Tuesday, 18 February 2014

Scarlet Iris & Kemboja Bali Diana

Wah minggu ni banyak cerita pasal kembang pagi dari rakan bloggers..happy tengok bunga rakan-rakan. Saya sangat teruja.  Berharap sangat nak dapat bunga cantik macam Diana tapi sayang banyak benih yang disemai tak menjadi kali ni. Kebanyakannya mati muda atau tidak tumbuh lansung.  Mungkin campuran tanah saya tidak sesuai. Agak sedih, bibit benih ensign mixed dan blue yang baru tumbuh dari Iris mati terpenyek. Ranap semuanya. Saya agak dua ekor KK bertuah saya masuk tidur dalam pasu tersebut. Fuji pula layu sebelum berkembang. Mati juga...Yang tinggal Scarlet sahaja. Tak apa lah..never give up..Pun begitu bila balik petang tadi ada kejutan menunggu. Hah! tengok ni kemboja Bali Diana dah mula  berkembang..


    Sebenarnya kemboja kuning pesanan pertama dari Diana sudah lecur batangnya. Mati. Yang tinggal dan berbunga ini sepatutnya warna merah dari pesanan kedua, why dia jadi kuning pula...magic?

 Ini pun masih kemboja kuning pemberian dari Diana semasa datang ke Langkawi bulan lepas. Siap ada akar. So...mana kemboja Bali merah saya...jangan-jangan silap hantar ke Diana...? Apa pun saya rasa beruntung kerana baru tanam saja dah keluar bunga. Yang kat atas tu daun pun belum tumbuh lagi...

                                                       Ini bunga sulung Scarlet O'Hara  dari Iris..


6 comments:

  1. fragipani kuning saya pun tunggu masa

    ReplyDelete
  2. Wah, tentu tak sabar menanti kan..kemboja kuning pertama saya dulu dah mati pun sebab anak siram siang malam kut ( waktu saya sakit ) tengok2 dah lembek batangnya. Saya pun confused setengah cakap tak boleh siram setengah cakap boleh. Memandangkan hasil pertama tak menjadi,so yang kemudian tanam ini tak pernahlah saya siram sedikit pun Takut lecur juga. Awin macamana?

    ReplyDelete
  3. Bertuahnya Kak Mala......belum berdaun dah dapat bunga.....saya pon suka frangipani......rasa mcm kat Bali pulak......:) Scarlet O'hara pon cantik....bunga Rhett Butler takde ke kak Mala? hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. Hahaha..dia bunga jantan..memang tak disenarai pun. Tak ada seri...

    ReplyDelete
  5. Masa hantar warna merah ada satu merah yang lain kuning bunganya. Nak kena tunggu semua batang berbunga kut.

    ReplyDelete
  6. Ya la harap2 begitu lah. Semua ada tiga batang. Dua keluar bunga satu lagi keluar daun besar. Bunga tak ada. Harap2 yang itu lah kut merah. Kalau tak ada juga pun tak apa lah. Yang kuning Diana kasi bungkus plastic dulu pun dah subur berdaun. Jenis kuning begini tak ada lansung kat Nursery Langkawi. Nanti boleh buat bisness..hehee...

    ReplyDelete