Pernah tahu pasal buah gac ini? Rasanya tak ramai yang pernah melihatnya apatah lagi memakannya. Lama sudah nak menatap depan mata buah exotic ini. Akhirnya dua hari lepas ada rezeki. Isteri bekas majikan saya memberi buah ini hasil dari tanaman suaminya seorang doktor perubatan dan juga seorang pengkaji herba yang gigih.
Cantik betul buah gac ini. Unik nampak. Saiz sebesar buah naga. Warna kulitnya merah menyala. Kulitnya berduri kecil tapi tumpul. Keseluruhan buah yang masak ini dikatakan sangat bernutrisi. Manakala buah putik atau muda yang isinya seperti timun boleh disayurkan.
Ini rupanya dari dalam. Dipenuhi dengan biji yang dibaluti sari selaput merah. Saya cuba kulum. Ada rasa manis hambar dan sedikit pahit.
Ini bahagian isinya. Warnanya oren kekuningan. Lembut seakan avocado atau mempelam masak. Namun rasanya sedikit pahit tapi pahit yang boleh di telan.
Seperti yang disyorkan saya makan isi buah gac yang disejukkan ini dengan susu pekat. Sedap walau masih terasa pahitnya di lidah.
( gambar google )
Pokok gac ini sekeluarga dengan pokok labu dan peria. Jenis menjalar dan eluk di parakan. Buah ini sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat perubatan dan tinggi dengan vitamin A. Ini kerana kandungannya tinggi dengan beta kerotina dan lycopene. Ia juga bersifat anti oksidan dan dipercayai dapat menyembuhkan beberapa penyakit tertentu.
( gambar google )
Vietnam antara negara yang banyak menanam pokok ini untuk dikomersilkan dalam bidang perubatan dan pemakanan. Selain Vietnam buah ini juga banyak didapati di Myamar dan Thailand.
( gambar google) )
Antara produk yang dikomersilkan oleh Vietnam ialah jus minuman yang diperkayakan dengan campuran perasa buah2an lain. Rasanya belum ada lagi dipasaran kita atau saya yang ketinggalan.
Lihat jus homemade saya dari selaput bijinya. Cantik sangat warnanya. Merah bersari macam jus tomato. Katanya bahagian ini cukup bernutrisi. Rasanya sudah tak pahit kerana dicampur air. Untuk saya rasa begini cukup bagus. Manis hambar. Kalau dicampur dengan lemon atau campuran jus lain mungkin lebih enak lagi.
Ini pula biji benihnya. Berwarna coklat kehitaman sebesar duit sepuluh sen. Dari pembacaan ada mengatakan sukar membiak biji benihnya kerana mengambil masa yang lama untuk bercambah. Pokoknyanya pula terdiri dari pokok jantan dan pokok betina. Begitu juga dengan bunganya. Perlu didebungakan secara manual.untuk pembuahan. Mungkin ada kawan-kawan yang arif dengan cara menanam pokok gac ini boleh berkongsi disini.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening.