Sunday 17 May 2020

Puasa 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Selamat meneruskan puasa dan bertabah hati dalam tempoh pkp sehingga June ini.

Walaupun ada kelonggaran tapi saya masih selesa duduk di rumah. Cuma baru dua hari lepas ke market setelah hampir dua bulan berkurung. Mmm...harga barang mahal..

Mahal pun kena beli jugakan...
Tapi untuk sayuran saya banyak berjimat. Pokok labu air ini saya tanam semasa minggu pertama pkp. Alhamdulillah.  Tiga hari lepas dah boleh tuai hasilnya.

Benihnya dari stok purba. Hampir 4 tahun terperap dalam freezer. Tanam di padang tepi kebun. Tak sangka masih boleh berbuah elok.  Saya gulaikan dengan udang dan edarkan untuk jiran tetangga.

Bulan puasa ini begitu murah rezeki. Pertama kalinya saya dapat memetik kelapa muda dari pokok yang saya tanam hampir sepuluh tahun lalu. Mungkin berkat lockdown,  tiada siapa datang  menjarah. Pokok yang terletak disimpang masuk jalan ini selalunya menjadi rezeki orang lain.

Mmm....nikmatnya minum air nyior muda ketika berbuka....

Pada hari yang sama juga saya berbuka dengan betik  sulung nan sebiji ini. Manis dan cantik isinya.

Pokok pelam yang saya tanam hampir empat tahun lalu pun tumpang memberi rezeki. Lekat 10 biji. Pokoknya kecil sahaja. Saya tanam dalam tong sampah hitam.

Masa awal pkp petik 3 biji untuk buat pelam asam boi. Saya sangka pelam lemak seperti yang saya pesan dari penjual. Rupanya bukan. Masamnya tak terkata. Pelam apa nii...

Bila rasa cukup matang saya petik senuanya untuk diperam.
Tak sabar nak tahu pelam apa...

Waktu berbuka baru tahu...pelam susu rupanya. Manis ya amat....terlampau manis sangat-sangat...

Menyusul pula nanti ialah si durian Belanda. Ini buah sulung yang saya petik tak berapa lama dulu. Masih berbaki beberapa biji di pokok menunggu hari masak.

Setakat ini dulu. Nanti kita kongsi cerita lagi. Stayhome & staysafe. Ikut SOP agar covid segera pergi. Kita akan stayfree.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










35 comments:

  1. Geram tgk kucing tu.Comeinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..ni buah hati pengarang jantung..😁😁
      Selamat hari Guru..cikgu.

      Delete
  2. How many delicious fruits, I love mango.
    I didn't know the fruits of the 2nd and 3rd photo, the Pumpkin tree.
    The first and last photo with the kittens are wonderful.
    Have a nice Sunday
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Maria. Hope you are in the best of health.
      Actually its a bottle gourd but local common we called it water pumpkin.Happy weekend n staysafe.

      Delete
  3. sejuk hati tengok si comel dan hasil hasil tanaman 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yati.
      Mulai sekarang kena selit cerita anak bulus sepkali. Banyak gambar cantik mereka terperam.

      Delete
  4. selamat berpuasa kak Mala dan selamat menyambut kedatangan Syawal 1441H

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa dan menyambut syawal untuk Ana sekeluarga juga.Staysafe.

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Keringat bertani ada ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya WP. Hasil walaupun sebiji tapi mampi buat kita tersenyum.

      Delete
  6. Bulan puasa tahun nie, banyak orang jual mempelam... harum manis jer yang tak dapt lagi... try yang orang kata harum manis kemboja pulak tapi rasa dia kurang lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun dengar pasal harum manis kemboja ni tapi belum pernah tengok buahnya lagi. Anak ada cakap pelam saya tanam tu pelam vietnam. Tak tau pula kut kedua mempelam ni dari jenis yang sama.

      Delete
  7. Samalah bunda pun walaupun sudah ada kelonggaran..tapi masih duduk dirumah..lagi pun barang keperluan anak2 ada belikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau ikutkan hati market pun tak maubpi tp bila suruh hubby ada je yang tak kena. Tak reti nak memilih barang basah ni..😁😁 staysafe.

      Delete
  8. Normala, I saw labu air being cooked as a 'spaghetti' dish on Youtube before. The flesh was sliced with a hand julienne peeler like how Westerners use zucchini as spaghetti. And if I am not mistaken, the skin was julienned by the hand held peeler together. I thought the dish was quite interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Steph.
      Thank you for sharing. Ya it sound interesting. So good to try. I will check in youtube later. Staysafe.

      Delete
  9. eh comelnya kucinggg!
    seronok bila tanam buah dan sayur sendiri ni, cukup masa petik je. fresh pula tu

    saya follow sini ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi hadir dan komen. Memang seronok kalau time nak petik hasil ni tp jadangkala ada jufa yang tak menjadi.
      Staysafe.

      Delete
  10. Bestnya semua boleh petik sendiri :)

    ReplyDelete
  11. Banyaknya hasil pertanian...syok tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah masuk musim hujan.Aktiviti tanam sayur sudah berkurang cuma mengintai buah2 yang nak masak ja.

      Delete
  12. Berkecor air lior tengok Pelam Susu tu ;)
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  13. 😁😁 saya rasa nak tut pokok pelam ni nanti sebab buahnya manis betul.

    ReplyDelete
  14. Wow! You have all my favourite fruits

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Mohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.

    Syukur Alhamdulillah makin meriah Kebun Kak Mala.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya buat Diana sekeluarga. Kak pun sama. Maaf zahir batin ya.
    Rindunya kat Diana dan kawan lama yang lain. Lama tak bersiaran. Terima kasih kerana masih ingat.

    ReplyDelete
  17. harga minyak kereta dh murah sekarang makcik mala., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu makcik tak kisah sangat sebab makcik tak boleh drive.😁

      Delete
  18. Comelnya kucingg....
    Alhamdulillah...hikmah disebalik PKP...tak payah nak pergi ke kedai beli sayur ngan buah semuanya ada dikeliling rumah....kan NS

    ReplyDelete
  19. Kucing akak ni fotogenik la...

    ReplyDelete
  20. Comel kucing dan buah mangga sedap. :)

    ReplyDelete