Februari sudah. Agak meletihkan seminggu dua ini kerana cuaca terlalu panas. Walau di sana-sini hujan sudah mulai turun namun di sekitar perumahan saya kekal kering. Rasanya sudah sebulan lebih.
Walaupun begitu cuaca terik memberi kelebihan kepada bunga-bunga untuk berkembang meriah. Termasuk bunga Porana Volubilis ini. Mungkin ramai tidak pernah tahu tentang kewujudannya.
Saya membelinya pun kerana tergoda dengan komen-komen yang penuh keterujaan dari peminat bunga di grup fb. Lapan bulan selepas itu barulah ia berputik. Namun menunggunya kembang teramat lah lama bagai menunggu buah yang tak gugur.
Sebulan kemudian barulah kembang sepenuhnya....ya Rabbi... Cantiknya. Memutih sepanjang pagar. Betul lah seperti mereka kata. Wangi sungguh. Tak tahu nak describe macamana baunnya. Nyaman lembut menusuk macam bau bunga orang dulu-dulu.

Bunga ini paling disukai oleh kelulut, lebah dan serengga kecil. Penternak kelulut disini patut tanam pokok porana ini diladang ternak mereka. Dari pengamatan sendiri, dibanding dengan yang ada ditaman inilah bunga yang paling menarik minat kelulut dan lebah.
Tapi tidak banyak info mengenainya dijumpai. Pokok ini dibawa masuk dari Thailand. Mudah disemai dari keratan ranting. Sangat cepat membesar dan menjalar. Tidak cerewet tentang penjagaan. Apa yang perlu air, baja dan matahari yang mencukupi. Bunganya pula akan kembang berkali-kali diranting yang sama. Saya tanam dalam pasu saja.
Saya berhajat untuk membuat pergola untuk pokok ini dan juga nak tanam banyak-banyak dikebun. Mesti cantik kan...
Bunga aster magenta mengakhiri posting minggu ini.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
P/S: Happy CNY to Stephanie dan lain bloggers yang menyambutnya.