Monday, 31 March 2014

Sharing Is Caring...

Ayat yang menunjukan atau menyuruh manusia lebih bersifat perihatin. Saya setuju. Rezeki yang Allah SWT bagi begitu makmur dan murah. Apa salahnya berkongsi sedikit pada yang tidak mampu....

Berkongsi kasih......

Berkongsi makan....
  
 Berkongsi pokok.....

Berkongsi bunga.....

Berkongsi laman...

   Kerana binatang itu fitrahnya atas manusia. So...tak boleh nak marahlah..., tapi kadang-kadang saya hilang juga kesabaran....

 Bila melihat ini di depan  rumah...
  
 Belakang rumah....

Tepi rumah....masih bolehkah di teruskan  keikhlasan hati  dalam sharing is caring...?



Thursday, 27 March 2014

My Pelam Sala Berlayar Ke Seberang...

Cerita dua minggu lepas - Alhamdulillah. niat che abang nak jamu kawan-kawan kami dengan pulut mempelam dah pun tercapai. Sekarang nak sampaikan hajat saya pula, nak buat jamuan  untuk kenduri arwah mak hari Jumaat ni di kampung. So, esuk balik kampung lagi la saya...jenuh berat nak usung buah tu naik ferry...

Proses peraman bermula beberapa hari lepas...

Antara yang mulai masak menguning

Tasting...


Dah masak sepenuhnya, masuk kotak! Ready for berlayar ke seberang....

















Tuesday, 25 March 2014

Mencari Dahlia

Dalam sebanyak bunga yang ada, cuma dua pokok bunga saja yang saya minat dan nak  cari ketika itu. Satu antaranya ialah si Dahlia. Mungkin bukan nasib saya, atau tak pandai cari nursery, tak banyak dahlia yang eluk saya dapat. Sudah berbelas tahun juga Dahlia hilang dari koleksi taman. Belum pernah saya jumpa pokok ini ada di jual di Langkawi ataupun di Alor Setar. Kalau yang tanam dengan biji benih pasaraya  pula terbantut saja pertumbuhannya. Asyik besar-besar tu lah juga. Empat bulan masih 3 inci. Boleh?

malasaad.blogapot.com
Ada satu kedai, didepannya  berdiri megah si maroon ini. Punyalah besar dan rimbun pokoknya.  Warna ini saya minat dan belum dapat. Puas kecek nak beli batangnya. Sampai sudah tak mahu jual..

Tengok dia tanam kat dalam semak-semak pun subur.  Kecek batang ja...pun tak mau jual....

malasaad.blogspot.com
Yang ini bunga cukup cantik tapi pokoknya nampak luyu saja. Macam tak sihat. Mahal juga. Puas tawar dapat lah harga yang di kehendaki..

malasaad.blogspot.com
Ini paling segar dan murah sangat harganya. Satu color saja pula yang ada. On the way balik nampaklah pokok-pokok ini di tepi jalan. Tapi semua dah kecut dan hampir kering. Tanya harga - RM15.00 satu. Hah? mak datuk mahalnya. Tak padan dengan pokok. Saya cakap kat dia - pokok ni dah nak mati...3 sepuluh ringgit saya ambil la..
Mmmm...OK..ambil la..Nampak pasrah pun dia ..kesian...

malasaad.blogspot.com

malasaad.blogspot.com

malasaad.blogspot.com

 Saya sedang mendidik pokok-pokok Dahlia ini sekarang supaya kembali segar dan pulih.

Si Biru Yang Mengancam!

Mula-mula terpandang, eh, betul ke? Macam nak kenal ja bunga tu...Lantas saya suruh adik pelahankan kereta. Iya, memang betul . Warnanya begitu menonjol. Tumbuh sekelompok  
di dalam semak, dilereng bukit,  bercampur aduk dengan local morning glory  yang warnanya lebih pudar. Tak kan orang tanam dalam semak pula...Sepanjang jalan sudah dua tiga tempat saya tengok ia berkembang dalam semak. Tak mungkin asalnya tumbuh meliar. Mungkin biji benih yang tersebar dari taman berdekatan. Itu yang terpikir oleh saya.  Hish...hati dah tergedik-gedik nak berhenti tengok tapi malangnya struktur jalan yang tak begitu mengizinkan untuk berhenti. Ingat lokasi!  Adik dah siap bagi arahan.   Nanti malam kita kidnap ya...


  Ya betul, morning glory inilah yang saya lihat tadi tumbuh meliar dilereng bukit tapi bukan semua tempat dia ada.

      Yang tumbuh cantik ini kepunyaan si hotel. Sambil-sambil posing tu, misi tetap berjalan. Mata tu meliar cari biji benih kut2 ada tapi sebiji pun tak jumpa. Heran...tak ada biji ke?
Waktu ronda-ronda tengok tempat, terjumpa satu kawasan yang agak semak tapi di  penuhi dengan bunga-bunga ini. Ladang free for sure. Tepi jalan lagi. Haaa...apa lagi, ambil lah banyak mana suka. Peduli apa orang tengok...sampai juga hajat. Tak ada lah nanti teringat yang kat dalam semak tu... Saya sempat snap bunga-bunga ini tapi dalam gambar kelihatan warnanya seakan pink. Mungkin biasan cahaya matahari. Sebenarnya rupa dan warnyanya sebiji macam morning glory di atas. Terkini,  dah tanam tapi.....macam tak mau hidup pun.....pasal kidnap kut! hehe....

Sunday, 23 March 2014

Macam Tak Percaya....

Pertama kali jumpa, anak-anak dan adik saya terjerit-jerit panggil saya suruh tengok. Saya yang ketika itu tengah  mahsyuk snap bunga-bunga raya besar sampai terkejut jadinya. Apa yang riuh sangat.
Tengok.... Wah, cantiknya..bunga apa ni... Tumbuh liar menjurai dari atas bukit turun sampai ke bawah. Bersamanya ialah morning glory biru gelap. Menurut uncle tuanpunya nursery, tumbuhan itu tidak ditanam tapi tumbuh sendiri . Ya ka? Macam tak percaya...how come bunga secantik ini tidak bertuan. Morning glory pun..? Saya sungguh terpegun...tapi masih lagi cukup  sedar untuk menarik pokok tersebut sebanyak mungkin. Balik tanam..hidup ke tak belakang kira......

malasaad.blogspot.com


 Tidak seperti pokok menjalar yang lain, walau sudah di kerat batangnya, saya dapati pokok ini masih segar dan bunganya tetap berkembang  sampai ke esuk harinya. Waktu mula berkembang warnanya kehijauan kemudian bertukar ke light purple dan seterusnya barulah menjadi purple sepenuhnya.
  
 Putik Bunga.
      Rupa-rupanya ia berbuah. Tapi sayang saya tidak dapat buah yang tua/masak. Jika tidak sudah tentu boleh dapatkan biji benihnya untuk di cambah. Tengok pokok masih segar sampailah hari ke lima saya balik semula ke Langkawi. Sudah tanam. Harap benar ia tumbuh dan sesuai dengan cuaca disini.















  























                                                     
                                   

Thursday, 13 March 2014

Bunga Kampung

Alhamdulillah, sampai sudah di kampung tengahari tadi. Macam biasa tanya kabar saya dan adik bongsu bukan pasal sakit demam tapi.....pasal pokok bunga...A to Z pokok semua cerita pasal pokok saja..tak habis2. Seronok tengok pokok-pokok kat kampung ni. Habis dengan si adik sambung lagi cerita pokok dengan abang pula. Siap buat lawatan dan penerangan sekali. Syok melawat keliling rumah...Banyak sungguh bunga kat kampung tapi setakat ini dulu intronya....
             Kenangan Abadi....saya tanam pokok jambu buah besar ni dengan arwah ayah lebih       kurang 30 tahun yang lalu..Masih berbuah tapi buahnya dah tak berapa cantik.
Tempayan besar ni dah 30 tahun lebih usianya, dulu buat simpan air minum dalam rumah
 Sekarang Adik dah buat hiasan kat luar..
 Pokok bunga berduri ni cukup lama bertahan. Rasa2nya sudah menjangkaui                  berbelas tahun...sentiasa berbunga disepanjang tahun.. Satu masa dulu pokok ini pernah menjadi kegilaan ramai,    




Namun dalam semua bunga-bunga yang ada Petunia ni lah nampak begitu menyerlah...hai...sakit jiwa tengok. Dah lah besar pasunya harga pun murah. Kalau lah Langkawi ni ada jambatan. Mau tiap2 minggu balik kampung beli bunga.

Contoh kejayaan menanam Petunia dari biji benih. Kita ni bukan main ajar adik tanam dengan biji tapi saya sendiri  tanam tak menjadi pun. Asyik mati saja semaian tu...Waktu semai meremut tumbuh. Bila ubah kepasu tak nak hidup pula
























Yang di Risau Ialah Si Dia...

Dulu bila nak berpergian untuk waktu yang lama, saya begitu dilanda kerisauan. Memikirkan pokok-pokok yang akan ditinggalkan, siapa nak tengok, siapa nak siram..Tapi sekarang tidak lagi, ada kawan yang boleh tengok. Semestinya Che Wa..., dan yang paling tak sangka Hubby pun turut menawarkan khidmatnya. Ayatnya.."abang kan ada, boleh siram, buat apa nak suruh2 orang..."
Wahhh...bahagia benar dengar,  sebab selama ni dia tidak pernah rasa nak buat pun. Walaupun begitu saya tetap rasa selesa kalau kawan yang seminat yang tolong siramkan. Mesti tau cara nak siram pun..
Tapi masalah besar sekarang bukanlah cuaca panas sebab air mencukupi. Kambing lah pula. Kebun belakang dan sebelah rumah saya amat terdedah kepada mereka. Itu yang paling risau sebab semua sayuran saya tengah menyubur!

Kacang kelisa. Gila daun dan bunga... 

 Cili padi..tengah memerah....


Petula sedang berbuah...

Terung ulam pun tengah subur benar....tengok buah sulung dari dua pokok.

 Ini yang paling takut di bahamnya...1st time tanam pula tu..Lobak Putih! 2 kotak...

 Sawi cekeding dulu dah mula membesar...Mmmh! What to do...amat berharap benar dia tak makan macam dia ratah habis pokok ati-ati saya dari jenis baru petang tadi. Licin! Balik nanti baru saya nak buat pagar kepung macam kat bawah ni...

      Depan rumah. Kenalah juga buat kepungan dengan shading hitam ni. Kalau tak, habisss....wassalam!

Saturday, 8 March 2014

Bunga Tanpa Nama

Niat di hati nak stop membeli bunga baru untuk beberapa bulan mendatang ini, nak tumpu kebenda lain sekejab, tapi tidak  pernah menjadi juga. Nursery berdekatan pula, asal singgah mesti ada yang berkenan nak beli.  Bulan ini sudah tiga pokok baru dah beli - kerak nasi / kesidang, Bauhinia dan satu lagi tidak tahu namanya apa.  Masuk yang ini sudah ada dua jenis pokok yang tidak dapat dikenal pasti namanya. Mohon mana-mana kawan yang tahu, bolehlah share info di sini.

 Saya ada beli anak semaianya dua bulan lepas. Kemboja kah? Walupun seiras tapi bentuk daunnya agak berbeza. Bersegi dan kelopak bunganya agak nipis dari kemboja biasa. Walaupun begitu ia amat  tahan pada cuaca panas terik. Kelihatan cukup segar dan seakan tidak terkesan lansung terhadap cuaca ekstrim ketika ini. Menurut empunya nursery, selain putih ada juga warna merah tapi sayang merah tiada dalam koleksinya.

Tuan nursery cakap bau bunganya cukup harum dan dapat dihidu dari jarak 1 meter. Sejenis pokok bukan menjalar. Ya ka? Saya tertarik sangat lalu belilah satu Sabtu lepas. Menurutnya lagi bunganya besar seakan Alamanda. Warna? ya saya terlupa, mungkin putih. Nama? Dia sendiri tidak tahu sebab beli di Siam.

Ini closed up putik bunga, belum lagi berkembang. Sudah hampir seminggu, cuma baru nampak urat kelopak sedikit timbul. Lambat..harap berkembang minggu depan, bila saya balik bercuti kelak, sempatlah tengok dan bau harumannya. 
                                                              

Wednesday, 5 March 2014

Model Bunga Lalang..

 Mmm..why not? sesekali eluk juga ada model bersama bunga. Cantik,  pandai posing dah tu free lagi tak payah bayar. In house model katakan...

Lalang..tapi bila berbunga tetap kelihatan cantik dan berseni

 Model merenung manja... 

Gaya bebas...

 Gaya menawan...
  
 
Merenung awan..

 Catwalk di celah-celah bunga kering