Saturday 24 January 2015

Langkawi Sunset

Bukan kerana tiada bunga untuk dibicara, tapi saja seronok melayan hobi baru yang lama terpendam dalam jiwa. Minggu lepas cuti berganda jadi saya ambil kesempatan untuk merakam moment-moment indah matahari terbenam.  Ambil kesempatan dari adik yang juga datang bercuti, dia lah yang menjadi drebar saya kehulu hilir mencari tempat yang menarik untuk di rakam. Minggu ini kita belanja mata pula dengan poskad -poskad sunset di Langkawi.

Semasa menyelusuri jalan airport, saya terlihat ranting mati ini di tepi laut. Terus saja melekat di hati. Sedang ramai yang lain menghala kamera ditepi pantai, saya dengan selesanya merakam moment ini dari sudut keinginan saya sendiri.

Memotret ranting mati berlatarkan mentari jingga amat memberi kepuasan dihati saya. Memang jatuh cinta benar saya pada moment indah begini. Pohon ini terletak di jalan belakang yang jarang di lalui.


Pemandangan sinonim pokok kelapa ditepi pantai. Rakam dari dalam kereta yang bergerak laju. 

Ramai orang suka merakam sunset di Pantai Chenang sebab boleh lihat dengan jelas disitu detik-detik matahari terbenam. Saya pula lari dari kebiasaan itu, mahu melihat matahari jatuh di balik bukit dari sudut kuala sungainya,  pun masih tetap indah untuk dihayati.


Helang yang sentiasa setia menanti. Di simbahi cahaya kuning mentari petang. 

   Sebenarnya saya tidak ada sebarang pelajaran asas dalam bidang photography. Semuanya berlaku hanya dengan  berbekalkan minat yang mendalam di samping sebuah kamera gaban yang sudah pupus dipasaran. Minat ini sudah lama berputik dari zaman remaja tapi saya tidak pernah berjuang untuknya. Cuma baru sekarang saya mahu bermula, di ukur dari segi umur mungkin sudah agak terlambat, tapi saya tidak peduli itu semua  kerana saya suka apa yang saya sedang  buat sekarang ini. Harap semua kawan-kawan senang menatapnya. 

29 comments:

  1. Just amazing views and wonderful colors !

    ReplyDelete
  2. assalam kak... seronok mempotret perjalanan alam.. cantik-cantik tangkapan akak... semua foto saya suka sangat... sekarang dah tak sempat untuk capture moment sunrise dan sunset... office dah tingkat bawah...kalau dulu tingkat 14 segala tingkap saya buka untu rakam detik yang tidak akan sama bila waktu direntas ... jambatan tu ... kuala tu... indah - indah belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar..Seronok ambil sunset sekarang sebab musim kemarau dah masuk. Kawan2 photography cakap 'telur masin'...hehee..kita pun ikut saja..Kalau ada geng lagilah seronok tapi susah nak cari yang seminat sewaktu dengannya ni...

      Delete
  3. subhanallah...maha agung ciptaanNYA ..cantik....indah berseni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok melihat sunset dimusim sekarang Kam..

      Delete
  4. SubhanAllah cantiknya. Kalau mala blh capture gambar yang begitu cantik dengan kelajuan kereta ini bermakna memang ada bakat yang terpendam.
    Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya pun kagum juga dgn kamera tua saya ni, cantik juga dapat gambar walau kereta sedang bergerak laju. Kali pertama ambil bulan lepas..pemandangan di kampung.

      Delete
  5. aduhhh cantik nya Mala, kaknoor pergi baru ni tapi tak lah tunggu sampai waktu gini sebb kelam kabut nak balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tu...saya rasa sunset begini boleh dinikmati sampai bulan 3@4 ini. Kalau dah masuk musim hujan, sunset dah tak berapa cantik dah..

      Delete
  6. Maha Suci Allah , cantiknya pandangan dari sudut lensa kak Mala... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ana..kadang2 eluk dimata kita belum tentu eluk dimata orang. Kalau dimata orang yang pro photography lagilah banyak mistake dimata mereka...sebab kita ni main bantai ambil saja..nilaian dari sudut2 lain kita tak tau...hehee...

      Delete
  7. Beautiful place! I love Langkawi, the island is filled with wonderful things - food and beaaautifuuul beaches :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...such a beautiful places but not so many beaches left now..I love Langkawi 25 years ago..1st time I came here..the landscape & enviroment so cool, nice & virgin....

      Delete
  8. Assalamualaikum Kak Mala, MasyaAllah memang sangat cantik alam ciptaan Allah ni kak, & kakak tukang snap pic ni pun memang berbakat besarlah hehe...dulu time2 remaja pun Julie suka juga snap2 pic2 scenery waktu pagi & petang pantai dikampung Julie kak, tapi guna kamera biasa tu je, yg seingat Julie time tu masih guna filem gulung2 tu hihi.. teknologi canggih sekarang mmg best, no limited 36 pic je kita boleh snap. teringgat kenangan lama pula :) Pic2 tu memang sangat cantik kak, & helang belum landing tu paling mantap! teruskan usaha kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Julie. Saja duk cari kerja lebih...hehee..pokok bunga pun tak sempat, ni dah nak berphoto-photo la pula..
      Kak nak gelak pun ada bila ingat time2 dulu ya Julie. Ambil gambar guna kamera biasa ja, filem kena pi cuci di kedai...hehee..Kena beli pula sekeping 50 sen kat kawan.
      La ni dah canggih..ambil gambar dgn hphone pun dah samanaik dengan camera....tapi walau apa pun kak tetap suka kamera walau lece nak bawa sebab besar kan...

      Delete
  9. Subhanallah..
    Hebat! esp pic pertama tu..kak mala memang berbakat la...
    kami guna phone ja hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hdphone sekarang pun mengalahkan camera gambarnya ana..harga pun sama naik...

      Delete
  10. Kakak rasa kalau Kak Mala join pertandingan photographer boleh jadi pemenang
    Cantik sangat sebab angle yg dipilih betul-betul buat mata terpukau
    Kalau dijadikan gambar dlm kalendar pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Zakie...tak berani kak nak masuk apa2 pertandingan...tahap sekarang baru duk getar2 tangan lagi...
      memang teringin nak printkan dan buat poster. Dah pi tanya kat printer shop...harga dia....sodaplah jugo....

      Delete
  11. POstcard Langkawi Kak Mala design sangat cantik :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Diana. Kak rasa mcm nak print out nak framekan. Tapi harga kat sini mahal la...kena tunggu budget lain bulan la pula...

      Delete
    2. Diana pun tak cukup budget nak print gambar. Tak pernah buat print gambar Abby lagi.
      Ini baru ada budget beli kereta sorong baru yang lama dah ada lubang besar kat dasar boleh pakai lagi. Tapi asyik berebut kalau 1 je.

      Delete
  12. syabas mala. umur hanya satu angka. bakat dan kebolehan dilahirkan semulajadi.ky suka gambar yg mala ambil ..memang cantik semuanya..

    ReplyDelete
  13. Terima Yon...masih ada hati lagi tu...hehee...

    ReplyDelete
  14. Assalam...

    Sungguh indah alam semulajadi ciptaan Allah...
    Subhanallah...

    ReplyDelete
  15. gmbr sunset langkawi yg ohsem ., ;p

    ReplyDelete