Kisahnya, hari pertama Ramadhan yang lalu, saya mendapat khidmat kerja dari seorang hamba Allah yang menjelma secara tiba-tiba sahaja didepan rumah untuk menjual orkid hutan. Saya cakap tidak mahu orkid tapi nak minta buat kerja lain. Dia bersetuju tanpa banyak soal. Saya apalagi... bagai pucuk dicita ulam mendatanglah....
Sebenarnya dari awal tahun lagi saya berkira-kira untuk membuat projek tapak semai dan R&R untuk pokok-pokok saya yang berselerak keliling rumah termasuklah yang disebelah homestay. Malangnya tak tahu dimana mahu mencari orang yang sanggup membuat kerja rencam begini.
Nah, sekarang dah dapat pun. Walaupun dibulan puasa tapi lelaki ini membuat kerja dengan tekun, Menebang kayu bakau, mengheretnya ketapak kerja dengan motor buruknya yang bising satu taman mengorek tanah yang keras dan memacak tiang dilakukan seorang diri saja.
Dia juga dengan sukarela pergi mencari pukat terbuang untuk dibuat penghadang buat sementara waktu sebelum saya membeli pukat yang baru. Tadaa...dah siap dalam sepetang saja. Upah yang diminta RM120.00 ..
Hari ke dua puasa, saya minta dia buat rak kayu untuk letak pokok semaian juga mengangkat bata-bata dan kayu pallet. Upah yang diminta RM50.00. Puas hati saya dengan kerjanya. Cepat dan jadi.
hasilnya...Ini dia tapak semai merangkap taman kedua saya. Bertempat dipadang sebelah rumah. Saya sudah pun membuat permohonon kepada syarikat perumahan terlebih dahulu. Tapi.. masih belum siap sepenuhnya. Banyak lagi pokok-pokok perlu diangkut masuk kesini. Harus dilakukan perlahan-lahan dibulan puasa ini. Cuaca begitu panas..
Ini kisah hari ini. Buah pelam sala saya baru berbuah setelah hampir 9 bulan bertapa.
Tapi sebenarnya ada kisah sedih disebalik buah ini...kemungkinan besar separuh pokok ini terpaksa ditebang kerana mahu memberi laluan kepada mesin steamroll tar yang akan datang beroperasi dalam masa terdekat. Semua pokok jiran telah ditebang. Pokok saya seorang masih bertahan kerana ada buah.
Sayang..tak sempatlah saya merasa. Sudahlah bahagian ini yang paling banyak berputik. Tapi bukan pokok pelam saja, pokok bunga saya yang dipinggir jalan pun kena ubah juga..aduhaii.....
Ini rak baru yang saya tempah. 3 biji semuanya. Kerana memakan ruang terpaksa saya letakkan rak ini di luar sahaja.
Satu yang kecil saya letak didalam. Belum habis lagi saya merapi pasu-pasu bunga dibahagian ini.
Nampaknya rak bukan lah jalan penyelesaian terbaik untuk pasu-pasu bunga saya. Masih banyak yang tidak dapat disusun. Lebihan yang saya selit-selit di bawah inilah yang mesti diubah takut disondol oleh steamroll.
Satu lagi rak sebelah kanan laman. Lihat dibelakang rak sudah tiada lagi pokok alamanda. melur dan rose prosperity. Semuanya saya tebang. dan saya tempatkan pokok-pokok rose yang baru saya beli dibelakangnya. Namun saya dapati pucuk2 baru pokok yang ditebang sedang galak keluar pucuknya dari tunggul yang tidak ditarik keluar..
Mmmm...nampak gayanya banyak lagi kerja saya kena buat minggu ini...pembantu sudah bersedia bila-bila masa, masalahnya budget pula tergendala sebab perlu diutamakan pada perbelanjaan puasa dan hari raya. Di atas adalah gambar kenangan rose huntington bersidai riang diatas pergola sebelum dimakan oleh Che Kam. Kini rak baru mengambil alih tempat. Selamat berhari minggu dan happy gardening!
waa.. bestnye dpat tanam pokok bunga.... saya pun suka. tapi belum ada ruang n peluang lagi...
ReplyDeletelelaki yang jual orkid tu orang mana? tempatan atau luar? Bagusnya dia.. bersungguh buat utk dpt rezeki... saya pun rasa kagum + kasihan..
Lelaki ini baru berhijrah ke mukim saya, katanya ada bapa saudara kat sini. Tumpang membuat kerja setelah bercerai dengan isteri. Banyak yang dikisahkan kepada saya. Saya berbaik sangka sajalah...janji kerja siap.
Deletealahai kak Mala..dah ala2 nurseri dah saya tgk..penuh dgn berbagai bunga2an..
ReplyDeleteItulah..kak Mala harap syarikat perumahan tak ada plan apa2 projek kat padang tu..kurang2 3 tahun keatas ke ok la....
DeleteKak zai ...kalau ada tapak yang luas macam ni macam2 rancangan boleh kita deco untuk taman bunga dan kebun kita kan...
ReplyDeleteCantiklah kak zai rak2 dan pagar2 putih tu...
Rak tu konon2 untuk perkemaskan pasu yang berselerak, nak bagi ruang dalam luas. Alih2 lagi la makan ruang sampai terpaksa letak kat luar pula...
DeleteDah ada rumah khas selamat la dari cik kam..
ReplyDeleteRose pun cik kam bedal ya.. tak kena duri ke.. pandai dia memilih kut... bila dah berkenan macam2 kita nak tanam... bila ada perubahan keadaan memang sedih... teringat masa nak pindah rumah beberapa tahun dahulu.. arwah suami kata tinggalkan je pasu2 tu... adui... cepat2 berfikir dan bila tukang angkut barang sampai cepat2 saya booking suruh angkat pasu masuk lori.. dua kali dia tanya hi hi.. tapi dengan extra upah .. kesian dia pun penat .. angkut dari tingkat 4.. rumah tiada lif..
Kambing kat perumahan kak ni Mar..apa segala pokok dia makan. Tak pilih lansung. Malaysia boleh!
DeleteKak pun kesian juga kat dia sebab bulan biasa tapi dia kata Ok dah biasa buat kerja macam-macam...dan terima kasih tak terhingga pula dekat kak pasal bg dia job..
++++bulan puasa
Deletesalam ramadhan Mala
ReplyDeletelama tak singgah..halaman pun dah berubah wajah..
Salam Ramadhan Yon. Ya la lama tak dengar khabarkan...
DeleteKak zai suka tengok pokok2 mala merimbun hidup subur. Kak zai nak tanya macamana mala membaja maksudnya mungkin buat berhari2 kan.
ReplyDeleteDapat rumah baru lagi suburlah pokok2.
Memang kena rajin baja dan rajin replant..kalau lambat replant pokok induk mati nak kena beli lain pula..tapi kadang2 tu ada syeh malas...
DeleteKak buat tapak ni buka apa, nak pelahan-lahan kemas bahagian porch rumah. Duk pikir nak limitkan pokok2 tu. Biar jadi less is more..nanti pokok apa yang rasa tak sesuai bolehlah letak kat R&R. Bela eluk2 kemudian jual la murah2..boleh lepas duit baja & tanah dah....
Good job Kak Mala! sangat sayang kalau lah ditebang. saya pun pernah mengalami hal yang sama, harus merelakan space berkebun saya untuk keperluan lain. Memang berat
ReplyDeleteItulah Endah, sudahlah pokok mempelam saya tinggal sepokok saja. 3 tahun lepas sudah tebang satu pokok. Ini yang tinggal nak kena tebang separuh..bukannya sikit2...harap2 tidak merajuk dia...
DeleteAt least Kak Mala ada alternatif nak alih tempat yg luas bukan main tu.
ReplyDeleteKalau macam kakak ni memang dah tak ada tempatlah..
Macam sayanglah pulak kan.
Cuma pokok mangga tu sayangnya... cantik pulak tu buahnya. Agak-agak tiba masa tebang ambil semua buanya tak kira yg muda ke tua semua boleh makan punya..
Terpaksa pindah satu tempat juga Zakie. Sebab pokok kak berselerak merata. Selalu kalau balik kampung, nak minta orang siram susah sangat, terlampau banyak. Entah apa tak tahu. Homestay pun dah nak kena tutup garden dia...rumput terlampau panjang..
DeleteWow so much nice, beautiful flowers and pictures.
ReplyDeleteGood new week to you.
Thank you Marit & have a nice weekend to you too.
DeleteSayangnya pokok n bunga2 tu.. Huhu.. Cantik taman akak.. :D
ReplyDeleteSalam kenal akak... 💙
Salam kenal Cik Lady. Terima kasih sudi melawat.
DeleteHow lovely is that rose in the last pic! Lovely lovely!! Btw you are fortunate to have a good worker :-) And yes it is so hot nowadays. Keep cool and drink lots of water.
ReplyDeleteYa..so fortunate to have this worker...I hope he still be around when I need.
DeleteHave fun preparing for the Raya celebration :-) Enjoy!
DeleteUsaha yg sangat baik
ReplyDeleteHarus mula dari sekarang sebelum porch saya menjadi mini rimba..hahaa..habis bunga diluar nanti treatment bunga didalam pula...
DeleteMakin luas kawasan nak bercucuk tanam Kak Mala.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah ada insan datang dapat selesaikan projek tergendala.
Diana bulan Ramadhan ini dah tak larat dan tak cukup masa, macam hutan kawasan depan rumah. Panas bahang sangat.
Tapak semai ni pun hanya untuk sementara saja. Kak pun tak tahu selama mana syarikat perumahan nak bagi kak stay kat situ. Kalau ada projek kak kena moved lagi..berselerak balik lah. Harap-harap tidak ada plan apa2 buat masa terdekat ni..koman2 pun 3 tahun kee,,hahaa...
ReplyDeleteOkaylah sementara tu boleh husha nak guerilla gardening dekat mana pula.
Delete