Majlis hari jadi Qaseh berlangsung pada hari Jumaat baru-baru ini. Majlis kali ini dibuat kecilan sahaja tapi walaupun kecil penat juga tok dia jadinya. Maklumlah dua minggu asyik merumput pagi petang di kebun tau-tau nak bermajlis la pula di rumah.
Anak mohon buat dirumah saya. Pada mulanya memang agak keberatan kerana laman rumah yang sempit, penuh dengan pokok bunga. Nak menyewa khemah pula tak berbaloi sebab jemputan pun setakat jiran terdekat sahaja. Kelam kabut jugalah saya membuang sawang dan mengubah pokok ketepi.
Ubah sana ubah sini akhirnya ada juga ruang untuk bergerak dan letak makanan.
Makan di celah-celah pokok bunga pun ada.
Manakala ruang dalam dikosongkan untuk bebudak bermain, berlarian dan makan.
Panas di dalam. Jiran pinjamkan kerusi untuk bersantai di luar.
Bersama kawan-kawan menyanyi ucap selamat. Sebenarnya hari jadi Qaseh jatuh pada bulan ramadhan jadi majlisnya terpaksa ditunda ke hari yang sesuai.
Kek hari jadi dia yang pilih.
Qaseh bersama ibunya.
Bersama Tok Chunya. Seperti biasa saya memang tak sempat nak mengatik gambar. Sibuk layan tetamu. Jadi gambar-gambar ni kutip dari phone anak saja.
Belum lagi puas ambil gambar. Majlis pun baru duk tengah rancak. Tengok-tengok dia dah siap buang baju dan perhiasan. Nak makan kek. Budak-budak katakan...
Seronok tengok telatah bebudak bergembira. Masa zaman saya kecil dulu, kami adik beradik tak pernah pun sambut majlis hari jadi. Hanya anak orang yang berada saja ada sambutan majlis. Itupun yang meningkat remaja. Kalau ada duit bolehlah beli hadiah. Masa tu hadiah dibeli ikut kemampuan. Saya masih ingat, ada yang hadiakan sabun wangi seketul, ubat gigi, color pensil, set geometrik, shampoo, anak patung, pensil, buku cerita. Yang paling rare dan lawak modess/pad pun ada orang beli bagi. Hadiah budak-budak sekarang? Mmmh...lumayan!
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!