Sunday, 19 January 2014

Red Ginger / Alpinia Purpurata


Hari ini Cuti Sultan Kedah. Sakit pun 90% pulih. Kawan-kawan di sebelah sentiasa bagi sokongan moral untuk pulihkan semangat. Bercakap bab semangat , satu terapi pulihan yang cukup berkesan tentulah topik pokok bunga...kelebihan dan kelemahan saya, kawan-kawan cukup faham sangat. Hari ini selepas makan berkelah beramai-ramai di rumah Che Wa. Kami berempat pun mengatur acara. Antara dalam senarai, kemboja putih belakang stadium, nursery orkid yang baru di Jalan Padang Lunas..Tapi biasanya program kami selalu tersasar. Tak ikut itinenary....
Kami melencong ke KEDA. Pusing tengok kampong dan halaman orang. Di situ kami terlihat rimbunan Red Ginger / Alpinia Purpurata yang merah  berbunga di laman seorang penduduk. Amboi...masing-masing terliur tengok. Saya dulu ada pokok ni  tapi selalu abai2kan. Bila dah tiada rasa nakkkk ..lah pulak!
Stok tanah kami ambil berdekatan rumah. Mmmm...untuk pokok di bawahlah..
Ini lah hasil dan keputusannya. Kami berempat pulang happy dengan seorang segenggam pokok Red Ginger di tangan....berkat mulut ramah la tu! Tak tunggu lama. Balik terus masuk pasu.
                                

5 comments:

  1. Cantik la pokok ni, pokok red ginger ni, pokok halia merah yg dibuat ubat tu ke kak?

    ReplyDelete
  2. Yang buat ubat tu orang panggil halia bara. Batang dan daunnya lebih kecil. Rupa pokok serupa. Tapi tak berbunga macam red ginger. Rizom dia warna merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo thanks 4d info, yg dkt belakang daun cam daun sirih garis2 putih tu sejenis keladi ke? ingatkan pokok sirih yg Julie x pernah nampak lagi hehe

      Delete
  3. Itu bukan sireh. Kak pun tak tahu apa nama. Dah berbelas tahun beli tu kat pasar malam. Biak melalui biji benih. Nanti kak tengok kalau ada anak kak pos sekali. Mungkin hari Sabtu ni kut sebab kak cuti aritu.

    ReplyDelete
  4. nak tanya ubi/rizom alpinia purpurata memang tiada ke??

    ReplyDelete