Tuesday 11 September 2018

Hijrah Kemerdekaan.

Hari ini telah bermula tahun baru dalam kalendar islam 1 Muharam 1440 Hijrah. Sebelumnya kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke 61 buat negara yang tercinta.  Buat orang  yang berumur lebih dari sepaaruh abad seperti saya ini kian terasa 'lama' dan pudar. Rasanya masih ada banyak lagi penghijrahan dalam memerdekakan hati dan minda yang belum dan tak tercapai. 

 
Walau pun berusaha sebaik mungkin kearah itu tetapi saya ini selalu terleka dan tidak pernah surut melakukan  kesilapan.  Alpa pada janji dan azam.  Mmmm.... manusia ni memang mudah lupakan... 

Sebut pasal lupa  ni teringat saya pada kejadian bulan  puasa  yang lepas.  Saya pulang untuk berbuka puasa bersama adik-adik di kampung juga ziarah bapa mertua yang kurang sihat. Dalam perjalanan kerumah bapa mertua hari itu saya tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang lelaki Cina yang tak dikenali. Terkejut juga. Mula-mula saya ingat dia salesman yang talipon secara rambang. 

Tapi bila dia bagitau dompet duit saya terjatuh di depan kedainya. Allah... Kecut perut tiba-tiba.  Macamana boleh saya tak sedar.  Semua duit raya untuk adik dan mertua ada dalam tu. Berdesup adik pusing kereta menghala semula ke pekan Alor Setar.  Adakah lagi duit tu dalam dompet.... Dalam getar perut saya berdoa pada tuhan yang baik-baik walau otak duk pikir yang bukan-bukan. 

Sampai di kedai tersebut saya disambut oleh wajah-wajah yang ceria ini. Sangat ramah,  santun dan berbudi bahasa. Dompet saya dihulur dan saya disuruh membilang adakah wang saya mencukupi. Allah... Sebaknya dada saya ketika itu hanya tuhan saja yang tahu. Tak putus saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Syukur dompet ini dijumpai oleh insan yang berhati mulia. Saya bertambah terharu bila mereka berkata dompet ini harus sampai selamat ketuannya. 

Tauke kedai yang sentiasa tersenyum. Menurutnya mereka akan menghubungi kawan mereka  di  Langkawi sekiranya saya tidak dapat di hubungi. Mujur dalam dompet terselit kad kerja lama. Ada nombor talipon saya di situ.

Memang saya tak akan lupa jasa mereka sampai kemati. Orang baik orang jahat ada dimana-mana tapi orang yang  jiwa dan mindanya  merdeka sukar ditemui. Sempena tahun baru ini marilah kita semua memerdekakan diri dengan berhijrah ke arah kebaikkan dan kemajuan. 

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening. 

24 comments:

  1. Orang yang baik selalunya ditemukan dengan orang yang baik baik juga. Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Duit saya tidak terusik. Saya sebenarnya tak membilang duit didepan mereka walau disuruh begitu. Rasa malu tapi yakin duit saya tak hilang. Bilang dalam kereta saja.

      Delete
  2. Nasib baik dompet anda muncul.
    Bunga-bunga cantik, saya sangat menyukai yang terakhir.
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
    Replies
    1. The last picture was blue plambago. Love it very much.

      Delete
  3. Masih rejeki kita, tak kan kemana... saya suka bunga yang pertama, cantik... Bunga apa itu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tahu namanya Endah tapi daun dan kudupnys mirip cosmos. Bunga dan kelopaknya comel mirip aster. Ambil gambarnya di pusat peranginan tanah tinggi.

      Delete
  4. You are a great photographer!
    I admire all your photos!
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not so Ela.My camera didnt work. Now just suited my self with a tiny handphone which I find so difficult to captured hahaha...

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Selamat menyambut tahun baru hijrah 1440 akak. semoga kedatangan tahun baru ini memberikan sesuatu yang baik-baik aje...Cantik bunga-bunga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Abu.
      Terima kasih dengan ucapan. Moga kita sama-sama menuju kebaikkan.

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih sudi melawat.
      Sebenarnya saya pun tak perasan kedai ini jual teko antik.

      Delete
  7. Put sunblock when gardening... age slowly ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya should applied it but my skin is not tolerance to the face cream. Sometime its become bad.

      Delete
  8. Alhamdulillah.
    Rezeki masih ada lagi tu.

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah Kak Mala hanya diduga sekejap.
    Kesemua kejadian ini ada hikmahnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana setiap dugaan ada hikmahnya. Cuma sabar tak sabar saja kita ni.

      Delete
  10. Alhamdulillah Masih Ada rezeki milia sungguh Hati diorang

    ReplyDelete