Saturday, 12 April 2014

Daun Dan Hujan.....

Sudah hampir seminggu berturut-turut hujan turun. Sekejab saja, laman saya sudah jadi bushy dan gelap. Pokok-pokok bahagian dalam dan dibawah teduhan tidak mendapat cukup cahaya. Air pula yang berlebihan. Saya perlu mengubah dan mengatur semula pokok-pokok yang ada mengikut kesesuaian mereka dengan edaran cuaca.

Bermula cuti minggu lepas saya mula 'meneras' buang segala daun yang tidak perlu.

Tapi masih lagi tak cukup ruang untuk cahaya masuk. Jadi cuti minggu hari ni saya meneras lagi. Daun-daun yang disimpan sebagai payung musim panas dulu terpaksa  dikorbankan.   

Baru nampak terang dan cahaya sudah boleh tembus...

Sedang rancak buat kerja, hujan turun pula....

Ketika hujan saya amat suka menikmati  titik-titk hujan yang membasahi laman. Nampak nyaman...

Segar...

Berseni...

Dan cantik...

Cuma.. yang ini saja tak cantik. Saja snap gambar dia. Dari tadi saya tengok asyik menguap tak habis-habis..hujan katakan...kira nak tidur lah tu..













































Friday, 11 April 2014

Haruman Yang Unik


Hampir sebulan berputik, akhirnya pagi tadi, bunga tanpa nama ini  barulah  berkembang. Warna putih kehijauan. Ada lima kelopak bunga. Betul kata tuan punya nursery, saiz dan bentuk bunga seakan Alamanda. Sayang bunga yang datangnya dari Siam ini tidak diketauhi apa namanya.

Paling tak sabar nak cium baunya. Betulkah harum seperti mana yang di ceritakan. Mmm ..ya...harum tapi agak unik baunya kerana dihujung harumannya itu  ada bau masam yang lembut seakan  lemon. Aromanya sukar ditafsirkan. Antara manis dan masam.

Dari sini datangnya haruman lemon itu..

Ada satu kudup bunga yang menanti masa untuk terbuka.

Tadi malam kudup kedua dah terbuka

Kembang sepenuhnya.




Wednesday, 9 April 2014

My White Radish

Alhamdulillah. Happy. Menjadi juga lobak putih saya ini. Memang saya tidak pernah sangka ianya senang tumbuh dan boleh hidup subur dalam cuaca panas. Saya jadi teruja untuk mencuba setelah melihat rakan2 blogger lain berjaya menanamnya dengan baik. 


Lebih kurang dua minggu umurnya. Saya tanam dalam dua kotak.

Lebih kurang sebulan....waktu ini cuaca sedang panas gila...
  

Bila balik cuti bulan lepas, ubi dah besar ibu jari..

 Petang semalam, saya cabut mana-mana pokok yang tak produktif. Tengok akar, sah terbantut ni...

Buat sayur air campur telur...dinner petang semalam.



Terkini, hari ini..dah makin membesar. Cepat juga..

                                              Paling segak......


Friday, 4 April 2014

Unsung Flowers Dah Berbunga

Saya hampir membuangnya kerana puas menunggu tidak berbunga sedangkan pokoknya subur, memanjat sampai kesiling. Tidak sesuaikah ditanam dalam pasu gantung atau kau ni memang sesuai duk kat semak tepi jalan je ? Sampailah dua minggu lepas dia mulai kembang sekuntum untuk pertama kalinya. Lega hati saya.

Hari ini ialah hari yang paling banyak ia berkembang. Pagi-pagi lagi saya sudah shoot. kena panjat kerusi nih..tinggi..
  
Biarpun orang ketawa dan rasa tiada nilai tapi di mata saya ia tetap cantik..

Nanti nak cari yang warna pink, tanam bersama tentu menarik. Lagipun bunganya tahan sampai kepetang.


Waktu mula tanam dulu 26 Dec 2013 dibawah tajuk Unsung Flowers.

Harum Tanpa Nama

Tidak tahu dari kelompok jenis apa pokok hiasan ini. Pernah jumpa maklumatnya dalam internet tapi sudah tidak ingat  pula. Juga saya sudah tidak ingat bagaimana rupa bentuk dan bau bunganya. Sampailah  kali ini bila ia mula berbunga untuk kali kedua barulah saya tersedar tentang kelebihannya. Inilah faedahnya bila  berblogging,  saya jadi lebih peka pada tiap titik bengik daun dan bunga. 

Berbunga setahun sekali pada musim panas ( rujukan pokok sendiri )

Bibit bunga baru keluar. Warna hijau.

 Bibit bunga  makin menzahirkan rupa. Warna bertukar coklat.


Kuntum bunga sudah terbentuk jelas. Ketika ini warnanya masih ke coklatan.


Kuntum bunga mulai pecah. Warnanya kembali pudar.

     Bunga sudah berkembang penuh dengan warna putih dan tidak sangka baunya harum seakan bau bunga jasmine.

Thursday, 3 April 2014

Bunga Cina

Arwah ibu pernah mandikan saya dengan daun bunga cina ini ketika saya demam panas sewaktu  kecil dulu. Daunnya diramas kemudian di embunkan semalaman. Tujuannya untuk menyejukkan badan.  Maklumlah budak-budak kan tidak suka makan ubat. Bila bergelar ibu saya pun mempraktikkan benda yang sama juga untuk anak-anak. Alternatif yang baik untuk meredakan suhu badan yang kepanasan.

Putik bunga baru keluar..

Lama juga menuggu untuk kembang penuh.

 Baru tahu Gardenia tu namanya...ingatkan nama roti ja..

Saya tumpangkan dia dirumah sebelah kerana Che Kam ( bing..) suka makan daunnya. Lama juga tidak berbunga, hampir tujuh bulan,  mungkin merajuk kerana selalu berubah tempat.






Tuesday, 1 April 2014

Selepas Hujan...

Hujan sudah mengakhiri kemarau...Cuaca pun rasa sedikit nyaman.

 Hujan yang turun lebat semalam.

Pagi ini, Tiap sudut taman kecil saya nampak segar bugar.

 Happy saja semua bunga nampak. Rasanya kalau hujan turun setiap hari, merimba pula lah pokok-pokok saya ini.
             Paling suka tengok si comel..anggerik hutan  mekar segar dicelah batang heliconia...                  

 Bunga-bunga jambu air yang terlindung selama ini dicelah daun sudah melurut kebawah..

Buah sulung selepas  hampir enam bulan berpuasa...


Saya suka tengok kembangan segar Alamanda yang menjurai kebawah dek hujan lebat semalam. Suami dah mula bising bila bunga ini sudah tersangkut dimukanya..'tak lambat ni...' Mmm..mendalam ayatnya. hehe..