Friday 26 December 2014

Bunga-Bunga Homestay

December sudah sampai ke hujungnya  membawa hujan yang berpanjangan minggu ini. Walau pun sudah rasa angin timur meniup menandakan musim kemarau akan tiba tetapi tidak seperti tahun lepas, hujan masih berterusan turun dan suasana mendung menyelubungi suasana. Untuk minggu yang akan berakhir ini saya akan mempamirkan bunga-bunga yang sedang berkembang di  persekitaran laman homestay pula.  

Gambar  ini dirakam beberapa minggu lepas. Lihat bunga matahari giant saya yang sudah pun mulai layu dan pokoknya juga sudah nampak tua. Saya rasa sudah hampir 3 bulan lamanya saya mencuba tanam benihnya untuk musim baru namun serangan dari para siput telah menggagalkan usaha tersebut.

Namun ada juga bunga matahari jenis baru yang berjaya berbunga meriah di laman homestay.

Pokok ini pada mulanya saya tanam didalam pasu kerana takut di makan siput. Saya beli benihnya dari Myza Dahalan. Tapi didalam pasu dia tidak membesar dengan eluk. Jadi saya tawwakal saja pindahkan di homestay sebelah dan tanam di atas tanah. 

Mujur siput tidak kacau. Ia berjaya berbunga tapi saya lupa namanya. Yang ingat ada nama cherry kat belakang.

Kembang sepenuhnya. Warna asal  coklat merah ini sepatutnya pink. Mungkin keadaan tanah, cuaca setempat yang tidak memenuhi kriteria membuatkan colornya tidak timbul seperti asal tapi tetap juga menawan.


Meriah berbunga!

Dan ini pula torenia musim ke berapa saya sudah lupa. Mungkin keempat. Kali ini dia menguasai hampir sebahagian dari laman homestay.



Mekar bersama bunga marygold.

Cosmos yang terencat tapi penuh dengan bunga juga sama naik menakluki laman.

Madagascar Periwinkle putih bersih pemberian dari Diana ini pun tidak mahu kalah dengan yang lain. Merimbun setelah di pupuk dengan baja mol ikan.

Tengok..sampai keluar pagar.

Zinnia  yang berjaya melepasi rintangan dari cik siput. 

Ruellia  yang membiru bangkit berbunga hasil dari baja kopi.

                                 Pink Ruellia menutup tirai bunga-bunga homestay minggu ini

27 comments:

  1. Pekatnya warna pink ruella akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mar, memang agak pekat. Ini adalah ruellia jenis batang tinggi. Yang dwarf pun kak ada juga. Bunganya lebih pekat hasil makan baja mol ikan dan baja kopi. Kak dah beberapa kali menunda kisah baja mol ni..munglin boleh sambung kat posting ni kut...takut panjang berjela pula gambar2nya..

      Delete
  2. Gorgeous flowers and beautiful colors ! Thanks for sharing those wonderful photos !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ela. Wish you a happy Christmas and happy new year.

      Delete
  3. Pepagi indah mata dijamu gambar bunga yg fresh dan cantik aduhai kakak memang klik atas-bawah-atas-bawah. Cantik sangat! Sunflower dua warna cantik sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun mujur sangat Cik Siput tak makan..dapat juga tengok bunga dia. Tapi kak tengok gambar yang kat peket jualan tu lagi cantik. Colornya ada pinkish sikit.

      Delete
  4. musim hujan ni bunga2 tu tetap cantik ya Kak Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kam. Tapi ada juga satu dua pokok yang mati sebab terlebih air hujan.

      Delete
  5. Walau hujan berterusan tapi laman mala masih dihiasi dengan bunga2 yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, di tempat saya duduk ni belum pernah banjir walau hujan berminggu berterusan

      Delete
  6. Salam Bahagia Kak Mala,

    Wah berseri-seri homestay.
    Untung sungguh tuan homestay tu ya ada gardener volunteer menceriakan laman tersebut.
    Pemberian sunflower dari Kak Mala pun kalau ada rezeki InsyaAllah kembang tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kebanyakkan guest yang datang puji tuan homestay rajinnn...
      Julie punya sunflower kak bagi dah keluar. Besar bunga dia. Ciri2 Langkawi..hahaa...

      Delete
    2. Yang tanam awal-awal dulu belalang ratah sampai licin.
      Inipun dengan cuaca sekarang tak taulah dengan caretaker on leave.

      Delete
  7. macam biasa tiada komen yang lebih indah untuk ana tinggalkan melainkan, Subhanallah..sangat cantik kak Mala dengan alamnya :)

    ReplyDelete
  8. Wow Normala! The blooms in your garden brightens up the gloomy day. Thank you for these flower sunshines :-D

    ReplyDelete
  9. pada KY cantik sungguh warna bunga matahari itu. biasa yg pernah nmpk warna kuning saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya matahari ni ada bermacam-macam color juga..setakat ni selain kuning kak ada tanam warna coklat merah gelap dan warna di atas tu..warna putih pun ada tapi kak belum beli benihnya lagi..

      Delete
  10. Assalamualaikum Kak Mala, cantik2nya bunga2an di laman homestay tu ya, esp sunflower cherry rose & tornea tu, sungguh menawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie..lagi2 Julie yang duk kena catit nama bunga ya..kak selalu lupa. Cherry rose..betul nama bunga mmatahari tu...

      Delete
  11. Cantik sekali sunflowernya! Saya selalu gagal menanam bunga ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya dengan matahari ni ada luck juga dua kali sudah beli, kedua-duanya tumbuh berbunga. cuma yang jenis sunflower evening sun itu dapat hasil benihnya tapi bila disemai tak mahu tumbuh. Tidak tahu kenapa..

      Delete
  12. salam kenalan
    #64
    http://www.coretanhatiibu.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Cik Anie. Terima kasih sudi singgah.

      Delete