Monday 17 August 2020

Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Covid 19 kembali merebak di Kedah. Walaupun begitu kehidupan di teruskan juga cuma perasaan bimbang sentiasa menghantui apatah lagi virus ini sudah bermutasi dan merebak dengan lebih cepat dan mudah menjangkiti. Semasa rentas sempadan di longgarkan,  saya sekeluarga balik ke kampung untuk melihat ayah mertua yang tidak sihat. Masa tu Kedah sudah di istihar bebas dan berada dalam zon hijau.  

 

Masa balik aritu kebetulan durian tengah bermusim. Berderet sepanjang jalan orang menjual.

Puaslah makan durian....

Seronok bila balik kampung begini la....makan ayam kampung... 

Bakar lemang....

Seronok Kasih dapat bebas bermain seluruh pelosok kampung. Lepas geram setelah berbulan berkurung dalam rumah. 

Saya macam biasa lah.....wajib pergi pasar hari. Seronok tengok ulam-ulaman, sayuran dan tanaman kampung. Macam nak borong semua...haha.. 

Kuih masih empat biji seringgit dengan sais standard. Tempat saya sebiji empat puluh sen. Dua kali gigit habis... 

Menantu...habis hati boleh panjat pokok dan petik buah....

Asam gelugor.

Proses pengeringan....sempat jemur sebelum dibawa belayar.

Yang agak ranum boleh dibuat pes.

Rezeki......bawa balik.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



 

 









 



             
                  

22 comments:

  1. Replies
    1. Ya. Rebus atau boleh kukus. Macam pes asam jawa juga.Lebih variati kegunaanya.

      Delete
  2. Best suasana kampung begini.
    Pucuk asam gelugur boleh campur dalam masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya baru tahu. Lain kali balik kampung boleh suruh kak ipar buat.

      Delete
  3. cempedak goreng yg sedap., mak mala khannns ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betollll....feveret dengan cempedak goreng. Biji rebus pun suka juga.

      Delete
  4. memang seronok balik kampung..jumpa family, makan makan
    follow sini #133

    ReplyDelete
  5. Kalau balik kampung mesti naik kilo..dah asyik makan ja.

    ReplyDelete
  6. Balik kampung la yg paling seronok...dah tak heran dgn gajet2 dh...kalau saya blk kg rumah kakak di gua musang pasti ajak depa mandi,berkelah kt sungai dlm kebun getah

    ReplyDelete
  7. Salam kak. Blogwalking di sini. Done follow blog akak. Baru 1st time GV tgk asam gelugor. huhu. seronok balik kampung kan kak. huhu:)

    ReplyDelete
  8. alahai cempedak tu buat serawa dan goreng cempedak tak pun makan mentah...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  9. Nampak durian terus rasa nak makan durian

    ReplyDelete
  10. Semua favourite tu. Syok nya macam2. Nanti Kak Mala share camne nak buat pes tu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupas n rebus saja sampai dia lembut n lembek. Lpas tu tenyeh2 ja bg dia hancur

      Delete
  11. Macam2 Ada.. tapi durian Tu yg paling mengundang hihu

    ReplyDelete