Pokok limau purut belakang rumah saya berbuah sepanjang tahun. Pokok ini adalah hasil dari pemberian kawan. Menurutnya anak benih ini tumbuh sendiri dari buah yang gugur ke bumi di kampung neneknya.
Setelah beberapa tahun berlalu pokok yang saya tanam dalam bekas cat kecil itu membesar sampai melepasi bumbung rumah. Akarnya dah tembus ke bumi walaupun berlapikan tar yang keras.
Tahun ini menyaksikan limau purut saya begitu menjadi. Bergugus-gugus buahnya keluar. Geram tengok...
Melihat bergantungan begini selalu berangan..kalaulah ini limau bali ka...sunkist ka...atau limau madu...wahhh...bestnya....
Setelah membesar saya tidak lagi membaja. Cuma saya ikut nasihat kawan agar memerun setiap pagi atau petang. Perun di tempat saya ialah membuat unggun api dari daun-daun dan batang-batang kayu kering. Asap yang keluar akan meransang pembesaran dan kesuburan pokok. Juga dalam masa yang sama dapat menghalau serangga perosak.
Namun tidak seperti di negeri lain, di tempat saya buah ini tidaklah berharga. Pekedai runcit setempat tidak menerimanya. Harga pasaran market cuma RM3.00 sekilo sedangkan ada rakan beritahu ditempatnya RM2.00 sebiji dan harga tolak ialah RM17.00 sekilo. Lumayan kan...
Di rumah saya manafaatkan buah ini sebaik mungkin. Jus minuman & masakkan, campur dalam serbuk cucian, basuh rambut & badan, pewangi toilet & bilik juga buat hilang hanyir ikan & ayam. Namun bila sudah terlalu banyak akhirnya membusuk dan terbuang juga.
Tidak seperti buah yang terhad kegunaannya, daun limau purut lebih komersil dipasaran kerana penggunaannya yang meluas dalam bahan masakkan. Tak ada daun ini tak sahlah masak Tom Yam.
Lihat limau purut saya cukup besar dan juicy...namun semua jiran saya menolak bila di pelawa untuk mengguna air limau ini dalam bahan masakkan. Takut pahit. Saya selalu guna tapi Ok saja. Nampaknya rata-rata lebih selesa dengan jus asam limau. Bagi yang pandai dan biasa, buah ini sedap dibuat acar. Malangnya saya tidak pernah mencuba.
Bila disebut tentang buah, baru teringat ada satu info amat menarik yang saya dapat dari kawan grup fb. Sebenarnya buah ini ada jantan dan betinanya. Ya ka...? Saya tergelak juga, dah lima siri umur baru tahu tentang ini. Menurutnya lagi, jantan berkepala muncung dan betina pula berlopak macam dalam gambar. Mmm...pernah jumpa tak...nanti tengok-tengoklah buah kat rumah.
Bagi yang mempunyai masalah buah banyak seperti saya dan tidak tahu nak buat apa bolehlah mencuba info dibawah ini yang saya kongsi dari rakan grup. ....Sila share di sini jika ada lain2 tips kegunaannya yang menarik yang mungkin kawan-kawan tahu.
1. Hiris limau 3kilo. Gula merah/putih 1 kilo, air 10L. Simpan 3 bulan dalam balang bertutup . Tapis Boleh buat spray enzim pewangi.
2. Blend kesemua buah dengan baking soda. Tapis dan guna airnya untuk mop lantai.
3. Buat acar. Rendam semalaman buah dengan air. Kikis kulit. Masak air gula & rendam buah.
4. Air tawar: Blend keseluruhan buah dengan air. Ambil patinya campur dengan air biasa. Agak2 air bau wangi. Baca ayat Kursi dan 3 Qul. Mandi pagi & petang.
5. Untuk wangian rumah, bilik & tandas. Hiris nipis2 masuk dalam bekas letakkan di sudut
6. Jus limau segar dan masakkan. Untuk kekalkan vitamin C, masukkan air dan ais dulu kemudian baru perah air limau.
7. Mandian, cuci ketiak, rambut & kepala. Cuci kuku bagi putih & bersih dari kotoran.
8. Untuk cucian pinggan mangkuk. Campur dengan serbuk @ pencair cucican.
9. Hilangkan hanyir ikan & ayam. Guna air perahan dan kulit buah sekali. Basuh.
10. Buat detox. Hiris nipis masukkan dlam bekas dan simpan dalam peti ais. Minum.
11. Perubatan tradisional
12. Menghindarkan ular dikawasan rumah. Boleh tabur hirisan buah.
Selamat mencuba! OK kawan-kawan please take care. Happy gardening & happy blogging!


