Wednesday, 19 February 2014

Kebun Tumpang

Begitulah keadaan saya, dek kerana minat terpaksa menumpang tanah sebelah untuk berkebun. Mujurlah tuan rumah baik dan beri kebenaran untuk menanam apa saja..Ruang kosong cukup luas , stok benih pula macam2 ada tapi saya lah pula tak cukup masa untuk berkebun sepenuhnya. Hai..kalaulah saya suri rumah sepenuh masa...alangkah bahagianya. Rasa2nya sampai atas bumbung pun kalau boleh nak tanam pokok...Memandangkan sekarang musim kemarau saya cuma tanam tanaman secara kecilan dulu..

Terung Belanda yang dah tak larat buat kenduri sambal tumis dengan kawan-kawan
  
Sawi yang masih cekeding...
 Bendi..dah puas makan...          
   
 Remayung Hijau / Spinach Malabar tanam semula round ketiga.
  
 Kacang Kelisa dah berbunga
 Terung Ulam dan Terung Panjang hitam
 Ulam Raja.
Petola Segi benih pasaraya 
                                                               Labu manis benih pasaraya

 
                                                          Rossel yang ketot pokoknya.


                                               Tumpang update cili belakang rumah masih maintain...


                                 Pudina dan Pegaga, syok tanam saja tapi jarang makan.......

                                                    Kucai yang bushy dah tak termakan....

7 comments:

  1. subur2nya tanaman kakak, bestnye...esp pokok pudina yg Julie tanam selalu je x menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena betul2 rajin siram lah musim sekarang ni Julie. Kadang-kadang tu bila balik kerja dah dekat nak magrib, terkejar-kejar kakak kalut siram pokok keliling rumah..penat tapi bila tengok pokok segar masih bertahan walau panas terik, legaaa...rasa hati. hilang tenssioon....

      Delete
  2. pudina tu letak kat tempat panas ke teduh? saya tanam tapi tak membiak banyak macam tu.. huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pudina panas terik pun tak apa cuma daun dia jadi kecil sikit. Janji air kena cukup. Kalau selalu sangat kering kelepek, daun dia dah jadi tak cantik. Kat rumah kakak ni cuma kena panas sekerat hari saja.Lepas tu teduh. Selalunya pudina senang sangat tanam dan membiak. Cuba rendam dalam air dulu, biar betul2 segar kemudian tanam. Letak tempat teduh dulu, dah agak Ok baru dedahkan dengan cahaya.

      Delete
  3. Subur betul kuchai tuh Kak Mala...any petua? saya tanam kurus je.....mcm tak membiak....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu siram dengan air basuhan ikan dan air beras.Begitu juga dengan pokok ulam yang lain. Baja kimia jarang guna. Tanah selalu kena gembur kat teoi2 tu.

      Delete
  4. Banyak bendi nak makan tu.
    Kacang kelisa malas nak siram musim kemarau dah habis hayat kat sini. Kena tanam baru.

    ReplyDelete