Friday, 11 April 2014

Haruman Yang Unik


Hampir sebulan berputik, akhirnya pagi tadi, bunga tanpa nama ini  barulah  berkembang. Warna putih kehijauan. Ada lima kelopak bunga. Betul kata tuan punya nursery, saiz dan bentuk bunga seakan Alamanda. Sayang bunga yang datangnya dari Siam ini tidak diketauhi apa namanya.

Paling tak sabar nak cium baunya. Betulkah harum seperti mana yang di ceritakan. Mmm ..ya...harum tapi agak unik baunya kerana dihujung harumannya itu  ada bau masam yang lembut seakan  lemon. Aromanya sukar ditafsirkan. Antara manis dan masam.

Dari sini datangnya haruman lemon itu..

Ada satu kudup bunga yang menanti masa untuk terbuka.

Tadi malam kudup kedua dah terbuka

Kembang sepenuhnya.




8 comments:

  1. macam bunga Puakenikeni je ni kak....

    ReplyDelete
  2. Thank you very much for your information. Cepat2 kak google. Akhirnya tahu juga namanya ya. Asal dari Hawaii rupanya si Puake nikeni..hehee...seram juga namanya. Tak sangka ada juga nama begitu ya. Bahasa Hawaii lah ya..

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak ni Mala tanam pokok apa pun tak tahu nama. Janji subur dah lebih dari puas hati. Cantiklah.. tak pernah jumpa live.

    Carrot putih (N3 bawah) kakak salute betullah mala tanam apa pun subur kakak tengok. Puas kalau macam itu hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, ada yang subur dan ada juga yang tak mahu menjadi dengan kakak.

      Delete
  4. Tengok bunga dari Hawaii rasa geram =geram juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Diana, kalau Julie tak info, tak tau sampai sudah lah nama dan sejarah pokok ini.

      Delete
  5. teringin nak terjah nurseri..nak cari..nak tanam jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga..pokok bunga pun boleh di buat kawan tapi dia tak bercakap, kita ja yang bercakap sorang2...

      Delete