Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Agak lama tidak bersiaran. Bukan busy tapi ibu jari saya sakit dan kesihatan saya tidak begitu baik. Berbulan juga ambil masa untuk sembuh. Musim hujan yang bermula pada awal puasa dulu masih berlarutan hingga sekarang. Kebun kebanjiran. Pekej tersebut membataskan aktiviti penanaman.
Bila rasa sembuh saya mulai kekebun. Masuk saja kesitu rasa macam nak nangis. Banyaknya pokok saya mati. Siput babi meriah berpesta. Ulat dan fungus juga menambah carta.
Berbelas jenis pokok bunga hilang dari radar. Tak tahu nak buat apa. Down rasanya. Macam nak give up. Bukannya murah pokok yang dibeli dan bukannya senang nak membesarkan mereka sampai ketahap itu.
Tapi tiada daya menolak kuasa alam. Ini saja hobi semenjak azali. Kena move on. Cari benih dan tanam balik. Kerana hujan masih bermusim jadi terpaksa kerja penyemaian benih di buat secara berperingkat.
Sayang sangat sesetengah bunga dah 5-6 tahun menyerikan kebun. Dua bulan tiada perhatian pupus sudah mereka.
Mmmm...macam tak percaya hilang begitu saja....
Redho saja la..Saat menulis ni pun hujan lebat masih membadai bersama angin kuat. So memerap di atas katil saja la dengan depa dua ekor ni....
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening.
Staysafe.
Allah... sayangnya! Baikpulih semula tanaman. Pokok bunga yang berwarna-warni menjadi penyeri laman, terapi minda juga.Moga selepas ini tanaman kembali subur.
ReplyDeleteItu la Amie....kemurungan sekejab rasa.
ReplyDeleteTiggal gambar-gambar bunga jadi kenangan akk, mesti sedih bila tgok semua tu.
ReplyDeleteYa sedih sabgat. Berbelas jenis pokok bunga mati.
Deletecantik bunga2 nya
ReplyDeleteDalam kenangan semuanya tu Syaz. Sebenarnya banyak lagi. Tak terlarat nak masuk kat sini.
DeleteInsyaAllah ada pengganti-pengganti yang akan menceriakan hati semula Kak Mala.
ReplyDeleteTake care.
Comel nurse kecik 2 ekor tu.
Kemurungan sekejab Diana. Betul2 rasa nak pencen. Tapi pikir2 balik bolehkah aku...😁
DeleteSalam Maulidul Rasul Kak Mala.
DeleteHope Kak Mala feel more cheerful now.
Tq Diana.
DeleteSemoga sehat selalu.
ReplyDeleteSaya ada hati juga nak tanam bunga bunga secantik ini tapi itu lah pokok bunga ni jenis manja.
Rasa serik tu dah makin kuat melekat dihati. Mungkin saya akan tanam semula tapi tak banyak macam dulu.
DeleteInilah cabaran kerja2 bertani.
ReplyDeleteKadang2 orang nampak indahnya saja.
Ya betul WP...
DeleteSesetengah tanaman ni memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berhasil.Tambahan saya pula tak guna racun. Jenuh lah bersilat dengan para siput dan serengga.
Allahu , lama kak Mala tak bersiaran rindu juga nak melihat keindahan taman kak Mala, semoga kak Mala di berikanNya kesembuhan sediakala, aamiin. Sabarlah kak in shaa allah nanti akan kembali berseri laman kak Mala dengan kehadiraan bunga-bunga baharu, stay strong kak, jaga diri baik2 ye :)
ReplyDeleteThanks Ana.Sini musim hujan yang agak kronik.Tak tahu sampai bila nak henti.
ReplyDeletesemoga diberi kesembuhan,dapat memeriahkan blog semula
ReplyDeleteTerima kasih Kam.
DeleteBersabarlah Normala...Nanti Allah ganti dengan yang lebih baik dan cantik.Atuk doakan sukses berkebun ...Amin
ReplyDeleteAamin. Terima kasih dgn doa yg baik.
DeleteYour flowers are so beautiful !
ReplyDeleteStay safe dear friend !
Tq Ela.
DeleteStay safe.
Nanti tanam yang baru yer, semoga cepat sihat dan cuaca kembali ok kat sana...
ReplyDeleteTq Zumal. Tengah giat semai benih n beli pokok baru.
Deletemukin ada hikmah ujianNya tuuuh., aminn
ReplyDeleteYa betul Wak.
DeleteCantiknya bunga-bunga tu
ReplyDeleteTq Tengku visit my blog.
Deletesukanyaaa bunga cantik cantik
ReplyDeleteTq dik.
DeleteInsyaAllah pasti ada hikmah di sebaliknya. Lawa-lawa bunga yg kak mala tanam.
ReplyDeleteTangan kak mala jenis 'sejuk' nie. Boleh tanam semula. Pasti seronok pokok² bunga tumbuh mekar di halaman rumah kak mala. Terapi mata n jiwa
Moga kak mala cepat sihat dan kembalu bersemangat untuk berkebun semula 😊
Tq dik dgn ucapan.
DeleteHanya ini hobi azali kak..berapa kali duk ingat nak stop sebab faktor usia tapi bila tengok bunga kurang hati jadi risau pula...😊
I chuckled when you say '...disappear under radar'. You know what... many have disappeared from my garden as well. High five! LOL
ReplyDeleteKita serupa....😁
Deletecantik2 bunganya.. mmg sayang kalau rosak. tapi apakan daya..
ReplyDeletexpe slowly nnt tanam semua. rose jepun mak saya pun banyak da kiok kena hujan..
Minggu lepas balik kampung. Puas hati noleh angkut ros jepun adik punya.
Deletesayangnya..
ReplyDeleteye betul kita takde kuasa melawan takdir. tanam semula semoga boleh menceriakan hati semula
Ya...jenam tanam sem up la tu yg kadabg kalanya rasa malas tu
DeleteSyafakillah kak semoga cepat sihat. Mujur ada 2 bodyguard tu. Apapun kesihatan perlu diutamakan dulu
ReplyDelete