Tuesday, 8 December 2020

Sand Paper Vine


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lamanya tak bersiaran...Dari musim hujan sampai dah masuk pun musim kering. Banyak cerita banyak peristiwa. Tak tercerita sedih dan gembira. Kadang ingin nak luahkan disini tapi rasanya hidup mati...sihat sakit kan itu kitaran hidup. Datang dan perginya harus di tempuhi....biarlah..

Mari tengok sand paper vine yang tengah meriah berbunga. Hanya ini saja yang mampu mengubat luka dihati.

Walau sekarang saya tak seghairah dulu dalam menulis dan memotret tapi bunga masih diberi keutamaan selain sayuran.

Hilang rasa serabut bila lihat keindahan ini. Saya selalu berdoa agar hari senja saya dilalui dengan tenang dan aman. 

Bahagia bersama keluarga , anak cucu, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan kucing tercinta. Tapi siapa kita yang mahu mengatur begitu....

Mmm....hidup harus diteruskan. Saya selalu ajar ini pada diri Pandanglah yang cantik-cantik. Kenanglah yang indah-indah. Nescaya kita akan redha menerimanya. Berhenti bertanya. Biar  bulan datang dan pergi. Satu ketika, masa akan mengubat segala rasa sedih dan marah. Kita pun akan lupa. Slowly and slowly.....


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
#staysafe









21 comments:

  1. Seronoknya hobi gardening ni, tengok pokok pun menenangkan..take care!

    ReplyDelete
  2. Meriahnya gugusan mekar bunganya tu. Buat lupa seketika apa yang rasa gusar di hati.
    Suka sangat sebab warna lilac adalah warna kegemaran Tukang Kebun.
    Take care Kak Mala.
    Stay Safe ya.
    Sayang Kak Mala.

    ReplyDelete
  3. Harap semuanya ok , Mala.
    Sangat lebat dan cantik bunga tu. Agaknya mengapa nama sand paper di beri ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak sendu beberapa bulan kebelakangan ini. Kesihatan agak terjejas.
      Belakang daunnya yang kasar mcm kertas pasir...dari situ dia mendapat namanya.

      Delete
  4. cantik bunganya bila tengah merimbun macam tu.
    wak tak pernah tanam lagi pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah tanam dari biji benih. Tak sampai setahun blh berbunga.

      Delete
  5. jangan dengar yg bukan2
    jangan pandang yg bukan2
    jangan cakap yg bukan2
    insya Allah hidup pasti tenang

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Allahu, rasa tenang je bila tengok pokok bunga, memang terapi minda yang berkesan. oo..sand paper vine namanya. biasa tengok tapi tak tahu namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Bunga ini memang cukup menjadi terapi minda kak. Tu sebab belum lagi dapat berhenti menanamnya.

      Delete
  7. Siapa yg mengintindlm.gambar second last tu. Comelnya.. suka tgk pokok berbunga meriah

    ReplyDelete
  8. Yah,cantik bunganya,as the saying goes,"life goes on"

    ReplyDelete
  9. Wonderful flowers. I also loved the photo with the kitten's eye.
    Greetings

    ReplyDelete
  10. Such a beauty! Heart, heart :)

    ReplyDelete