Friday 20 March 2015

My....Mrs Huntington

Akhirnya....

Di hadiahkan juga kepada saya sejambak kembangnya...sangat puas hati dan happy...

Berputik dalam musim panas terik, membuatkan hati saya rasa agak gusar kerana takut dia tidak dapat berkembang dengan sempurna.

Namanya pun English roses, terbiasa hidup di tanah tinngi dan tempat sejuk rupanya sangat toleran dengan  cuaca setempat. Comel bersahaja dia mengembangkan kuntumnya tanpa sebarang keraguan seperti tuannya!

Pada awal berbunga, setiap dahan cuma mengeluarkan sekuntum bunga, kemudian berlajar-berlajar dua kuntum bunga..

Berwarna pink lembut, bersaiz besar, kelopaknya terbentuk berlapis-lapis, kuntumannya lebih cenderung merunduk kebawah. 

Setelah 7 bulan berlalu barulah putik-putik mawar ini berlajar keluar secara bergugus.

Kemudian perlahan-lahan mengambil giliran, kembang satu persatu menayangkan rupa sebenarnya kepada saya.

Saya begitu teruja dan sangat asyik memerhatinya setiap pagi, petang dan malam.

Kerana sudah lama saya tidak membeli pokok ini, rasa-rasanya berbelas tahun sudah. 

Dan kini, bila melihat Huntington saya berjaya membesar sempurna  rasa teruja untuk menanam rose timbul kembali.

Sebab itu saya rasa sungguh berbaloi membelinya dari EM Nursery..

Walaupun pada waktu awal bookingnya saya agak ragu-ragu, hantar pokok ros by pos, bolehkah hidup pokok yang sampai nanti. Saya tidah boleh bayangkan. Bila sampai saja depan mata..buka kotak..mmmm...panjang satu meter lebih. Berbaloi dengan harga RM50.00...dan diluar dugaan sangat cepat membesar.

In tag IDnya..dari Rakmit Roses Thailand.

Dulu saya berkira-kira hendak sandingkan Mrs Huntington  dengan rose jambak Prospertiy. 

Konon-konon bila berbunga nanti berjambak-jambaklah keluar mawar pink & putih. Ala-ala Inggeris style...tapi tidak juga menjadi sebab ruang pula tidak mencukupi..

Bila masa berlalu, Mrs Huntington pun sudah serasi hidup dilaman, saya kembali semula teruja untuk membeli mawar yang baru. Awal bulan ini saya order pula Red Piano. Saya berdoa dan berharap dia juga akan serasi dengan cuaca panas setempat seperti kawannya sebelum ini. 



35 comments:

  1. Assalam kak Mala... tumpang jamu mata... serasi dengan akak ros-ros ni..semoga lepas ni saya dapat tengok red piano pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mar. Red Piano sedang keluar pucuk baru. Lega. Mula2 tanam aritu habis daun jadi kuning. Ingat dah nak mati dah...

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Mala...
    MashaAllah, memang sangat cantik rose ni, memang berbaloi beli rose ni, nama pun Mrs. Huntington...mcm kena hunting pula rose ni ye hehe...Red Piano tu dah ada ke kak? cantik sangat dark red & wangi pula tu...dulu Julie pernah tanam, tapi mati akibat dimakan kerbau...nanti update ye Rose red piano tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baru sampai red piano tu ada 2 kuntum bunga tapi tak jadi kembang. Kecut jadinya. Kat kerat & buang. Takut nanti dia merebak kecut sampai kebawah pula.

      Delete
  3. cantiknya Kak Mala...tanam apa pun menjadi ya..subur pulak tu.,.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya...roses memang serasi dengan mala tapi tidak buat kak zai. Jiran pun ada tanam bila berbunga nampak meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak mula balik tanam Zai. Dah berbelas tahun kak tak membeli ros. Dulu banyak juga buat koleksi. Habis mati.

      Delete
  5. Normala, such wonderful pictures and what a lovely flower garden. Have a nice weekend, Inge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Inge. Happy weekend & happy gardening to you too.

      Delete
  6. Seri gorgeous with beautiful flowers beautiful coloriodo.


    Thanks for sharing and for your teachings.


    A afetuoso greeting from Gran Canaria - Canary Islands (Spain).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Andres...greetings of the day! Thanks for visiting & happy klik's !

      Delete
  7. Salam Kak Mala,

    Ya Allah! Sakit hatinya tengok bunga ros pink tu! Cantik, segar, volumes! Geram... Jealous haha

    ReplyDelete
  8. wahhh nice to see..hehe..cantikk sungguh!..singgah jaln2 sini jap..done follow blog bunga ros ni hehe #70 ^_^...salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhuwah Irissha, terima kasih stopping by..

      Delete
  9. Bunda suka bunga ros ...suka bau bunga ros...tapi pernah beli anak...mula2 jer nampak segar...lama2 mati tak sempat membesar...

    Ambil anak pokok kat kawan pun tanam tak menjadi...pada hal benih yang sama kawan bunda tanam...menjadi2 besar depan pagar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose ni kan sensitif sikit time semai tu..tak boleh sentuh2 batang dia..tak boleh bagi dia goyang2...kak pun ada jadi mcm tu, sama2 semai dengan kawan tapi kak punya sebatang tak hidup. Kawan punya dah berbunga-bunga sekarang...

      Delete
  10. MasyaAllah...mrs huntington tu mekar sempurna...tahniah kak mala...
    memang sangat teruja dibuatnya...
    kak mala order kat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order kat EM Nursery dari Pahang. Dia banyak jual english roses..gila tengok...tapi kak sabarkan hati. Slow2 tanam...ruang pun tak banyak mana ada...

      Delete
  11. salam perkenalan kak mala....saya ann dr kangar...blh share tak cara penjagaan n dimana kak mala beli bunga2 ros tu....subhanallah cantik n suburnya...cemburu nengoknya hehe...tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah Siti. Kak beli ros on line dari EM Nursery. Cuba cek fb dia. Dia penjual english roses yang kebanyakkannya di ambil dari Thailand. Bunga2 tempat sejuk ni boleh kata dah disesuaikan dengan cuaca Thailand yg lebih kurang sama dengan cuaca kita...

      Delete
  12. cantik betul! I have no luck dengan ros.,...semua dah mati.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun baru mencuba balik dengan roses ni. Dah lama sangat, berbelas tahun dah tak beli rose2 ni.Tapi saya suka yang jenis menjalar..mungkin lepas ni nak beli yang jenis biasa pula.

      Delete
  13. Mrs. Huntington is very gorgeous.
    Memang rasa puas hati bila kembang begitu kan.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya Kak Mala! Memang kalau disandingkan dgn siputih tu betul-betul menawan mata yg memandang. Sekali nak bagi itu dia segugus terus. Puas kalau macam ini hasilnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada jodoh lagi nak sandingkan mereka berdua nampaknya

      Delete
  15. Salam Kak Mala...

    Berbaloinya kak Mala..hasinya mengkagumkan...nak tanya jenis rose yang ni besar2 yea?...tentu wangi gile kan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf KN lambat reply sebab baru balik bercuti..ya, saiznya besar tapi kurang wangi..

      Delete
  16. Yippie!!! That is one gorgeous rose!! This season I am in love with roses as well. The roses now are more vibrant and performs better :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. As my wish last year. I start to plant roses in my garden. So far only three in my collections. Prosperity, Huntington & Red Piano. All climbers..hehehee..I really2 mad on cilmbers & creepers plant...unfortunately the space are so limited.

      Delete
  17. Asalammualaikum Normala rasa teringin order bunga ros dari thailand bolih saya tahu bagaimana nak behubung dgn mereka di sana dan bahasa apa yang mereka gunakan terima kaseh

    ReplyDelete