Tuesday, 17 June 2014

Telang Biru dan Telang Putih

Bunga telang putih saya akhirnya berbunga buat kali pertama setelah menyemainya hampir dua bulan yang lalu. Saya lebih teruja menunggu  telang putih ini berbunga dari telang biru kerana memang saya tidak menduga bahawa  pokok telang ini mempunyai pelbagai warna. Saya ingat cuma biru sahaja warna lazimnya. Terima kasih Olive kerana membuatnya menjadi kenyataan. 

      Biru dan Putih.

 Ini kembang pertama telang putih beberapa hari yang lalu. Menurut Olive  ada dua jenis benih  bunga iaitu single dan double petal. Kira nasiblah, tapi dapat juga double petal. Hasrat tertunai.

Ini pula kembang pertama telang biru beberapa bulan yang lalu. Saya dapati kelopak telang biru lebih tebal layersnya. Lebih cantik tapi tidak seperti telang putih, telang biru  mudah didapati disini. Saya sendiri sudah menanamnya sekitar beberapa tahun yang lepas. Ini adalah tanaman kali kedua.

Saya cuma menyedari bunga ini berputik semasa sedang menangkap gambar rama-rama. Memang saya letakkan ditempat tersorok agar terlindung dari pandangan Che Kam.

Putiknya agak kehijauan. Pada waktu ini hasrat hati begitu kuat untuk dapatkan bunga kelopak bersusun.

Saya tanam kedua2nya berdekatan dengan harapan bila berbunga esuk akan ada dua warna campuran. Namun mungkin tidak akan menjadi kenyataan sebab Che Kam sudah mulai meratah telang biru sampai botak.

Bunga pertama layu bunga kedua pula menyusul.

 Susunan kelopak bunga kedua lebih nampak padat dan cantik dari bunga pertama. Masih ada beberapa pokok lagi yang dalam proses tumbesaran. Mungkin salah satu dari pokok tersebut adalah dari jenis single petal. Saya menunggu keputusannya..







18 comments:

  1. 1st time tgk telang putih ni kak, slalu nampak color purple, mmg menarik. Tapi pokok telang ni kalo kita x control pertumbuhannya, bahaya juga kan kak, nanti habis pokok2 bunga lain kena belit hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Julie. Pokok telang ni memang kalau kena tanah yang sesuai dia naik merimbun. Macam telag biru kak, kalau Che Kam tak selalu makan, dah lama membesar. Kak teringin nak cuba makan kacang dia. Buat sayur campur. Tapi belum ada kesempatan lagi.

      Delete
  2. cantik kedua-duanya, warna yang kita x pernah tengok mesti rasa lebih cantik....ada warna lain lagi? kuning? merah?, ...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mala,

    Kalau bunga telang putih nak di buat masak apa? Ulam ke?

    Eh ada lagi si putih celah-celah pokok tu ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey. Kak pun tak tahu telang putih ni sesuai di masak apa. Mcm telang biru tu boleh di tonjolkan kebiruannya dalam pelbagai masakan. Agaknya campur dalam sup eluk juga kan. Kuahnya masih juga putih.

      Delete
    2. Oh Si Kastih tu memang begitulah. Sibuk. Kita ni terherut sana sini nak fokus bunga tu nun dijeruk, Dia pun kelam kabut nak mencelah. Agak2 entry warna putih, so nak suruh highlight dia sama kut..

      Delete
  4. telang putih tu mudah hidup ke kak? cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sangat Ana. Macam telang biru juga. Semua ada lapan pokok tapi yang lain belum berbunga.

      Delete
  5. Hi Kak Mala, hehe so happy for you. YOu manage to capture the flower so nice. i feel susah nak catch pic yg cantik bagi yg multilayer tu...my jiran pun nak tanam side by side both white and blue. But i feel nanti susah pula nak differentiate benih nya..... For cross-pollinate case susah jugak, sebab we tak tao pulak berapa pokok yg kena we all tanam baru can see the cross breed one arh....so far i also dunno how to use the white flower. I think maybe it have the same khasiat as the white senduduk. Haha, hopefully u get the single petal as well...i really cannot differentiate them..they are side by side

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive..haaa.., syok saya dah keluar bunga pun. Khasiat dia mungkin sama juga kut tapi yang putih ni campur dalam sup tentu bagus.
      Saya rasa nak guna benang sebagai penanda color dan jenis bunga ini. Ikat di tangkai / batang bunga dia then baru kita boleh tau perbezaannya. Kena rajin sikit laa...

      Delete
  6. Belum pernah tanam yg versi double petal nih. Cantik sekali. Jadi ingin tanam nih bunga ini di kebun, tapi tak tau cari dimana. Barangkali Kak Mala mau share seed telang ini :-)

    ReplyDelete
  7. Boleh Endah, tolong titipkan alamatnya. InsyaAllah saya hantar. Benih yang biru sahaja benih yang putih belum lagi menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terima kasih Kak Mala. Nanti alamat saya email. Mungkin nanti saja dengan yg putih sekalian... maunya... :)

      Delete
  8. Sama-sama cantik.
    Lepas ni bunga telang tumbuh sendiri tak susah nak tanam banyak kali.

    ReplyDelete
  9. akak pun belum pernah tanam bunga telang nie. rasanya tak susah nak tanam kan Mala? dia jenis menjalarkan..

    ReplyDelete
  10. Akak xjual ke benih telang putih ni? Nak la

    ReplyDelete