Wednesday 22 November 2017

Merai Cucu Kedua.

Berkongsi kegembiraan bersama rakan bloggers disini. Menimang cucu kedua pada hari Sabtu lepas. Memang sangat mengujakan saya dan suami. Maklumlah kami tidak ada anak lelaki. Kedua-dua anak saya perempuan. Cucu sulung pun perempuan. Syukur Alhamdulillah. Dapat juga seorang kan.....Terubat hati cik suami yang mengidam anak lelaki. Manakala saya pula, ini adalah merupakan hadiah harijadi yang amat bermakna sekali. Tahun depan dapatlah sama-sama meraikan harijadi pada bulan yang sama.. Dah dekat-dekat  tarikhnya. 

 Jadi sepanjang tempoh anak berpantang ini, saya terpaksa abaikan kebun dan pokok bungalah jawabnya. Seawal pagi saya dah menapak kedepan dan kebelakang. Sekejap kerumah anak dan sekejap kerumah saya. Harap-harap boleh turun beberpa kilo lepas ni.

 Ikut tumpang happy mestilah sikakak tapi dalam masa yang sama suka buat perangai minta perhatian. Tak boleh marah sikit menjadi-jadi rajuknya. Orang semua duk bercakap pasal adik saja jadi dia rasa macam dipinggirkan. Kecil-kecil pun dah pandai terasa hati.

Dalam kegembiraan merenung wajah munggil cucu, saya terpandang bantal peluk disisinya. Mmmm....bantal peluk ibunya 27 tahun yang lalu. Masih bersih dan baru. Arwah ibu saya yang jahitkan masa saya beranak sulung. Kalaulah dia masih ada....

Satu sikit, dua tidak cukup. Itu  yang saya rasakan. Jadi saya sarankan anak sulung saya beranak lagi selepas ini. Menjeling dia..hahahaha..Bukannya apa,  takut dia pun berhenti setakat dua juga macam saya. Pada kawan-kawan bloggers,  minta maaf sekiranya saya tidak sempat melawat dan lambat membalas komen buat sementara waktu. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!





30 comments:

  1. Tahniah!
    "There's nothing like a grandchild to put a smile on your face, a lump in your throat and a warm feeling in your heart".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks iTS...You are absolutely right my dear!

      Delete
  2. Tahniah NS....
    Kegembiraan bergandalah ni ye. Cucu lelaki di bulan kelahiran gamaknya. Biasalah buudak budak bila dah ada adik, mmg jeles mintak perhatianlah tu.

    Happy Bezday jugak utk NS ye. Moga sihat dan dilimpahi rahmat Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hainom...betul tu kegembiraan berganda.

      Delete
  3. Salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Julia sudi singgah. Salam ukhwah!

      Delete
  4. Tahniah dapat cucu kedua, makin meriahlah nanti..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Tahniah kak, atas kelahiran cucu kedua. Mudah-mudahan menambah seri dan kebahagiaan akak sekeluarga. Selamat hari lahir juga buat akak, harap tak terlewat ucapan ini..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Terima kasih dengan ucapan. Busy sikit sekarang ni..cucu pula kena kuning.

      Delete
  6. Congratulation for the new addition in the family

    ReplyDelete
  7. chomeyy aihh...rasa mcm nak cubit pipi dia! Saya suka bau masam baby...haha...

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH MALA TUMPANG GMBIRADGN KBHGIAN MALA..MENYAMBUT TANGN KECILNYA MENDAKAP TUBUH HARUMNYA XTERKATA SUKANYA

    ReplyDelete
  9. Tahniah timang cucu Kak Mala!!!

    Geramnya tengok comel sangat.
    Teringin tambah lagi tapi si suami pula rasa tak bersedia.

    Dah sebulan dah kan usianya, tak lama lagi ibu dah habis pantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Diana..dah masuk sebulan.Cucu kak dapat kuning, sampai sekarang masih ada sikit2 lagi kuningnya. Berbagai petua sudah dibuat...susah nak hilang. Sudah ambil darah tapi belum dapat tahu keptusannya. Mudah2an semuanya berada dalam keadaan baik.

      Delete
    2. Jiran Diana ada pernah minta daun belimbing buloh kata nak buat mandi anaknya yang demam kuning.

      Delete
    3. Dah cuba Diana...apa saja orang cakap...semua cuba termasuk homeopaty. Alhamdulillah sekarang sudah berkurangan. Sampai nak lepas pantang pun. Menurut bisan saya, menantu saya dulupun sampai hampir nak tukar darah juga..Oh, no wonder la....like father like son la kan.

      Delete
    4. Teringat bidan kat Australia dulu kata ikut jenis darah juga tu.

      Selamat Tahun Baru 2018 Kak Mala.

      Moga tahun ini dianugerahi rezeki pelbagai dan kesihatan.

      Delete
    5. terima kasih Diana. Selamat tahun baru untuk Diana sekeluarga juga.

      Delete
  10. Tahniah Mala, dapat cucu lelaki.
    Semoga baby dan ibunya sentiasa sihat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...dah sepasang dah lah cucu Mala..
    Semoga ditahun baru ni dilimpahkan berbagai rezki...aamiin

    SELAMAT TAHUN BARU 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KN. Selamat tahun baru untuk KN sekeluarga juga.

      Delete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah kak. Bestnya bau baby

    ReplyDelete