Saturday, 21 July 2018

Bila musim buah melanda.

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Pada dua hari cuti yang terakhir kami berkumpul dirumah abang ipar. Suami sangat exited sebab sudah hampir 5 tahun tak bertemu keluarga abangnya. Keluarga adiknya yang lain turut sama datang berkampung.

Riuh rendah rumah bila semuanya bertemu. Lebih seronok bila buah kayu sekeliling rumah sedang meriah bermusim.

 Yang teruja dan tak tahan hati terus saja panjat pokok sebaik turun kereta  Semua pokok keliling rumah. Rendah dan rendang. Kiranya rumah dalam dusun.

 Buah manggis sedap pada yang suka tapi saya tidak berminat langsung. Walau orang cakap manis saya tetap rasa asamnya.

Sedang orang lain sibuk memanjat saya dan suami pula bersila eluk mengadap raja buah dengan pulut. Adik-adik yang sampai dulu tolong menghidang. Sambil makan suami siap berpesan durian esuk pagi biar dia yang kutip.

 Sambil makan mata saya tak lepas memandang buah cempedak yang berjuntaian tepi dapur. Hah. Ini feveret saya. Goreng.

 Nun di hujung kampung nampak jelas pokok dokong tengah lebat berbuah. Pokok-pokok buah ini abang ipar tanam berselang seli bercampur antara satu sama lain. Jadi semuanya boleh jumpa berserakkan dimana-mana keliling kawasan rumah. Seronoknya semua sedang lebat berbuah.

Dokong ini baru tua tapi belum masak eluk. Ulasnya masih terasa masam manis.

Esuk paginya suami dah tak sabar nak tungguh cerah nak kutip durian gugur. Malamnya pun dengar dengan jelas berdebak debuk   durian luruh tepi rumah. Saya suka meronda melihat persekitaran dusun. Jumpa pokok asam gelugor. Besar buahnya.

 Sampai juga hajat suami nak bernostaljia kutip durian waktu dingin pagi. Siap suruh saya videokan lagi.

 Sebahagian dari kutipan  durian pagi tersebut.  Abang ipar saya yang ini sangat baik hati.  Tak dijual durian-durian ini. Tunggu semua adik beradiknya datang berpesta dulu.  Bukan setakat makan sahaja. Yang mana datang mesti penuh bonet kereta bawa balik buah. Dia sangat berbesar hati jika kami semua dapat berkunjung kerumahnya.

Kesempatan yang ada meronda keliling dusun dapatlah apa yang saya idam selama ini. Anak pisang nangka. pisang emas dan pisang kelat raja. Pisang tanduk dan pisang abu nipah sudah tidak cukup ruang untuk dibawa balik. Tahun depan pula lah nampak gaya.

Walau tak cukup masak tapi nak petik juga. Mmmm... Ni penyakit orang tak ada dusun. Saya rasa semua orang sedang happy makan durian tahun ini.  Buah kayu banyak menjadi. Durian  kampung di kampung saya sekilo RM7. Di Langkawi  RM15. Harga tolak di dusun abang ipar RM2 sahaja.  Murahkan...

OK kawan-kawan.  Please take care.  Happy blogging & happy gardening.



24 comments:

  1. fuh...geram juga saya tengok buah durian..

    mesti sedap giler kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ada bawah pokok tak larat nak makan pulak Napi.

      Delete
    2. Terima kasih sudi lawat & komen

      Delete
  2. bahagianya tengok semua pokok berbuah lebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana. Seronok sangat tengok buah yang Berketul-ketul ni. Terima kasih sudi lawat.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Banyaknya hasil pokok2 kayu di sekeliling rumah
    Seronok sesekali tenguk dusun sedang bermusim.
    Kalau dah hari2, biasa aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah WP. Anak cucu yang happy sangat sebab tak pernah merasa duk dalam kebun begitu. Jenuh mengepung budak-budak tu.

      Delete
  4. teringin juga nak buat dusun bandar ... tanam pokok ketot2 dalam pasu di laman rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yus, ramai orang dah buat dusun bandar. Tanam dalam pasu saja. Macam kak duk berangan saja.. Ada lah satu dua pokok buah yang dah boleh makan. Duk taman dapat plot tengah. Mana ada ruang. Itu pun buat pagar kena korban pokok jambu madu dan belimbing.

      Delete
    2. insyaallah dalam perancangan kak !

      Delete
  5. Untungnya,subur Dan berbuah semuanya. Rezeki Allah, alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Mmm... Syukur alhamdulillah.
    Thanks cik Mad sudi bertambang.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya rumah dalam dusun.
    Suka cempedak tu . Saya suka makan begitu saja.
    Durian saya suka makan dengan nasi campur sedikit gula garam dan air panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 masa arwah masih ada kami adik beradik pun makan durian dengan nasi. Jarang sangat nak makan dengan pulut. Bila berkawin baru makan dengan pulut ikut suami. Dah berpuluh tahun tinggal makan durian dgn nasi ni.

      Delete
  8. Baru tahu buah asam gelugur, sering dengar namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buahnya yang masak sangat cantik Endah. Kuning oren warnanya. Saya ada bawa balik beberapa biji. Hiris nipis dan jemur sampai kering.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Teruja sangat tengok pokok-pokok buah tu, sementelah lagi sekarang ni musim buah.
    Lama sungguh tak tengok buah asam gelugur. kalu dulu zaman budak-budak, orang tua kait buahnya selepas selesai menoreh getah. banyak kedapatan pokoknya dalam ladang getah. kami adik beradik pula, meratah pucuknya yang rapuh, tapi masamnya, ya Rabbi... budak-budak semuanya sedap hatta pucuk asam gelugur yang asam bangat tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Memang pun kalau time bebudak dulu2 kita makan buah dan pucuk kayu hutan. Budak la ni jangan nak makan kenal pun tidak...

      Delete
  10. Wah! Seronoknya bila musim buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebab kita tak ada dusun. Exited tengok buah bergantungan..

      Delete
  11. alhamdulillah buah2an tahun ni menjadi sungguh. seronoknyaaa panjat amek manggis. dulu adela pokok sebuah tapi dah kena tebang. sebab penuh kerengge. tingat zaman kampung =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Siti.. Kita dulu kan kat kampung pun dah ada tanam mcm2 pokok buah. Tak payah kedusun pun. La ni kg pun dah dimodenkan. Tak ramai org nak tanam pokok kayu besar keliling rumah.

      Delete
  12. SEronoknye berkumpul bila musim buah-buahan begini.

    ReplyDelete