Friday, 13 June 2014

What ? Bronok...?


 Apa tu? Bunga baru ke? Benda, binatang...? Boleh makan ke.. ? 
 Bronok...satu nama yang pelik tapi bila di sebut berulang kali kedengaran catchy pula. bronok...bronok..bronok...
Aha, hari ini tiada cerita bunga kerana hujan berpanjangan. Semuanya kuyup. Cuaca di Langkawi tidak berapa eluk minggu ini. Semalam angin cukup kuat. Bangun pagi tengok, pokok-pokok saya banyak yang terbalik dan ada yang patah ranting. Mungkin eluk sesekali saya lari tajuk dan paparkan kisah lain yang menarik sebagai selingan. Ready? Ok, let's start..
  
Pertama kali kenal 25 tahun yang lalu. Mengandung anak sulung. Seorang kawan berikan sedikit untuk saya rasa. Waktu itu saya tidak tahu bagaimana rupanya sebab telah bercampur aduk dengan ramuan lain. Rasanya ketuk! ketuk! dalam mulut bila di kunyah. Hishh..sikit tak sedap! Apa yang fobia sangat orang Langkawi dengan binatang ni? Pantang jumpa mesti nak di kerabukan...

 Bila masa berlalu saya mula dapat menerima bronok seadanya. Tiada keasingan lagi. Pertengahan February lalu saya bersama kawan-kawan baik berpakat untuk mencarinya sendiri sebab waktu itu musim 'bronok naik' di langkawi. Kami ke pantai yang jauh dari rumah. Sampai disana..terbantut hajat dihati.
  
Air pasang. Rupa2nya untuk mengambil beronok mesti turun ke laut. Bukan semudah megoreknya di tepi pantai. Boleh lihat dalam gambar, yang sayup kelihatan itu adalah antara kelompok orang ramai yang menyelam 'menggagau' bronok di dalam selut laut.

Waktu itu ada sekumpulan pelajar asrama dan ustaz mereka, mencari bronok dan menjualnya dengan harga sebungkus RM3.00. Kami mengambil keputusan membeli saja dari penat kebasahan mengharungi selut jauh ketengah. OK,  mari saya kenalkan dia kepada kawan-kawan. Tutup mata...

Aa..buka! Hah, inilah bronok. Macamana, biasa tengok..biasa makan? Jangan eeiiiii...ya.  Entahlah apa yang semua rasa bila melihat bronok ini. Macam saya dulu, pertama kali tengok...oh, semestinya terkejut sangat dan geli amat.

 Benda ni yang aku makan...eeiiii.... dan sampai ke hari ini secara jujur dia bukanlah favourite saya. Not my taste tapi bila ada depan mata saya tetap makan.

Bronok atau nama saintifiknya Acaudina Molpadioides ialah sejenis hidupan laut yang seakan gamat. Banyak terdapat di perairan laut yang berselut. Berbentuk lonjong dan berwarna putih kemerahan. Di makan mentah. Di Langkawi ianya terkenal sebagai satu makanan eksotik yang cukup di sukai oleh penduduk tempatan. Biasanya di buat kerabu dan juga selalu menjadi menu istimewa pada majlis kenduri maupun di rumah.

Untuk awal penyediaan, terlebih dahulu kedua hujung badannya di potong dan bahagian tengahnya di belah. Cuma ada air dan selut sahaja didalam kelonsong lutsinar ini. Teksturnya kenyal dan rasanya masin. Saya lihat ada orang makan mentah begitu saja sewaktu ditepi pantai.

Bronok yang dibersihkan tidak boleh direndam air sebab dia mudah mencair. Biasanya bronok akan dipotong kecil-kecil lalu digaul bersama ramuan ulaman segar seperti pucuk janggus atau pegaga. Boleh juga di sediakan bersama mempelam tua yang kekuningan. Sedap? Haruslah dinilai dari rasa tekak masing-masing. Bagaimana,  adakah pembaca semua berani mencubanya. Kalau berani...Ok..datanglah, let's bronok di Langkawi!




 

25 comments:

  1. 1st time tengok binatang laut ni, thanks utk info, curious jg Julie nak tahu apa rasa bronok ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa masin dan macam makan kelapa tua. Berketap ketup mengunyahnya. Tapi bergantubg juga kepada ramuan kerabu yang di sediakan. Kalau ramuan itu sedap dan secukup rasa, enaklah bronok tu.

      Delete
    2. assalamualikum..spesies brunok itu berapa jenis klo boleh saya tau

      Delete
    3. atau nama latin nya...mohon infonya kakk..

      Delete
    4. Saya tak pasti berapa jenis tapi anda boleh google. Rasanya dia sama spesis dengan gamat atau timun laut.

      Delete
  2. Wih geli lihatnya, tapi sepertinya enak. Apa tekstur dan rasanya mirip cumi/sotong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masin Endah. Kenyal keras. Tidak ada rasa cumi lansung. Bagi orang yang tidak tahan perut, tidak boleh makan banyak sebab bronok ini panas. Kemungkinan si pemakan akan cirit.

      Delete
  3. Hmm.... kakak suka nak tahu sebab tak pernah merasa tapi pernah melihat live kat TV3 pernah tunjuk bronok ini. Memang macam geli-gelilah juga tapi kalau khasiatnya baik seperti gamat tak salah mencuba. Kalau ada peluang kakak pun agaknya nak mencuba. Sedap ke tak itu tolak tepi. Kena ambil tahu itu lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zakie, tidak salah mencuba lagi pun rasanya tidak seteruk mana. Bila masuk dalam ramuan yang enak kita tak dah ingat dah rupa asal dia bagaimana. Cuma kak tidak lah terlajak suka. Pergi mencari tu pun saja seronok-seronok. Nak tengok secara live kata orang.

      Delete
  4. Sashimi/sushi orang Langkawi ya.
    Nak kena bawa kicap jepun dan wasabi.
    Meriah pantai mencari bronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, kalau bronok ini di komersilkan cara makanan Jepun mungkin harga di pasaran boleh melambung jadinya. Pupus benih....

      Delete
  5. Kalau ada yg dihidang tanpa lihat bentuk rupanya mesti sy cuba hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak rasa kebanyakkan orang mungkin lalu makan bila dibuat kerabu, cuma rasanya hanya orang Langkawi dan seangkatan dengannya saja yang boleh menjadi peminat setia bronok ini.

      Delete
  6. Salam Kak Mala,

    Pernah nampak dalam rancangan TV pasal bronok ni pastu orang kat kampung tu buatkan kerabu. Rancangan makan angin kalau tak silap. Sedap ke? Haha macam tak sanggup nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak mungkin ter miss rancangan ini. Baguslah kalau dah masuk TV. Worldwide juga. Eh, kena cuba dulu tau..tapi bronok ni bermusim. Tidaklah selalu ada. Sebab itulah dia menjadi pujaan orang di sini. Kalau ramai2 duk ratah kerabu ni seronok...dah dak ingat dak bronok tu bronok...

      Delete
  7. Kalau saya pun tak makan kut... dulu2 sup ekor pun saya tak makan..

    ReplyDelete
  8. Itulah Mar, memang banyak orang kalau tengok rupa dia dulu, mesti tak makan....

    ReplyDelete
  9. salam kak mala, penah tgk dlm menu alam TV Hijrah...nmpk kerabu tu mcm sedap!!!

    ReplyDelete
  10. Kesedapan bronok ini bergantung kepada kepakaran si pembuat kerabu tu..

    ReplyDelete
  11. aiyer..i tak berani makan..geli nampak...1st time heard of this!

    ReplyDelete
  12. pertamakali nmpk dan dengar. kalu tahu harus tak makan ehh..nmpk dah geli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam saya 1st time dulu memang geliiii...sangat. Tapi la ni dah boleh pegang dan potong-potong dia pun...

      Delete
  13. Interesting, I have not heard of this before.It must be strange to taste buds as it is unfamiliar food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually a natural taste is salty. I think without any side ingredients it's nothing.

      Delete