Friday 14 December 2018

Sandpaper Vine

  Saya memang penggemar pokok dari jenis creeping vine atau menjalar. Ini salah satunya. Walaupun tidak berbau harum tetapi saya tetap jatuh cinta pada pokok ini.  Mendapat namanya dari sifat daunnya yang kasar bak permukaan kertas pasir. Pokok ini berasal dari Mexico dan Amerika tengah namun mampu hidup subur dibumi sini. 

Sandpaper vine ini saya beli di nurseri masa balik kampung awal tahun ini dengan harga 35.00  ringgit sepokok.  Pokoknya sudah  matang berbunga dengan ketinggian mencecah hampir enam kaki. 

Lebih cantik jika dibuat pergola atau trellis kerana batangnya bersifat melilit dan bunganya pula berjurai kebawah. Pokok ini sangat tahan panas dan memerlukan air dan baja yang mencukupi untuk sentiasa berbunga. 

Kon bunganya akan muncul melalui ketiak kiri dan kanan  daun.   Kuntumnya terdiri dari dua lapisan dimana lapisan  bawah berwarna pink kebiruan akan kembang terlebih dahulu membentuk  kelopak seperti bintang. Manakala kuntum kedua akan muncul membulat  ditengah dan akan kembang kemudiannya. 

Lihat kedua-duanya sudah kembang bersama. Kelopak kedua menyerikan lagi bunga ini  dengan  warna purple. Perbezaan warna antara dua kelopak ini nampak cukup jelas dan menarik.   

Malangnya  kuntuman kedua mudah gugur dan tidak kekal lama. Sayang melihatnya bertaburan atas tanah. Saya kutip dan masukkan dalam fountain mini. 

Cuma kelopak pertama shaja yang kekal ditangkai untuk membentuk biji benih. Warnanya beransur menjadi pudar dan akan kering sepenuhnya beberapa hari kemudian.

Sudah kering  sepenuhnya. Pada waktu ini kena  bertindak cepat kerana bunga yang kering cenderong gugur atau diterbangkan angin.  

Biji benih yang sesuai disemai ialah yang bersaiz besar dan keras.. Walaupun begitu ianya juga boleh dibiak melalui keratan ranting. 


OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening!  



38 comments:

  1. MasyaAllah cantiknya bunga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya duk bercita nak buat trellis melengkung tapi tak terjadi lagi

      Delete
  2. cantiknya si ungu menghiasi laman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasavteruja bila tengok sidia ni kembang berjemaah.

      Delete
  3. saya tak tahu pun apa nama pokok ni sebelum ni. haha. sebab bila tengok bunga, panggil bunga ja semua. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama walau minat sangat kat bunga tapi ada banyak juga yg belum tahu namanya. Cuma bila masuk grup tanaman ni baru lah tahu lebih detail.

      Delete
  4. Hello, lovely beautiful flowers. The color is lovely. Beautiful photos. Enjoy your day and weekend. PS, thanks for visiting my blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Eillen
      Its been a long time I follow your blog. Admired your passionate of birds and other critters.

      Delete
  5. Cantik nya bunga! Lebat . Buat pintu gerbang mesti cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la duk bercita nak buat pergola kat dia. Tak dapat lagi. Tahun depan pula. Tahun ni dah habis bajet.

      Delete
  6. Cantik bunganya penyeri laman
    Cantik gambarnya penyeri blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pokok kawan saya lagila banyak bunga dia berketul-ketul. Geram tengok.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Setiap kali berkunjung ke sini pasti anak mata saya disegarkan dengan apa yang ada di sini. banyak pula informasi berkaitan dengan pokok-pokok bunga yang cantik. Sehingga ada pokok bunga yang saya kenal sejak kecil dan menjadi permainan tidak tahu namanya, akhirnya di usia ini baru dapat tahu namanya..iaitu Vinca hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu. Memang betul tu dulu kita tak berapa tahu dan kenal nama bunga. Kak pun masuk grup tanaman baru lebih mahir.

      Delete
  8. Cantik Dan Segar bunganya pandai akak jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni yg dari jenis tahan lasak. Tak payah duk belai pun.

      Delete
  9. cantiknya warna bila dia dah purple tu.. em.. ngidam betul nak bela pokok bunga cecantik.. hee~ tapi duduk atas kayangan, pokok tak kenal tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duk atas kayangan kalau ada balkoni boleh tanam pokok ni asal kena panas. Kak pun tanam dalam pasu sebab limited space.

      Delete
  10. Wahhhh cantik aihh....awat bila orang lain yang buat nampak senang sunggoh...tapi bila sendiri buat jenohh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle saya pun ada jenis2 pokok yang tak mau dengan kita. Tanam pi berapa kali pun tetap tak menjadi. Salah satu cotohnya saya selalu failed dgn pokok markisa. 3 kali beli 3 kali tanam tetap failed. Tu pun ada hati nak beli lg. Hahaha...

      Delete
  11. Cantiknya...
    Berseri-seri warna dia..

    ReplyDelete
  12. Warna bunga lilac yang jadi kegemaran.
    Jarang dapat bersiaran sekarang Kak Mala, jadual padat semakin anak meningkat usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang tak apa Diana. Asal jangan hilang dari radar terus sudah. Dah ramai rakan seangkatan menyepi.

      Delete
  13. Assalamualaikum. sy pn baru beli arini dari shopee. moga bertumbuh subur mcm kat nursery. edisi lepas hidup xmau mati segan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pokok ni dalam kategori lasak juga.cuma dia tak boleh kurang air.

      Delete
  14. Asslm puan...macam mana ya nak pulihkan pokok ni,saya beli dari shopee,nampak hujung2 keratan macam ranting kering hanya daun sahaja yg hijau tak berpucuk 😕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori for late reply. Harap masih membaca ya. Gunting buang bahagian yg kering. Nanti tumbuh pucuk baru.

      Delete
  15. Berapa lama pokok ni ambik Masa Utk berbunga ye..

    ReplyDelete
  16. Pokok sand paper sy bru belajar nk keluar pucuk memanjat pas tu kucing sy dh patahkan pucuk tu..skg pokok tu mcm dah nk layu..blh ke dia hidup lgi Klau pucuk tu dh patah

    ReplyDelete