali.
      Saya tak ada benih. Ali boleh contact seller on line ini melalui fb

      Seeds Galore
      Mieyza Dahalan
      Harlina Abdullah
      Nor Ainon Tangan Hijau
      Harap membantu ya.

      Delete