Perumahan saya sudah mengalami sepenuhnya musim kemarau. Hampir sebulan sudah hujan tidak membasahi bumi.
Pagi ini saya bersama Kaspin dan Kastih meronda melihat padang rumput yang sudah mulai menguning disekitar kebun R&R. Walaupun masih pagi tapi matahari sudah bersinar terang sampai bayang saya pun sangat jelas kelihatan.
Namun berbeza di dalam kebun, semua tanaman kelihatan masih menghijau subur walaupun bahang matahari membakar sampai kepetang. Saya sendiri sudah lebam muka kerana saban hari berkebun dan menyiram disini.
Selepas berhenti kerja saya banyak meluangkan masa menanam sayuran.
Namun saya cuma menanam kecilan saja kerana faktor tanah padang R&R yang tidak subur. Sawi tengah membesar.
Di Kebun R&R hampir semua sayur2an berkongsi tapak dengan pokok bunga. Berselang seli dan ada yang sudah memanjat pun..
Kacang kelisa gila bunga tapi tidak berbuah...
Kailan. Kebanyakkan sayuran ditanam dalam bekas atau pasu.
Bayam bulat. Sayuran saya kali ini lebih banyak menggunakan baja dan kompos buatan sendiri.
Labu Air dengan bunga jantannya kembang menguning.
Buah sulung. Mudah2an tidak gugur.
Tembikai terencat..
Jambut tut merah. Buah sedang membesar. Lambat rasanya menunggu buah ini masak. Tak sabar nak rasa. Pokok tebu di sebelah pula baru nak menjadi.
Bendi. Tetap subur walaupun berkongsi tapak dengan sayuran lain.
Kangkung. Dah jenuh makan.
Daun Ruku atau Kemangi
Kacang tanah. Saja-saja tanam.
Terung kongsi pasu dengan kacang panjang.
Roselle masih berbuah. Saya juga ada tanam pokokt putat, ulam raja dan kacang parang.
Sweet Thai basil dan selasih kampung. Mewangi bila terkena air waktu disiram.
Bawang Dayak dengan bunganya yang comel.
Timun pokok tua tapi masih terus berbuah..
Lihat..matahari sudah seterik ini walaupun baru pukul 8.30 pagi. Saya sendiri sudah tidak tahan untuk membelek sayuran lebih lama. Panasnya sudah terasa. Faktor inilah yang membuatkan saya berhenti sejurus untuk menyemai benih baru. Maintain apa yang ada saja.
Lain pula dengan si Kaspin dan si Kastih. Tak kisah pun berguling dan berkejaran. Kalau tak dipanggil balik mau bergomol dan bermain lagi. Happy juga jadi kucing ya....
OK kawan-kawan. Happy blogging & happy gardening.





















