Sunday, 8 June 2014

Meneras di Homestay


Tiga hari berturut-turut saya membersih rumput di kawasan homestay.  Penat juga sorang--sorang menyangkul rumpun-rumpun lalang yang menyubur semula. Ruang masih banyak, saya ingat nak berkebun sayur di situ. Kalau ada orang bantu tentu seronok, apapun mujur ada si berdua tu meneman tidaklah ke seorangan..

Waktu pagi  dua ekor anak kucing liar masuk taman bermain dan makan rumput. Saya memang suka tengok tapi Kastih nampak gaya tidak menyukai kehadiran mereka disitu. Cepat-cepat dia mengusir pergi.

Sebahagian ruang hadapan telah di tanam bendi dan bayam. Bendi musim ketiga  lebih subur dari yang musim kemarau dulu. Dah boleh makan buah.

Bayam merah begitu menjadi tetapi serangan serengga telah mencacatkan daunnya. Begitu juga dengan pokok kacang panjang dan petola ( musim kedua ) di pagar belakang.
  
Masih di pagar belakang, kacang kelisa asyik gila daun. Apa perlu dibuat jika tidak produktif ?

Yes,  ini jawapannya. Saya tebang dan bakar bersih. Di bawah daunnya yang rimbun tersembunyi pokok cili padi yang sudah berbuah. Lihat cuma ada tiga biji saja buah yang ada. Campur dua biji saya ambil makan, jadi sekerat tahun cuma lima biji saja yang saya dapat. Sungguh tidak berbaloi.
  
Hasil terakhir lobak putih ( Ini saya tuai bulan lepas ).  Kotaknya saya buat semaian tomato ceri, cili, terung dan carrot. Sedang pesat tumbuh.

Di ruang hadapan bunga matahari sudah mulai.mengering. Separuh pokoknya sudah di cabut tapi anak-anak belalang kuning seperti biasa, masih tetap mahu berehat di belakang  bunga.  

Ada yang ceria berbunga. Jalang Kampung ( periwinkle ) putih pemberian Diana. Juga mini portulaca.

Waktu matahari mulai terik  rama-rama banyak keluar berterbangan. Kaspin begitu teruja. Ini menganggu 'pengambaran' saya...

Berbunga di celah pokok dan rumput. Tumbuh sendiri. Mungkin benih hanyut bersama air hujan.

Semasa merumput saya perasan ada dua kuntum portulaca kuning berjambul ber color putih. Saya asingkan di pasu. Nak tengok nanti bunga seterusnya keluar serupa tak.
  
 Menjelang tengahari Kastih sudah mengantuk. Tidak peduli apa yang ada di atas kepala. Baru lah senang saya nak snap..

29 comments:

  1. Best la selain banyak bunga-bunga cantik disini, ada Kaspin danKastih,, cutenya jantan betina ke tuuu?

    ReplyDelete
  2. Dua beranak...Kaspin mak Kastih anak...dari dulu depalah duk teman kak buat kerja.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mala,

    Allah.. jelousnya tengok kebun Kak Mala. Alolo comel Kaspin and Kastih gitu hahaha... Kebun saya tu dah tak tau nak jadi apa. Dah tak terurus. Kalau berdua mengerjakannya seronok lah. Ini saya sorang aje terus takde mood and malas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey. Sama nasib kita ya. Kak ni anak2 dan hubby tak minat lansung. Tergodek-godek la sorang. Nasib Kaspin dan Kastih selalu bagi sokongan moral. Jadi tukang sibuk, tak tolong pun tak apa..

      Delete
  4. disamping bunga2 dan sayuran yg cantik...akak ada pet yg fotogenik...hidup je gambar2 akak amik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kak ni tak reti nak berkawan dengan kucing lain. Sudah terbiasa bergaul dengan orang. Tu yang pandai posing tu..
      Kak masih berusaha nak ambil gambar sebaik mungkin, Minat benda ni tapi dah tua baru nak berlajar...kesian ya..muda2 dulu suka abaikan masa..hahaa..

      Delete
  5. terer la kak mala shot gambar rama2 tu....saya selalu fail!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil gambar rama-rama ni betul2 kena sabar dan bergerak perlahan ( sebab camera kak tak boleh nak zoom jauh ) Bila kita gopoh2 dan kasar dia jadi meliar dan lari. Kak masih duk usaha nak snap rama-rama warna hijau dan rama2 bertompok biru turqois Cantik sangat. Dah dua tiga kali dia meronda depan kak tapi tak sempat nak snap. Liar betul..

      Delete
  6. Okranya subur sekali, di lebun saya okra hijau sangat merana kurang sinar matahari. Saya mulai semai yang baru lagi. Oh ya kak Mala, kacang kelisa kalau disini disebut kecipir. Kalau banyak daun biasanya buahnya sedikit.Sayang sudah ditebang. Daunnya sangat enak disayur kuah santan. Daun mudanya dipetik untuk sayur, nanti bunganya akan bermunculan. Coba saja Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Endahhh...kenapa lambat bagitau...oh, saya selalu sebut..' kalaulah daunnya boleh di makan bagus juga..' Dah setua begini baru saya tahu ianya boleh di sayurkan. Mungkin kawan2 lain pun tidak tahu juga. Ini bukan yang familiar kedengaran. Terima kasih banyak2 ya, tak mengapa walau terlewat tahu, sebab saya dah tanam semula dan dah tumbuh pun. Nanti saya boleh cuba buat masakkan tu, saya rasa disini tentu di sebut masak lemak.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. sukanya baca blog mala..best sgt!!sekurang2nya dapat juga saya tahu serba sedikit gardening di langkawi..tks mala for sharing the beutiful story <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aya kerana sudi melawat dan membaca blog akak yang tak seberapa ini. Kak sendiri pun banyak berlajar dari kawan2 blogger yang lain.

      Delete
  8. Subur & lebatnya bunga lidah kucing kakak color kuning tu, suka sangat tengok, kucing2 tu pun comel2 jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..bunga kuning tu kak panggil di sini kembang pukul sepuluh. Rupanya ada nama lain lagi. Bunga lidah kucing.

      Delete
  9. mala..kalau berminat boleh kita tukar tukar pokok by pos..aya ada some collection yg mungkin mala berkenan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tu..boleh tengok tak pokok2nya. Kat post Aya tak ada pula gambar bunga. Ada blog lain lagi ke.

      Delete
  10. mala..aya pindah ke US 3 thn lepas..then ke seoul...last month aya balik sat ke penang..so ada lah pokok2 yg jadi hutan amazon kat rumah nun..will go back next week and take pic..i know i have a lot of pokok bunga kubuq kale pink dan merah kuning..i don't have any blog ect..u can add me on fb aya shafie..tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba..tapi asyik dapat orang Arab ja..,

      Delete
  11. Normala you have a bountiful garden! I am impressed :-) Also your cute little cat! Enjoy the fruit of your labour... yummy vegetables :-P Btw I have a red cypress vine that is hard to kill. I thought I got rid of it earlier but it re-appear in another pot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Stephanie but need hard working and I'm always running out of time. I've red,pink and white cypress vine. I bought it from Diana. First season I was so exited, I plant it in one pot so when comes to blooming it's look so cute and stunning. But now I can find it every where since the seeds was spreading and germinated itself.

      Delete
  12. Kalau ada tanah luas banyak boleh tanam - puas
    Kacang bendi/bayam /cili semua tu semua yg best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah Kak ada tanah sendiri untuk berkebun..wah, lagilah seronok. Segala mak nenek kak nak tanam. Ini pun tanam kat tanah tumpang...pilih2 saja apa patut tanam. Kadang2 abang tegur kak, jangan over2 sangat nanti tuan homestay rimas....

      Delete
  13. wahh.. macam2 tanaman ada. sekurangnya boleh jimatkan belanja dapor. pokok hiasan pun hidup subur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yon memang boleh jimat belanja dapur.

      Delete
  14. Beautiful flowers pics... the last one with white cat is the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for stopping by and thank you for your nice comment.

      Delete
  15. Pokok kacang kelisa tu berubi Kak Mala. Elok jangan diragut, Tapi dipangkas sampai dekat aras tanah pun takpe. Manalah tahu InsyaAllah next bila naik balik cepat berbuah.
    Diana ada satu tempat tanam kacang kelisa masa musim kemarau hari tu lenyap pupus. Bila hujan datang balik dia naik balik sebab ubi dekat bawah tu mungkin tak kering. Sekarang dah merimbun hijau balik.
    Bendi kami pula sekarang ni tengah seksa sebab hujan dah jarang-jarang kembali rasa macam bahang kemarau balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak memang pangkas samapi aras tanah saja. Harap2 dia tumbuh kembali.
      Disini pula hujan hari-hari.

      Delete