Thursday, 19 May 2016

Nostalgia Pinggan Lama

Saya bukanlah pengumpul barang lama jauh sekali barang antik tapi saya pasti semua orang bernaluri seperti saya, suka melihat barang-barang tersebut kerana ia pasti mengimbaukan  kita pada memori   kehidupan masa lalu yang mana pada satu waktu dan ketika kita pernah hadir bersamanya di sepanjang jalan kenangan.

Begitu juga saya. Tahun lepas ketika dipasar karat, mata saya terpandang pada pinggan berbunga biru ini. Serta merta kenangan silam datang bertandang.  Saya pernah makan kuih raya dalam pinggan ini di awal tahun 70an. Masih bersekolah rendah. Saya masih ingat ada kuih buah kana, kuih sampan, samperit dan kuih bakar disusun penuh dalam pinggan. Kami makan sambil pandang-pandang pinggan yang cantik itu. Maklumlah kat rumah tak ada kan...

Mak Ram begitulah nama tuan si pinggan raya tersebut. Ibu kawan baik saya. Hanya kat rumah dia saja yang ada kuih raya moden dan sedap. Hampir  45 tahun sudah berlalu. Apa khabarlah dia sekarang...

Saya juga jumpa pinggan kekwa merah ini. Dulu kala mak pernah ada pinggan ni kat rumah.

Walaupun warna dah agak pudar  tapi kenangan makan nasi dalam pinggan ni masa kecil-kecil dulu  bersama-sama mak, pak dan adik beradik lain tetap terang dan subur di ingatan. 

Nak langkah kaki tak boleh saya ambil juga pinggan berdaki ini. Pinggan ini juga merupakan antara  pinggan di sepanjang jalan kenangan saya....Siapa pernah guna pinggan corak ini masa dulu-dulu?

Walaupun ada banyak lagi barang lama yang menggamit memori di jual dipasar itu namun saya cuma memilih membeli 3 biji pinggan di atas saja dengan harapan lain kali datang beli lagi...

Yang ini lain pula ceritanya. Ini pinggan lama keluaran Johnson Bros. England. Keluaran sekitar tahun 40an. Era zaman Jepun.  Saya tidak membelinya tapi  dapat percuma. Adik beri. Untungkan kerana pinggan ini bernilai dan sangat di gemari oleh pengumpul koleksi pinggan lama. 

Kisahnya pinggan-pinggan  lama ini tersimpan berkurun lamanya  didalam jelapang padi. Kepunyaan syarikat/pakat kenduri sebuah kampung. Meraka sedekahkan kepada orang ramai. Adik tahu pun sudah lewat jadi dapatlah sedikit saki baki yang di tinggalkan orang. Bertuahlah orang pertama yang datang ya...

Cantik motif bunga raya yang melatari permukaan pinggan ini. Bayangkan beratus pinggan lama disedekahkan. Terpikir sejenak..tak tahukah mereka pinggan-pinggan ini cukup bernilai dipasaran dan sukar di temui lagi sekarang ini.

Tertera cop mohor dan nombor siri di belakang pinggan. Nama pinggan keluaran ini Khyber. Saya agak terkejut kerana adik saya sendiri tidak tahu pinggan lama ini bernilai sebab dia tidak punya kenangan dan tidak pernah tengok pun.  Zaman dia  pakai arcoroc dah...

Dapat sebiji saja corak ini itu pun sudah mulai retak seribu.

Motif bunganya agak berlainan dan tidak tahu buatan negara mana. Cuma di belakangnya tertera cap crown.

Pinggan-pinggan made in China pun ada juga. Saya angkut bawa balik  semua corak yang adik dapat. Bukan senang nak jumpa pinggan lama original ini.

Corak bunga hitam yang biasa kita lihat. Arwah tuk saya banyak yang corak-corak begini tapi malangnya pinggan peninggalan tuk habis hilang dari rumah saya  selepas kematian mak. Perhiasan koja dan tembaga mak pun juga tiada. Sampai kehari ini saya tidak tahu siapa yang mengambilnya. Sayang betul...

Saya percaya ada antara kawan-kawan yang memiliki corak begini di rumah sendiri tak pun di rumah kampung. Nenek atau  ibu pasti ada menyimpannya.

Kebanyakkan corak banyak bermotifkan bunga raya.

Ada juga corak bunga mawar kembang penuh.

Pernah tak makan kenduri dalam pinggan ni masa bebudak dulu...teman sezaman saya pasti ingat.

Corak mawar hitam ini istimewa sikit sebab ada campuran warna biru kehijauan yang lembut.

Ada set mangkuk. 

Tanda pinggan yang digaris dengan batu kawi. Mesti pernah tengok kan..

Cuma dua biji ini saja made in Japan. Corak bunga lebih kecil dan warna lebih ceria, Berbeza dari buatan Cina kuntuman bunganya lebih besar. Lebih banyak warna hitam dan lembut.

Comelkan piring ini.

Semua pinggan-pinggan ni saya bawa balik dari kampung minggu lepas. Teruja sangat dengannya. Beruntung lagi dapat percuma...cuma yang malang tak ada tempat nak display. Rumah saya tak ada almari hiasan jadi display kat blog sajalah. Kongi tatapan dengan kawan-kawan.

OK kawan-kawan. Please take care. Happy blogging & happy gardening!




27 comments:

  1. Semua pinggan2 tu menggamit memory. Kak Zai juga pernah makan menggunakan pinggan yg mala post. Masih ada lagi pinggan2 tu tp tersimpan dirumah abang. Rasa segan nak ambik sbb dulu masa rumah kampung ditinggalkan dialah yg mengemas segala barang dan rumahnya ketika itu ada dua buah. Itulah sbbnya segala barang yg masih boleh digunakan dipindahkan ke rumahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah abang simpan maknanya masih ada, saya ni..barang mak & tuk habis hilang. Tak perasan kami sebab disimpan kat almari dalam bilik belakang. Sedar2 dah licin...

      Delete
  2. kat rumah mak ada lg..dulu rasa mcm pinggan lama, skrg betul2 lama br rasa brg antik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah tu masih ada...sekarang ni memang banyak pinggan bercorak hitam dijual semula dipasaran sebab permintaan tinggi. Walau sekali pandang sama je coraknya tapi tetap pinggan lama yang asli jadi buruan. Cantik kalau display dalam almari perhiasan.

      Delete
  3. Betullah... nostalgia semuanya tu.
    Rumah bapak kakak masih ada sebahagian set itu tau
    Tapi kami tak gunakan sebab biasa guna set baru
    Nantilah ada masa kakak nak cuci ambik - sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada harus ambil simpan..esuk2 mesti nak tengok balik.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak Mala, adui btl2 mengait memori post kakak ni, teringat Julie time kecik2 dlu kat kg, diorg hidangkan kuih dlm pinggan ni, esp pinggan Mawar tu, dlu kat rmh emak bnyk jg pinggan2 lama tp habis pecah x terjaga, yg tinggal hanyalah pinggan motif bunga ros hitam & merah. Sempat jg Julie ambik 2 3 buah pinggang lama emak tahun lepas sebab barang2 rare mcm ni bkn senang nk cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada eluk ambil dan simpan awal2 kat rumah..mcm kak ni biar2 lansung hilang.

      Delete
  5. salaam Normala
    its good to know someone of similar interest. happens to come across your blog by chance...love your blog and the photos. will definite drop by more often, insya allah.
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Muna,
      Nice to know you too. I've visit your blogs. The pictures are so amazing & wonderful. Love the way you captured. So clear & clean..

      Delete
  6. Oh my! I recall a few plates - The bunga raya red and white and the kekwa ones - that I used before when I was a child. Good collection, Normala! Yup you can use them to display also. They are antiques that will bring back good memories :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I really hope that I'm not trapped in this new hobby..hehehe....All the old stuff I find at Pasar Karat defenitelly reminds me of my childhood time. Lots of memories..

      Delete
  7. So many very pretty designs & patterns!
    Great to treasure!
    Christineandhercamera.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Christine..old plates often have a unic motif & designs

      Delete
  8. Rumag parents I pun ada lagi pinggan pinggan ni! Cantik kan....Baru sedar value nye! Mak ada koleksi pinggan, teko dan cawan! Memang cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dengar kebanyakkan kaum keluarga kawan2 bloggers masih ada lagi simpan pinggan2 lama ni...

      Delete
  9. Replies
    1. Ya Endah, saya rasa disana pun pasti ada corak-corak yang begini ya..

      Delete
  10. Kalau Bunda balik rumah bapak, adalah 2 3 biji yang tinggal lagi pinggan2 lama bercorak bunga cam gini...

    Dulu zaman kecik2 pinggan mangkuk lama begini banyak kat rumah arwah opah... yang paling berkenan set pinggan mangkuk makan.

    Siap dengan mangkuk bertutup untuk sup, pinggan bujur untuk nasi tambah, piring kuih dan lauk serta pinggan untuk makan nasi.

    Sejak opah takder rumah lama di sewakan... dan ahli keluarga berpindah randah, dah kemana semua khazanah lama2 tu pun tak tau...

    Memang... pinggan mangkok lama ni menggamit memori silam era 60an n 70an lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berkenan pinggan yang jenis bujur tu..susah la nak nampak la ni..

      Delete
  11. Takut termain silap mata tengok pula hehehe....dah Nampak macam corak pinggan sekali bunga belimbing besi tersebut?
    Seronok dapat koleksi begini kalau percuma. Ya walaupun bukan lahir tahun 70-an, ada pinggan-pinggan tersebut pernah digunakan dahulu semasa zaman kanak-kanak.
    Menarikkan tepinya beropol-ropol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak ada org yang masih menyimpannya Diana tapi sekarang ada juga corak lama yang dibuat semula untuk memenuhi permintaan mcm cawan kopitiam tu..walaupun motif nampak sama tapi dulu2 punya cawan kaca dia lain. hanya jauhari mengenal manikam..

      Delete
  12. Mana nak cari ya pinggan2 corak lama nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. im not a collector. i do hv it belong to our late parent n selling it fast now as were cleaning d old house. do contact me those interested 0192884558

      Delete
    2. Some of my fb friend instered of this pinggan lama. Could I posting it in my fb wall?

      Delete