Sunday, 18 September 2016

Bayam Brazil / Brazillian Spinach.

Siapa pernah tanam dan makan bayam ni? 
Pokok ini berasal dari brazil. Sebab itulah dia dipanggil bayam brazil agaknya. Dari pemerhatian saya rata-rata yang tanam pokok ini adalah kawan berbangsa Cina. Orang melayu mungkin masih baru atau tidak kenal langsung sebelum ini macam saya. Pertama kali saya kenal dan tahu tentang sayuran ini pun menerusi posting oleh kawan-kawan grup fb pada beberapa bulan lepas. Kedengaran sangat menarik dan seperti biasa saya sangat teruja untuk memiliki.

Sungguh tidak terduga, hanya cuma bertanya tentang benihnya seorang kawan baru fb saya bernama Mr Geo menawarkan penghantaran percuma keratan batang bayam tersebut dengan pos laju . Saya apalagi..berbesar hati sangatlah...Bila sampai terkejut juga tengok rupa pokoknya...Daun dia berlubang-lubang kesemuanya. Tak ada rupa bayam pun...betul ke ni bayam brazil Tengok gambar macam lain saja...

Tidak patah semangat, saya terus buang kesemua daun berlubangnya dan tanam pada 18hb Aug, sehari selepas sampai. Saya tanam di atas tanah dengan separa cahaya matahari. Menurut kawan saya daun tersebut begitu rupa kerana dimakan belalang. Sepuluh hari kemudian lihat cepat saja daun barunya tumbuh. Bajanya cuma siraman air ikan.

Tiga minggu kemudian. Inilah rupa pokoknya secara jelas. Daunnya berwarna hijau pekat, berkerimot, agak tebal dan berisi. Rupanya ada iras-iras sikit bayam malabar tetapi tidak memanjat.  Pokoknya renek dan rendang. Tak nampak macam rupa bayam biasa..

Bayam biasa macam di atas rupanya. Daun pun lembut dan nipis. 

Kerana tidak sabar nak tahu rasanya bagaimana saya petik  sedikit dan goreng bersama bawang putih..Mmm..jangan kata apa..saya memang suka bawang..Wahhh! tak sangka sedappp...teksturnya rapuh macam kailan tapi tidak pahit..ada rasa sedikit kemanisan. Rumusan dari tekak saya..rasanya adalah dari komponen rasa kailan, malabar dan kangkung! Istimewa kan...

Lebihan batang yang digoreng saya semaikan. Memang bayam ini sangat mudah membiak  dan suka keadaan lembab dan teduh. 

 Hari ini 18hb September, sebulan umurnya dan seminggu selepas dikerat. Lebih subur dan gemuk dari minggu sebelumnya. Setakat ini tiada serangan dari mana-mana serengga perosak. Gebu saja daun dia. Esuk saya nak goreng belacan pula. Daunnya juga boleh dimakan mentah sebagai salad campuran. Mmm..menu ini pun mesti saya nak cuba juga..

 Memang beruntung tanam bayam brazil ini. Sangat mesra dan tidak cerewet. Rasanya 100 kali mudah dari menanam kailan. Ini lebihan kailan yang saya tanam. Lepas ni tapaknya saya nak tanam bayam brazil banyak-banyak. Terima kasih tidak terhingga kepada Mr Geo Chong yang telah menunaikan hajat saya. Bukan itu saja, beliau juga mengirim kepada saya pokok rerama, rumput beijing dan Assystasia. Orang berbudi kita merasa!


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!












36 comments:

  1. Alhamdulillah. Suburnya pokok bayam brazil tu.
    Biasanya kt kebun sayur cina banyak tanam pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mazlan, orang cina yang banyak tanam pokok ni. Bila banyak2 bercakap pasal pokok ni baru teringat beberapa tahun lepas pernah jumpa pokok ni kat pasaraya tapi tak beli sebab tak tahu sayur apa...sekarang baru teringat tapi dah tak ada org jual dah pun. Mungkin dulu org tak kenal dan tak dapat sambutan kut

      Delete
  2. Suburnya...geram tgk..ermmm betui la kak mala nmpk mcm bayam malabar..tk penah tgk lg bym brazil sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan mudah ditanam Anam, boleh buat sayur apa pun..masak lemak ke..sayur air ke..gorengan, salad semua boleh. itu rasanya dia lebih bagus dari kailan & bayam biasa

      Delete
  3. Tak pernah nampak atau rasa bayam Brazil! Senang betul nak tanam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang betul nak tanam dia. Dgn cutting sekejab saja hidup. Yang saya tanam semua hidup. Sekarang duk mencari benihnya, Tak ada setakat ni sellers on line jual

      Delete
  4. mcm pernah nampak kat market daun ni.. tapi x pasti nama dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka...kalau jumpa beli dan tanam. Sayur yang sangat mudah ditanam dan enak.

      Delete
  5. Oh... kakak baru tahu namanya. Betul jiran kakak yg tanam ni pun cina juga
    Dia buat batas kat tepi jalan depan rumah dia. Tapi subur kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Cina selalunya rajin berkebun..tepi2 jalan pun diaorang boleh usahakan..

      Delete
  6. Assalamualaikum kak Mala, Wah geramnya tengok daun bayam Brazil tu, subur2 & hijau belaka....sayur yg kakak masak tu pun nampak sedap...rasa nak tanam jglah bayam ni...nnti ada benih jualkan ke Julie ye kak...tqvm utk info ni kak...bertambah2 lagilah ilmu...tqvm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie,
      InsyaAllah. Kak pun duk tunggu nak tengok bunga & benihnya mcmana

      Delete
  7. Tak pernah lagi tengok bayam brazil ni... subur jer tu menjadinyer bayam tu K.Mala..

    ReplyDelete





  8. Salam.. bestnya tgok Bayam tu..de Jual tk?bole sy beli tak dri cik mala?

    ReplyDelete
  9. Klau bole sy beli..ni contact sy sue..011-16930576..hope bole sy hubungi cik mala..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum pernah tengok benihnya sebab kawan bagi cutting tanam ni. Tapi ada kawan saya beli on line pokok ni. Nanti saya cek dgn dia.

      Delete
  10. terimakasih kak mala kerana sudi berkongsi..saya mmg jahil bab2 mcm ni

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kak suka sebab boleh sut dalam semua jenis sayur

      Delete
  12. Salam, kalau saya nk keratan btg atau benih bayam brazil ni boleh tak? Dah lama saya cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuma bayarkan duit pos laju RM10. Tinggalkan alamat & no talipon.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ok kak. Tapi saya tggalkan no telpon. Nnti akak wassap saya no akaun. Kalo saya tinggal alamat kat sini nnti ada pulak yg carik rumah saya.. hehehehe

      Delete
  13. Assalamualaikum. Bayam brazil memang senang nak jaga. Rasanya pun sedap. Sesuai buat omelet telur. TQ sis berkongsi cerita :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Azlin
      memang sayur ni serbaguna. Boleh masak dlm resepi apapun. Senang tanam mudah tumbuh.

      Delete
  14. Sy da tanam, mula2 subur lepas tu sy perasan ade binatang kecik suka mkn smpi daun tu belubang2, macam mane nak buat ye kak, Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kak fade up tu. Kak dah berapa kali salin tanah & pasu still binatang tu makan juga. Kalau teruk sangat daun dia kena makan, kena gunting semua daun yang rosak tu buang. Kak cabut tanam semula. Ambil cuma batang saja. Akar yang bawah kak kerat buang.

      Delete
    2. oh, faham kak, terima kasih banyak, nak juga tanam bayam tu sbb sedap pastu senang. Saya baru mula tanam2 ni, saya nak cuba tanam salad lepas tgk blog akak :)

      Delete
  15. salam...saya berminat nak beli benih atau keratan bayam brazil ni....boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. InsyaAllah sila tinggalkan contact no & alamat.

      Delete