Thursday, 4 June 2015

Walking Iris

Apa yang saya perlu mulakan untuk bulan June ini...masih belum dapat buat keputusan, disertai demam selsema yang teruk. Saya rasa sangat kurang selesa minggu ini hingga terpaksa ambil MC. Saya mahu cerita pasal rak bunga yang baru saya tempah..tapi tak menjadi pula. Masih ada cerita bunga baru yang belum di siarkan lagi. Sudah bertapuk dalam folder. Pilih punya pilih saya rasa mahu cerita pasal  si Iris dahulu.

Ini walking iris yang saya beli di Mardi CH pada bulan April. Sewaktu beli ada beberapa kuntum bunga keluar tapi bila sampai dirumah semuanya jadi kering dan gugur. Rasa agak kecewa juga tapi dua kuntum terakhir yang ada berkembang juga walaupun pada mulanya menunjukkan tanda kekeringan di hujung kelopak.

Beberapa minggu kemudian kudup-kudup muda baru mulai membentuk dari dalam daun dan perlahan-lahan menginjak ke  tepi sisi bahagian daun. Lega rasa... Mula-mula tu berkata juga hati..pokok bukan main subur tapi bila turun kebawah sudah tidak mahu berbunga. Inilah penyakit bunga tanah tinggi....

Kudup muda mulai berpisah dari sisi daun.

Pagi tadi bunga ini siap berkembang. Berjuntai cantik dihujung daun. Terlupa nak ambil  gambar kudupnya yang matang,

Sebenarnya walking iris ada pelbagai campuran warna dan bentuk yang menarik. Ramai orang tersalah anggap iris ini sejenis orkid.

Manakala ini pula daun yang membesar menjadi sepohon pokok baru selepas habis berbunga. Sudah boleh dipotong dan ditanam.

Walaupun cantik tapi iris cuma kembang hingga kepetang sahaja.

 Lihat..sudah mulai kecut dan layu...

Selingan kupurama...memang banyak sangat muncul dilaman homestay minggu ini. Kerana matahari sangat terik dan saya tidak sihat jadi saya lupakan niat untuk mengejar yang lain.

Ini pula muncul jinak didepan mata beberapa hari lepas. Rupanya kupurama datang agak lewat melawat taman saya tahun ini, tunggu cuti hujung minggu ini pula untuk  sesi shooting mereka.
Happy gardening to all my bloggers freinds.













20 comments:

  1. semoga cepat2 sembuh kak Mala, segar mekar bunga-bunga di halaman hendaknya sepanjang Jun ini. :)

    ReplyDelete
  2. Bunga dia cantik tapi sayang cuma sehari.

    Harap Mala cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak pun mesti kata orkid sebab bentuk dia dah macam bunga orkid - cantik.
    Apa pun moga Kak Mala cepat sembuh. Mujur ada bunga cantik jadi terapi selsema tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zakie,...itulah walaupun selsema, hujan pula..tapi kalau bab bunga gagah juga keluar ronda2 tengok..

      Delete
  4. Bunda pun ingatkan bunga orkid tadi...cantik, tapi sayangkan , hidup tak lama... semoga kak mala cepat sembuh...aaminn

    ReplyDelete
  5. Syok tengok iris ni di kebun Kak Mala.
    Diana punya dah bertahun bela koleksi yang ni tak nak juga berbunga-bunga.

    Sini pun musim demam juga, suami Diana yang kena dulu sampai seminggu asyik demam.

    Take care and hope total recovery soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana...Iris yang kak beli ni setakat ini kak belum pun taruh apa2 baja. Biar saja begitu sebab tengok pokok dia memang subur menghijau. Murah beli. RM12 saja...kak harap dia berbunga berterusan..tapi pokok dahlia yang kak semai ubi aritu belum ada tanda berbunga walaupun pokok subur mencecah 4 kaki dah...

      Delete
  6. Normala, I hope you will feel better soon. I love the photos and your wonderful garden. Have a nice week ahead, regards Inge

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Cantik bunga tu tetapi sehari sahaja..Demikianlah kehidupan ini, kenikmatan, kesenangan tetapi ia bersifat sementara..
    Semoga segera sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih kerana sudi singgah.

      Delete
  8. Selamat menyambut ramadhan kak mala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KN. Selamat menyambut Ramadhan buat KN sekeluarga juga.

      Delete
  9. Dah sihat ke Kak Mala... la ni musim hujan pula... sihat dan sakit silih berganti kita ni... semoga akak terusan sihat... wp dah kecut walking iris ni tetap cantik

    ReplyDelete
  10. Dah sihat Mar..Ni menunngu kedatangan Ramadhan Al Mubarak!

    ReplyDelete
  11. Best nya...saya nak minta suami betulkan pelindung yang rosak belum lagi dapat...harapnya sebelum raya siap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..harap dapat beraya dengan shading baru ya Fida...

      Delete