Monday, 17 February 2014

Lama Yang Baru - Kenanga

Antara bunga kegemaran arwah mak. Bunga ini juga merupakan pelengkap haruman untuk bedak sejuknya.  Kadang-kadang beliau selit bawah bantal atau simpul di sanggul sepoteknya...Sedih bila teringat ...tapi indah untuk dikenang. Bagi yang masih punya ibu hargai dan sayangilah ibu anda sebaik mungkin...
Sedang mekar mengharum..

Sewaktu beli ada sebatang dahannya telah ditut oleh tuan punya..
 Semenjak beli hingga sekarang kenanga tidak putus berbunga. Untung orang sekarang, nak bunga boleh petik hujung jari saja sedangkan zaman saya budak dulu, nak bunga ini kena tunggu gugur ketanah sebab pokoknya tersangatlah tinggi dan besar.



2 comments:

  1. Ni bunga favourite ayah saya. Sebelum pergi kerja diambil bawa masuk kereta. Ada satu pokok kena panjat dengan cypress vine.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa rasa muda selalu cakap bunga ni orang tua-tua suka. Tapi sekarang tak sangka bila masuk umur begitu kakak pun minat juga..hahaa..putaran hidup.

    ReplyDelete