Sunday, 28 September 2014

Beli & Tanam..

Tumbuh tak, boleh hidup ka...sesuai tak dengan cuaca..tahan panas tak..? 'Simpton' ini selalu melanda saya setiap kali mahu membeli benih dan pokok bunga.  Terus terang katakan, saya memang tidak tahan godaan dengan pokok bunga ini. Sejak azali, ia semacam satu addict. Bermula awal 90an hingga sekitar 2006, saya banyak hura duit untuk bunga dan saya tidak pernah ada konsep. Sebut lah bunga apa, semuanya saya ada dan beli. Tuan rumah selalu komplen rumah saya macam hutan rimba tapi dimata saya ia tetap cantik. Dulu-dulu saya mudah beli bunga sebab ada jual dipasar malam berdekatan rumah. Satu minggu dua kali. Sebulan? Bayangkan..kemudiannya saya berhenti beli kerana berasa rugi, banyak pokok mati kerana waktu itu tahu beli sahaja tapi knowledge kurang. Akhirnya saya cuma tumpu dan bela dengan apa saja yang ada.

 Sehinggalah sekitar hujung 2013, saya mula tersedar banyak pokok-pokok yang saya suka telah hilang disimpanan. Samada mati atau pupus tanpa sedar. Untuk mencarinya semula bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak nurseri-nurseri yang saya  pernah langgani disini sudah ditutup ataupun  kurang produktif. Akhirnya saya cuba-cuba berlayar..dan dari saat itu bermulalah satu episod baru....booking internet!

Pokok pertama yang saya cari ialah Morning Glory & Petunia kampung. Pencarian ini telah menemukan saya dengan Diana dari kebunbahagiabersama

 
Saya memang gila morning glory. Banyak jenis saya beli dari penjual berbeza tapi tidak semua berhasil. Ada yang mati tanpa sebab yang jelas. Ini saja antara yang berjaya berbunga.

Dan ini pula morning glory pertama yang saya beli dari Diana. Saya panggil dia Scarlet O'hara.  Tabur benih saja terus hidup...kemeriahan bunganya telah berjaya membuat saya tergoda dan lupa diri...penyakit lama sudah datang kembali..

Saya sudah ketagih beli bunga balikk... satu masa dulu saya pernah bertekad tidak akan beli petunia hybrid selain dari petunia kampung yang tahan lasak tapi sukar pula dicari. Akhirnya saya melanggar sumpah juga...beli dan beliii....tapi petunia dengan saya tidak pernah serasi. Habis lama sebulan saja hayatnya. Semua yang di gambar telah mati...

 Sukar untuk menolak keinginan memiliki yang kuat. Bermula awal tahun 2014 saya teruskan hobi membeli. Bila tidak ada di nurseri saya  mencari  dari penjual online yang lain juga bertukar-tukar benih. Yang lukisan cantik itu benih percuma dari Julie M. Saya berinya benih matahari dan morning glory.

 Bunga telang putih yang tidak sangka kewujudannya, saya beli benih dari Olive. 

Sudah ada bunga matahari tapi tak cukup, nak beli pula jenis lain...

Redsun. Beli benih dari Mieyza Dahlan ( Seed Galore )

Masuk fb kelab pencinta bunga, berkenan pula dengan rose memanjat Hurtington. Gila tengok rose yang mereka jual. Terus beli online dari EM Nursery. Panjang hampir satu meter. Puas berdoa dalam hati..hidup lah pokok..jangan mati ya...mahal ni....

 
 Setakat hari ini sudah melebihi satu meter. Lebih kurang sebulan setengah. Bunga pertama sudah berputik. Tak sabar nak tengok kembangnya. Sepatutnya rose ini bergugus bunganya. Mungkin masih awal..sekuntum pun dah memadai.

Airplant ...order dari mudah.my. Bila sampai buka kotak, sepotek saja pokoknya dan daunnya agak kering tapi tuannya cakap..that's Ok. Saya pun - no worry tapi dalam hati,,,jangan mati ya..Harganya  boleh tahan. 

Kes tengok bunga cantik dari ahli kelab. Mandevilla empat warna order dengan EM Nursery...dalam masa dua hari saja sampai.

Namun masalah tetap ada walau beli di nusery - pilih sendiri yang segar ataupun order dari internet - pasrah saja yang bagaimana dapatnya..dua dari mandevilla saya mati. Waktu sampai eluk saja. 

 
Tinggal dua pokok saja lagi.. Tengok trellis hasil kerja 'krastangan' saya...


Biji benih lotus. Tiga hari sudah bertunas. Saya pernah beli dan tanam sebelum ini tapi tidak tumbuh. 

Rupanya ada cara. Gosok dengan kertas pasir sampai nampak isi putih kemudian rendam dalam air. Salin air setiap hari. Masih ada baki 4 biji lagi belum tumbuh...

Tengok inilah cabaran dan risiko yang harus dihadapi. Semai sudah ikut cara yang betul Tumbuh tapi bila dipindah kepasu dua benih mati pucuknya cuma satu yang tinggal.

Berbelas tahun saya cari pokok blue daze ini. bagus juga joint kelab fb, akhirnya dua minggu lepas saya dapat dari Nano Nursery. Mereka panggil blue diamond. Murah saja sepokok RM5. Sampai Ok. Bila tanam mati sepokok Bukan mudah ya nak bagi pokok hidup subur..


Ruellia pink dan putih yang terkini order dari Nano Nursery.

Ruellia biru saya dah ada...Rasanya cukup sudah. Mungkin harus henti sebentar kegilaan ini.

Sebenarnya untuk menanam pokok pun perlu ada ilmu. Rajin membaca dan bertanya. Asasnya perlu tahu tentang tanah, baja, cuaca dan cara penjagaan yang betul.  Selalunya    kesilapan teknikal boleh membuatkan pokok atau biji benih mati. Siram lebih mati siram kurang pun mati. Pokok periwinkle ini mati pangkal diserang fungus. Tabur benih berpuluh sepokok saja sahaja yang hidup.  

Waris-waris petunia yang berjaya meneruskan kesinambungan induknya.

Rupa2nya makin banyak kita mengenal pokok semakin banyak yang kita tidak tahu mengenainya. Semacam saya, ingatnya sudah pandai rupanya saya juga masih jauh ketinggalan. Menanam pokok bukan sekadar korek lubang dan tanam. Ada skill tertentu yang harus di praktikkan. Contoh, biji morning glory diselaputi lapisan keras.  Oleh itu sebelum di tanam rendam dulu semalaman biar kulitnya lembut.

Hasilnya kali ini 98% semaian tumbuh..tapi di peringkat tumbesaran masih juga dibelenggui risiko samada berjaya subur berbunga atau sebaliknya.

Senang-senang tanam MG pantai dan MG kampung ini. Modal tidak payah. Cucuk batang hidup pun...

Begitulah saya dan pokok. Tidak pernah serik-serik walau dilanda masalah yang sama berulang-ulang. Sekarang mari kita lihat antara pokok-pokok belian saya yang mati di tahun ini. Bermula gambar di atas...

Ini...  

Dahlia Cameron yang amat mengecewakan..gila daun..bunga seterusnya sekuntum pun tidak tumbuh. Saya buang semua.

Semua mati....kecewa..? ..sedih?

 Memang lah...tapi, bila tengok bunga yang dinanti sekian lama berlajar berbunga..wahhh..suka hati..

Morning glory yang saya ambil dari kampung raya lepas dah membesar dan berputik. Contoh bunga  seperti yang digambar pertama. Trellis pun hasil krastangan juga... 

Mmmm...begitulah kisah dan kejadiannya. Pokok sama juga seperti manusia, banyak remeh dan ragamnya. Bagaimana dengan kisah rakan yang lain, apakah anda berperistiwa  seperti saya..atau mungkin lebih bernasib baik lagi..nasihat..never give up.. kalau nak ceria tanamlah bunga..
Saya..tunggu the one and only nasturtium di atas berbunga....

57 comments:

  1. seronoknya laman yg luas...dah mcm kebun bunga dah gayanya...mcm2 ada..ada yg tak pernah saya dgr namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada luasnya Kam. Rumah kak cuma ada ruang depan yang sikit tu saja untuk tanam pokok. Dalam ruang sempit tu lah kak campur aduk macam2 pokok sampai kereta pun kena parking kat luar. Awal-awal dulu ada abang tegur..habis ruang kak pakai..lama-lama dia pun tak kuasa nak kata apa...bini dia macam tu lah jugakk...

      Delete
  2. Bestnta rntry ne, cantik dan subur bunganya sejuk mara memandang..
    Mala dah boleh buka nursery..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya rasa macam nak buka nursery Yon, dari dulu2 hajat tu ada..tapi tanah @ kedai nak sewa kat sini..ya Rabbi..mahal..disini kebanyakkan orang buka nursery dirumah atas anah mereka sendiri...

      Delete
  3. Menanam ni memang trial and error.Lagi banyak kesilapan lagi banyak belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Diana...kalau kita tak silap kita tak tahu cara betulnya...memang banyak sangat trial and error. .

      Delete
    2. Biji lotus tu nak tanam lepas keluar banyak akar bukan pucuk sahaja. Kalau tak dia fragile.

      Delete
  4. Dah macam nursery dah ni Kak Mala, cantik2 semuanya bunga kat sini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nak bagi bunga-bunga semasa ni sentiasa kekal di laman ni kena rajin lebih sikit sud@is. Macam torenia, rose jepun, zinnia..semua tu kena rajin replant. kalau tak..hilang macam tu saja...

      Delete
  5. Saya pun pernah beli pelbagai benih lepas tu hentam je semai tanpa buat homework dulu. Rupanya setengah benih tu suhu tanah pun penting. Akhirnya timbul idea utk semai di bilik berhawa dingin. Tumbuh tapi bila keluar dari hawa dingin cabaran cuaca sebenar pula...tak semua jenis hidup. Nak kena cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalah kita orang tanah rendah ni...semua bunga kita berkenan yang duk di tanah tinggi. Cuaca sejuk..tapi ada juga yang boleh berbunga dan tolerate dengan cuaca setempat.

      Delete
  6. Banyak betul koleksi sis,,cantik pulak tu.
    kalau dah hobi macam ni laa kan,,mana kenal erti jemu,,makin kita belajar makin banyak benda yg kita tidak tahu..

    ReplyDelete
  7. OMG!!!! banyak nya collection Kak Mala! salute!!!! All cantik-cantik! You are really lucky! You get both the single layer & multilayer white telang =) So happy to see all those beautiful flowers! keep up the good work sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Olive..your single & double layer telang still happily growing..beberapa kali dimakan kambing tapi still berbunga..cuma kacang dia sukar nak dapat. Yang blue one tu banyak kacang.

      Delete
  8. Dahlia akak sempat berbunga ya.. saya pun suka dahlia.. baru - baru ni saya terbaca mengenai dahlia..boleh disemai dengan keratan juga.. selagi suka beli dan tanam kak.. pokok2 ni berzikir kata ustaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah apa tak kena dengan Dahlia yang kak beli awal tahun dulu tu...Asyik gila daun saja. Punya besar2 daun dia macam boleh buat sayur..masuk 5 bulan still macam tu juga, kak geram buang semua. Memang kak tanam dari keratan batang..cari benih kat bunga yang kering tu tak ada pun

      Delete
    2. a great formula for good rooting and post-transplanting care would be 6-20-20, having high P and K levels; for good flowering, look for 6-20-6, with higher quantities of phosphorus to support and protect flower development.

      Delete
    3. Thanks for your info AnitaKhairi. Have a nice weekend.

      Delete
  9. Sukanya Julie tgk bunga2 kakak ni, Julie pun kalo boleh semua bunga Julie nak tanam, mcm dh ketagih dh dgn bunga2 ni, pagi ptg Julie keluar ke laman tgk bunga2 & tumbuhan2 lain d laman. benih2 pun banyak juga Julie dh beli tp menanamnya tu punyalah liat kengkdg hehe..baru2 ni Julie pun dh terminat pula dgn airplant, mcm best pula tgk pokok ni tergantung2...benih MG pemberian kakak, scarlet o'hara pun dh mula bercambah, suka Julie tgk. tahan panas ke tu kak? Julie rasa nak tanam dkt dgn pagar rumah je...thanks a lot ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih cosmos Julie kak baru ja semai dua hari lepas..harap2 dia tumbuh. Boleh mixed dengan bunga oren kak. mesti cantik.

      Delete
    2. Scarlet O'hara memang tahan panas. Kalau Julie tanam kat pagar memang cantik sangat bila dia berbunga. kak pernah sekali tanam kat pagar homestay punyalah cantik berbunga tapi apa nak buat datang Che Kam habis dimakannya..licin..

      Delete
  10. Kalau Kak Mala nak tahu salah satu terapi mata kakak bila masuk blog ini adalah kerana bunganya. Apa lagilah yg empunya pokok live dpt pegang, membelek tiap hari mestilah puas. Dari membeli benih, membeli pokok, yg mati tumbuh balik, semua dah dilalui. Yg pasti semuanya cantik - kakak sukalah tengok Kak Mala. Kalau kakak duduk rumah sepenuhnya hobi kita ni sama:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, kak pun kadang2 tak sempat juga nak belek bunga. Selalu balik kerja sampai rumah dah 6.30 petang..dalam duk berkemas..duk masak tu curi2 pi ambil gambar..siram pokok...tu yang selalu abang bising ..air tak tutup..goreng ikan hangus...hehee..tak cukup siang orang tua2 cakap!

      Delete
  11. ni buat semangat semakin berkobar-kobar, hahaha... kak mala hebat trellis tu berkenan tgk...kreatif krastangan akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya idea tu banyak Ana, tapi tak berapa cekap nak buat. Abang kak buat rumah pun pandai tapi benda yang tak minat memang dia tak nak tolong. Terkial-kial lah kak sorang diri..dia tengok je..pastu komplen kalau tak kena...hish..nyampah juga heheee....

      Delete
  12. Salam Kak Mala,


    Ya ampun banyak nye pokok morning glory dia! Banyaknya bunga!!! Rasanya kalau saya pi umah Kak Mala pasti saya ingat kebun bunga haha. Weekend haritu saya ada tabur bunga marigold dengan veronica.. Tak tau lah hidup ke tak hahahahahaha... Kalau hidup ye alhmadulillah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey..ada la dua tiga jenis morning glory ni..tapi tak semua membesar sempurna.
      kak harap marigold Honey tumbuh tapi veronica tu bunga macamana ya...

      Delete
  13. Banyak betul bunga mcm2 jenis...sy sempat setahun je giler order benih bunga sayur...dah semai x menjadi hidup stop jap...ni nak semangat balik...tapi hanya fokus satu satu bunga dulu...tgh duk belek daisy, Adenium dan Zinnia...itu pun dah byk kali ni mengeluh....

    Tapi tgk cerita perjalanan akak ni naik semangat plk...:D

    ReplyDelete
  14. Tahun ni memang banyak sangat kak beli dan tanam pokok bunga. Rasa2 berpuluh pokok. Nak tunjuk semua pun tak larat..tapi banyak yang mati..itulah risiko dan dugaan. Mcm pokok keladi diatas tu duk subur2 berbunga boleh lecur dan mati..
    Kak pun suka adenium tapi belum ada hasrat nak beli. Ada tengok ahli kelab post..cantik2 colornya. memang tergoda tengok. Daisy satu masa dulu ada tanam kampung punya 5 jenis color, bertahun-tahun juga tahan tapi mati juga..cuma zinbia senang sangat kan tanam ..kak pun suka..

    ReplyDelete
  15. Mala kalu dekat mau jer bunda mengecek pokok bunga mala tu..
    Bunda ni kan minat pada bunga tu ada juga...tapi memandangkan tak semua bunga yg bunda minat n tanam hidup so bunda jadi putus asa...

    Sekitar thn 2003 masa tu arwah suami masih ada....dialah rajin melayan bunda beli pokok bunga...time tu tengah gila pokok bunga kertas ngn bunga untai2 pasu gantung... (jiran2 pun)

    Arwah layan beli jer...nak baja...tanah...peralatan kebun...semua dia layan...bab menanam dan penjagaan ..jgn hrplah...

    Lepas arwah takder...bunda pun berpindah rumah...banyak hal bercucuk tanam ni dah merudum...yang ada pokok herba dua tiga jenis tu pun ...seadanya ajer..

    ReplyDelete
  16. KN, Mala banyak benih free..matahari & kosmos. Kalau nak boleh bagi address.
    Mala senyum2 sendiri bila sebut bunga gantung ni..hahaha...la ni org tak berapa minat kut ya..atau tak ada org buat comeback lagi..masa tu kat rumah mala gantung lebih 20 pokokk & jenis..sebab tu tuan rumah komplen..yang lucunya sampai ada ular daun hijau tu masuk tidur berlengkar eluk saja dalam pasu tu dan mala pula pi urut2 badan dia duk heran apasal tanah ni nampak hijau & lembut. Sekali tu dia panggung kepala..haa..terkejut nasib baik tak jatuh tangga.
    Ada setengah pokok bunga pun kategori pokok herba juga..untungkan 2 dalam 1.

    ReplyDelete
  17. Salam..

    Kak zai suka sangat tengok orang yang suka pada pokok bunga. Dah tentu rumah berseri2 dengan kehadiran bunga2 yang berbagai warna dan rupa.
    Rumah kak zai macam2 pokok ada tapi kalau ikutkan kak zai suka pada orkid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai..tanaman orkid lebih mudah ya..tak cerewet sangat. Ada kawan Mala tanam orkid biar macam tu saja tapi tetap berbunga selalu. Kat sini ada dua nurser orkid tapi Mala tak minat sangat walau suka tengok bunga dia yang cantik. Masa pindah rumah 2006 dulu, semua orkid vanda tanam atas tanah kasi dekat orang. Konon2 tak rasa sayang sebab itupun orang yang bagi tak beli. Yang cuma ada la ni dua jenis saja, tu pun pemberian org terdekat. Simpanlah sebagai kenangan...

      Delete
  18. Oh please... we have similar habit on gardening. I often buy a lot of seeds and plants what I love like crazy. Such an addict on plants shopping... :). But I see you have green thumb, all of you collections look so gorgeous, especially your Morning Glories.
    Happy gardening!

    ReplyDelete
  19. Yes Endah.. till death do us apart...agaknya begitulah kiasan untuk kita dan pokok ni....

    ReplyDelete
  20. That's right! Never give up. You did well!!
    I have lots of failures with seed. Sometimes when some seeds came, and if the first packet of seeds that I sowed didn't sprout properly, I get discouraged. I just don't have the motivation to sow the next packet anymore... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..but I always broke my promise, many time's I said no - not again, but when it appears in front of my eyes, I cannot bear it, even previously I failed to grow it.

      Delete
  21. Seronok bila apa yang kita tanam/ semai menjadi.
    Mrs. A bila tanam/ semai pokok selalu ajer.. tak menjadi :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Mrs A. Kak ni dah tak tersenarai berapa banyak yang mati. Ada yang semai tumbuh tapi macam hidup segan mati tak mau...tapi pokok tanam sendiri ni dia macam ada thrill sikit..seronok bila tengok hari dia berbunga sulung..wah..puas raa hati...

      Delete
  22. salam aidiladha utk Kak Mala sekeluarga..

    ReplyDelete
  23. samalah kita, dok beli, tanam/semai..tapi yang hidupnya x banyak...kalau hidup pun bantut je....

    ReplyDelete
  24. Adat tanam pokok begitulah...kadang2 kita jaga mcm nak rak tapi tak menjadi ..orang lain main cucuk2 ja tapi berbunga sampai tak mau2...

    ReplyDelete
  25. Salam kak normala..
    Saya berminat utk mendapatkan keratan btg Ruellia putih..
    Hubungi saya..
    ridhwan_18@Hotmail.com

    ReplyDelete
  26. Salam kak normala..
    Saya berminat utk mendapatkan keratan btg Ruellia putih..
    Hubungi saya..
    ridhwan_18@Hotmail.com

    ReplyDelete
  27. Salam sister Normala. ..
    Can I contact you via hp....
    Too much of seeds and heartfelt stories to ask and share....
    0184086460.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum sis
    Nk tumpang tanyer
    Sy ingin membeli benih pokok bunga matahari(Bunga besar)
    Boleh pm sy dekat whatspp sy
    sis
    0176169474

    ReplyDelete
  29. Hi sis..sis beli seed dr sepa?

    ReplyDelete
  30. Ni no wasap app sy sis..
    01119521335

    ReplyDelete
  31. cantik2nya.... saya niat nak tanam morning glory.. jimat tak perlu kos bina tembok pulak...tp takut jiran x minat pulak sbb pagar sharing (semi-D) huhu

    ReplyDelete
  32. cantik2nya.... saya niat nak tanam morning glory.. jimat tak perlu kos bina tembok pulak...tp takut jiran x minat pulak sbb pagar sharing (semi-D) huhu

    ReplyDelete
  33. Wow..cerita dan ilustrasi amat menarik!!!

    ReplyDelete
  34. Kalau ada kelapangan jemputlah ke blog saya...kot ada keperluan produk yang sdng saya usahakan...Selamat Datang ke : https://agroprointegrated.blogspot.my

    ReplyDelete
  35. salam kak, bunga matahari memang boleh hidup dekat malaysia ke kak? macam mana nak jaga dia kak? sbb saya dah pernah cuba tanam dia dari benih tapi dia tumbuih sekejap je pastu mati. T_T kalau saya nak beli benih bunga matahari akak ni boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ya bunga matahari boleh hidup diMsia. Bermula dari mula semai letakkan ditempat teduh.Bila pokok dah 6-8inci dah boleh letak tempat separa panas. Bila pokok dah meninggi boleh dedahkan sepenuhnya ke full sun. Kalau tanam dalam pasu pokok ini memerlukan air yg mencukupi untuk berbunga.
      Pokok matahari di laman kak dah lama tak tanam.

      Delete