Minggu lepas saya balik kampung untuk merai musim durian dikampung abang ipar ๐๐
Tahun lepas musimnya akhir bulan July tapi tahun ini bermula pada pertengahan bulan puasa.
Walau durian di dusun sudah kurang jujuh tapi rezeki kami tetap ada.
Kalau sayang keduit memang lebih jimat beli durian ditempat sendiri walau harganya mahal sekali ganda. Maklumlah tambang bot bawa keluar kereta pergi balik saja hampir 500rm. Itu belum kira gedebak gedebuk belanja seminggu.
Tapi semua itu jadi berbaloi bila dapat pulang bertemu sanak saudara. Berkumpul riuh rendah sambil pungut sendiri durian yang luruh. Rasa lemak durian kampung ni memang tak boleh lawan.
Keluarga abang ipar saya ini sangat merai adik beradiknya yang bertamu. Nak makan apa cakap saja. Semua dia buat termasuk lemang ni.
Sedang lemang berbaris dibakar suami dan jentera lain sibuk memproses ayam kampung untuk makan tengahari.
Orang yang paling seronok tentulah Qaseh. Disini tak perlu ikut protokol. Semuanya gaya bebas. Baju pun tak payah pakai. Habis hati ronda kacau ayam beranak kecik.
Termasuk adiknya. Turut gaya bebas. Tak peduli nyamuk asal dapat berkawad dan bermain luar rumah.
Waktu balik. Penuh but dengan buah durian dan hasil kampung. Beg pakaian belum lagi di isi.
Nasib buah cempedak belum masak. Tidak lagi lah sarat. Tahun depan bawa lori... ๐๐๐
Walau seminggu bercuti rasa tak cukup masa nak melewar ke nurseri. Banyak rumah nak digilir. Cuma sempat beli bunga ros dan kekwa saja.
Setakat ini dulu ceritanya. Selamat berdurian ya kawan-kawan. Tentu memasing ada cerita sendiri tentang raja buah ni. Berkongsi la disini.
OK Kawa-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
๐ฟ๐ผ๐ฟ