Tiada apa yang saya boleh buat pagi ini. Hujan seharian. Hujan rahmat. Begitulah yang selalu orang cakap. Ya, saya setuju. Bayangkan bumi tanpa hujan, kering kontang. Bagai hidup di Gurun Sahara. Tidak dapat lah saya melihat kehijauan di sekeliling. Syukur alhamdulillah, saya lahir dan hidup di Malaysia. Bumi subur lagi indah!
Saya cuma dapat melihat-lihat saja dari pintu rumah. Kelihatan kelopak bunga melung dah mulai berkembang. Dalam dok syok tengok bunga melung tiba2.....tau apa yang saya nampak ? Ya Rabbi.., habislah benih2 bunga yang aku baru semai ni...Tekalah apa hadiah yang saya dapat..
SUPPPPPPPRRRRISSSEE.........!!! ANUGERAH HARI SABTU...... Dua ketul tergolek dalam pasu semaian. Habislah benih petunia dan cosmos merah aku....Tau dah kerja sapa ni. KASTIIIIHHHHH ....grrrrrr...!!!!
Tengoklah...tau pula buat muka takut. Lari masuk celah pasu. Hai Kastih....frust mak tau, orang punyala exited semai benih2 tu. Beli on line lagi. Geram sangat tapi nak pukul tak sampai hati. Ya la, dah hujan seharian kan, toilet kat luar nu...mau tak melepas dalam pasu. Dak eluk ja terbentang tanah depan mata...apalagi melepas la...
|
No comments:
Post a Comment