Sepanjang bulan ini saya giat melakukan aktiviti merumput, menyemai, tanam semula dan membaja di kebun. Rasa lega bila tengok dalam kebun semakin cerah.
Walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu namun kebanyakkan tanaman saya berjaya mengeluarkan hasil seadanya.
Pokok remunggai yang saya tanam dari biji benih ini sudah berbuah sulung. Memang tak perasan masa bila ia berbuah. Tahu-tahu bila jenguk ke atas dah berjuntaian pun.
Sebelum di masak kena kikis dulu kulitnya. Saya rebus sekejap buang airnya. Setengah orang tidak makan kerana dikatakan sejuk dan berangin.
Pucuk dan daun mudanya juga sedap dimakan. Orang India selalu tanam pokok ini dikawasan rumah mereka. Banyak khasiat pokok ini. Itu sebab saya tanam.
Dah siappp!!! Bila-bila masa pun saya suka masak campur telur. Baik kari atau lemak kuning.
Yang paling saya suka tanam. Kundur musim baru. Berjuntaian.
Timun mini dari pokok baru juga.
Peria juga
Petik pagi tadi. Timun mini pun dah gedabak jadinya.
Cili padi kampung sangat menjadi kali ini. Saya pungut yang muda sebab takut buruk.
Pertama kali saya buat jeruk. Dulu kalau kawan tak pungut semua kering begitu saja. Sekarang kena hargai apa yang kita tanam.
Dalam sejarah saya pertama kali beli anak pokok sayur on line. Selalu beli biji benih tanam sendiri. Dua bulan lepas saya beli enam anak pokok terung dengan harga 2 ringgit sepokok. Terung ungu dan terung hijau. Kesemua sudah berbuah.
Kelmarin dah pungut hasil. Mesti la masak menu feveret saya. Pajri. Makan pula dengan ikan gelama kering. Mmmm.... Marveles...
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
P/S: Mari kita sama-sama berdoa untuk keselamatan rakan dan rakyat Indonesia yang dilanda bencana Tsunami. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.