Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers. Adoi....lama la tak menulis di sini. Dua bulan lebih. Tak tahu kenapa tangan dan hati menjadi berat sedangkan satu masa dulu di sinilah tempatnya saya berkongsi cerita tentang hobi yang lahir sejak azali ini. Malah blog ini saya wujudkan semata-mata untuk menzahirkan rasa kasih dan sayangnya saya pada pokok-pokok tanaman saya di rumah. Ok tak mahu hanyut....saya sebenarnya masih lagi pembunga tegar....😀 Jom kita suburkan kembali laman ini dengan cerita bunga.
Bermula awal tahun ini saya jatuh cinta kembali pada si bunga ros dan bunga raya. Kalau nak ikutkan hati semua jenis dan warna nak miliki tapi memandangkan ruang terhad jadi saya beli berpada-pada saja.
Sepasu 20-28rm begitulah harganya tapi rata-rata di jual dengan harga 25rm sepasu. Susah nak jumpa harga murah.
Walaupun covid melanda satu negara dan pelbagai sekatan di kenakan namun saya masih boleh terus membeli secara on line. Ambil masa 3 hari dari Selangor ke Langkawi tapi dengan pembungkusan yang betul pokok sampai dalam kondisi segar bugar. Thumb up pada suppliernya.
Berbanding ros rasanya lebih berbaloi menanam bunga raya hybrid ini. Lebih berdaya tahan pada musim hujan sedangkan ros saya di kebun banyak yang sudah mati kerana timpaan air hujan yang berlebihan.
Rasanya 3 tahun lepas saya mula membuat koleksi bunga ini tapi banyak yang mati awal kerana kurang ilmu. Kali ini saya lebih bersedia dan alhamdulillah setakat ini semuanya hidup subur.
Antara yang mula di beli dulu. Tak tahu berapa jenis yang saya ada. Rasanya baru dalam 20 pasu kut...dan ada yang masih belum berbunga kerana kudupnya asyik gugur. Ini yang masih saya tak faham apa masalahnya.
Bunga raya lebih elok di beli bilamana bunganya kembang di pokok. Boleh lihat dengan jelas apa corak dan warnanya. Semasa kudup agar sukar nak meneka warna sebenar. Terlihat merah keungguan tapi bila kembang keluarnya oren.
Memerlukan cahaya matahari serta siraman mencukupi juga baja dan semburan racun yang berkala bunga raya akan membesar dengan subur dan berbunga cantik . Tapi tu la....kena rajin membelek juga serangan ulat dan bena putih.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening.
#staysafe