Monday, 15 June 2015

The Jasmine Trio

Hari ini mahu bercerita pasal bunga-bunga Jasmine  yang berkembang di taman saya. Kita di Malaysia biasanya lebih  familiar dengan panggilan bunga melur. Panggilan kebiasaan melur kampung.  Janggal pula kalau menyebutnya Jasmine atau Jasmine Sambac ya..

Ini melur kampung yang putih berseri dan harum semerbak. Bunga malar hijau..

Namun hari ini saya lebih mahu memperkenalkan si Carolina Jasmine ini. Pernah lihat dan dengar tak? Bunga kebangsaan South Carolina, Amerika Syarikat.  Pokok ini saya beli dari online setelah terpikat dengan posting yang dipaparkan. Jenis menjalar dan berbau harum seperti bedak Baby Johnson katanya. Terus bergoogle lah saya tentang asal usulnya. Gambar yang keluar begitu cantik. Apalagi ...belilah..

Waktu sampai, buka kotak..terkejut juga lihat ..kusamnya pokok.. Namun sedikit melegakan hati kelihatan berderet kuntuman kecil bunga melekat di ranting-ranting.

Secara jujur  saya agak menyesal membeli bnnga ini kerana tidak terlihat lansung keistimewaanya. Pokok kecil, kurus dan kusam. Melihat butiran kecil kudup bunga tertanya-tanya dalam hati ..boleh berkembang kah..why so kecil...tengok gambar macam besar pun..hampir sebulan setengah baharulah kudupnya membesar seperti dalam gambar. Saya jadi begitu teruja..nak bau wangi bedak..

Akhirnya berbunga juga. Kecil comel bunganya dan berwarna kuning terang sekali. Baunya? Puaslah saya melutut kepangkal pokok untuk mencium bunga ini. Ya, memang harum..tapi saya sudak terlupa macamana bau baby johnson ...

Tapi awas, tumbuhan ini beracun dan madunya juga tidak sesuai bagi serengga penghisap madu juga kepada manusia. Setakat hari ini cuma bahagian pangkal sahaja bebunga. Lain-lain bahagian ranting kudupnya mengecut dan luruh. Begitupun masih ada  sedikit  sisa kudup yang masih bertahan tanpa kemajuan.

Selepas di beri perhatian, beberapa pucuk baru kelihatan keluar dengan segarnya, memberi sedikit harapan  sambil memujuk hati...tak mengapa mungkin esuk-esuk dia mahu menjadi...

Namun dalam waktu yang singkat saya berjaya menghiburkan hati  pula dengan si Thai Jasmine ini. Lama mencari akhirnya bulan lepas saya terjumpa di nursery setempat. Berbunga-bunga hati dapat membelinya..

Di kenali juga dengan nama Milky Way, Artic Snow atau Snowflake. Memang sesuai sangat nama dengan rupanya. Amat berbaloi membeli pokok ini kerana ianya tahan panas dan berbunga tanpa henti sepanjang masa. Ada dua jenis, bunga kecil dan bunga besar. Saya memilih yang bunga besar.

Walaupun cantik dan bernama Jasmine tapi bunga yang berasal dari Sri Lanka ini tidak berbau harum. Pun begitu dari segi perubatan masyarakat di India menggunanya untuk ubati sakit mulut dan radang kulit kerana batangnya dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-mikrob dan anti-radang. 

Sebenarnya ada beberapa lagi jenis Jasmine yang wangi tetapi tiada dalam koleksi saya. Kalau diberi pilihan, tentulah melur kampung juga yang melekat dihati. Bukan saja bunganya wangi, putih murni malah keseluruhan pokoknya juga diguna dalam perubatan tradisional.   Bagai lirik lagunya..".walaupun ditiup debu warnamu dan baumu tetap memikat kalbu..." begitulah kesimpulannya..bunga melur kampung tetap tiada tolok bandingnya... 





21 comments:

  1. suka bau bunga melur..lembut dan wangi..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dikampung dulu2 setiap rumah pasti tanam. Arwah mak suka sangat ni...selit celah rambut, buh dalam bedak sejuk..dalam bilik tidur...malah dalam kuih pun bubuh juga....

      Delete
  2. Walau bunganya kecil tapi cantik. Kak zai cuma ada pokok melur kampung. Kalau berbunga laman jadi wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai...ingat tak dulu2 kalau kenduri buat bunga rampai mesti campur dengan bunga melur juga...

      Delete
  3. haha...agree with u kak Mala. Still our 'Jasmine Kampung" smell the best and non stop blooming =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..betul tu Olive...lama you tak datang sini ya...thanks sudi melawat.

      Delete
  4. bunga melur sering dikaitkan dengan gadis desa kan kakmala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...tapi rasa2nya gadis desa sekarang ni pun ada yang tak kenal bunga melur tu macamana rupa...

      Delete
  5. Heart the Carolina Jasmine, Normala! Wish I can smell the bloom... Baby Johnson? Now I imagine... Btw how wonderful is your Jasmine collection. My only Jasmine is Duke of Tuscany.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Oh ya, almost forgot I also got one Duke of Tuscany at home..but now she's too lazy to produce, If not mistaken not blooming at all this year..

      Delete
  6. Oh jarang sekali ada bunga yang berwarna kuning berbau harum.
    Biasanya yang berwarna putih yang selalu harum kerana warnanya tak memikat serangga tapi baunya yang memanggil-manggil untuk disinggah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Diana, baunya memang harum..kak rasa kalau dia berbunga lebat mcm dalam gambar google tu..mesti semerbak satu rumah. Ini kembang aritu 3 ke 4 kuntum ja kut...tak puas nak cium pun,,bunga pula lebih kecil dari torenia...

      Delete
  7. Sangat cantik Kak Mala. Kami sebut itu bunga melati.

    ReplyDelete
  8. betul Endah disana di panggil melati disini dipanggil melur...nama orang dulu-dulu ya...

    ReplyDelete
  9. Dulu KN pernah tanam melur kampung ni...kecil2 tapi harum semerbsk...sampai ada yang mintak nak letak dalam bedak sejuk dan ada yang nak letak dalam bunga rampai...

    Kemudian pindah langsung tak bawa sebab tanam kat tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melur ni kak bawa dari rumah lama..mungkin dah berpuluh tahun umurnya..

      Delete
  10. Cuma yg gambar pertama aje ada di rumah kakak yg lain tak ada. Cantiklah yg putih gambar bawah. Mesti masuk laman dah disapa dgn wangian bunga ini kan. Bestnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang putih tu tak wangi lansung Zakie..walaupun namanya jasmine..

      Delete
  11. Salam kak...saya minat sgt ngn jesamine thai ni...dah lama cari. Bolwh saya tahu nak beli dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Boleh beli kat nursery atau on line. Cuba em nursery.

      Delete