Friday 26 May 2017

Indian Blanket / Gaillardia Pulchella.

Sudah hampir tiga bulan bunga ini berkembang namun  baru hari ini berkesempatan nak perkenalkan dia disini. Indian blanket nama glamournya. Pokok bunga yang berbaloi ditanam kerana tahan panas dan hujan. Macam biasa saya beli benihnya dari online. RM2 saja sepeket. Dapat berpuluh pokok. 

Lihat pada warna merah oren nya yang terang. Mungkin sebab itulah dia diberi nama julukan selimut Indian  ( merujuk pada warna kain puak red Indian dipergunungan ) Bunga ini juga sekelompok dengan bunga matahari dan lain-lain famili asteraceae.

Indian Blanket terdiri dari pelbagai warna dan corak kelopak tertentu. Saya cuma ada sejenis ini saja. Di negara asalnya ( Amerika Latin ) kebanyakkan bunga ini tumbuh meliar dan dianggap rumpai. Walaupun begitu ia masih ditanam sebagai pokok bunga hiasan campuran kerana bentuk dan warnanya yang cantik. Ada juga dari jenis hybrid renek,

Mmmm...malam ini malam melihat anak bulan. InsyaAllah esuk semua umat  Islam di Malaysia akan berpuasa. Semalam saya dah kepasar untuk stok Ramadhan. Semoga Ramadhan ini puasa dan amalan saya dipermudah dan dperkenankan begitu juga dengan kawan-kawan muslim yang lain. Di kesempatan ini saya memohon ampun maaf sekiranya ada penulisan atau komen-komen saya yang tidak menyenangkan hati kekawan. Selamat berpuasa semua!


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



34 comments:

  1. CANNTIKNYA BUNGA NI..SALAM RAMADAN MALA N FAMILI SLMT BERPUASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Paridah. Selamat berpuasa dan beramal ibadat sepanjang bulan yang mulia ini.

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Ramadhan sdan selamat berpuasa Pokcik.

      Delete
  3. Ilmu menanam dan ilmu nama scientific yg ada itu yg kakak salute dgn Kak Mala ni. Pokok pun sayang dgn tuannya - subur & meriah.

    Selamat beribadah di bulan ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat beribadah buat Zakie sekeluarga juga. Bulan posa tak menanam sayur jadi barulah duk tengok bunga2 mana yang nak ditonjolkan...

      Delete
  4. Salam ramadhan mala..selamat beramal n happy gardening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Yon juga & selamat berpuasa.

      Delete
  5. Salam ramadhan mala..selamat beramal n happy gardening

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alhamdulillah cantik dan ceria je tengok bunga tu. Moga puasa di ramadhan ini juga seceria bunga indian blanket itu...amiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu semoga keluarga Abu pun sihat2 juga dibulan Ramadhan ini. Alhamdulillah setakat ni masih boleh berpuasa mcm biasa. Maklumlah kak ni ada gastrik jadi takut juga dia datang menyerang. Berdoa siang malam kak agar dapat berpuasa penuh.

      Delete
  7. Wah! cerianya bunga nie! Terang warna!
    Selamat Berpuasa Mala!

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Terima kasih Raihanah. Selamat beribadah & berpuasa dibulan Ramadhan ni.

      Delete
  9. Antara pokok bunga yang awal ditanam masa mula berkebun dulu.
    Suka banyak layer warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan panas betul pokok ni Diana.kak dah semai biji benih dia dari pokok sendiri tapi setakat ni belum tumbuh pun...Sealamat berpuasa & beribadah dibulan Ramadhan ni buat Diana sekeluarga.

      Delete
  10. Long time didn't see this blanket flowers. It's wonderful to find your garden has them. Enjoy the weekend and the blooms.

    ReplyDelete
  11. chantiknye bunga selimut Indian dua hinggit je tuuh ;)

    arini dh 17 hari puasa la mkcik ., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap saja kan dah nak sampai hujung Ramadhan

      Delete
  12. Rasa tenang bila menatap wajah bunga yang cantik ni.
    Salam 20 Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan WP..hari ni dah masuk hari ke 22...semoga mendapat berkat dimalam2 terakhir ni.

      Delete
  13. Assalamualaikum Kak Mala...salam Ramadhan & selamat hari raya Aidilfitri yg bakal menjelang x lama lagi...subhanaAllah...cantik sungguh bunga ni, dlu pernah Julie beli benih bunga ni, 2X Julie cuba tanam tapi takde rezeki, benih tak bercambah pun hihi...amcm kakak semai benih ye, share2lah info kak..nak kene belajar dr Ottai ni...Semoga Ramadhan ini segala ibadah & amalan kita dipermudah dan dperkenankan olehNya...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie...lama tak bersiaran ya. Semai guna peatmoss Julie. Kak pun berharap Julie memperolehi keberkatan dibulan Ramadhan yang mulia ini.

      Delete
  14. Oh, ada nama khas untuk bunga tu. Saya tak tau sangat pasal bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli benih sebab tu tau nama bunga. Kalau beli bunga dalam pasu selalunya tak tahu nama dia. Orang nursery pun banyak yang tak mahir nama bunga.

      Delete
  15. Replies
    1. Bulan posa tahun ni jadi malas nak posting. Lagipun minggu ni siang hari sibuk buat kuih. Lepas buka posa dah tak ada mood nak menulis. Lagipun hujan hari2 disini. Pergi lawat kebun...Ya Rabbi...semak samun jadinya.Lepas rayalah gamaknya nak meneras rumput disitu.

      Delete