Saturday, 1 March 2014

Heliconia

Inilah pokok yang paling senang tanam, senang tumbuh dan senang membiak tanpa sebarang baja dan penjagaan yang rapi. Saya sebenarnya amat meminati pokok jenis ini tapi memandangkan ruang yang terhad, terpaksa saya mengawal pertumbuhannya dengan membuang anak-anak pokok yang muncul. Sayang tapi terpaksa, jika tidak halaman saya akan jadi hutan heliconia.

 Terlalu berat sampai batangnya patah.

Saya terpaksa menyokongnya  begini..

Dek kerana dipayungi oleh pokok jambu dan bersempadan dengan rumah jiran, kebanyakan heliconia saya jadi merenjong melepasi dahan pokok tersebut kerana mencari cahaya.

 Jadi macam ni lah, batang tak tahu yang mana, tau-tau bunga ja turun  memanjang ke bawah dari celah-celah  dahan pokok jambu.






7 comments:

  1. cantik pulak tengok color bunga heliconia k.mala ni..subur menghijau daun...biasa sy tgk kurus je...berkenan plk nak tanam

    ReplyDelete
  2. Yang Kak pula suka heliconia yang rendah2 nampak comel tapi asal tanam ja semua jadi besar dan panjang.Ikut tuan kut..hahaa..

    ReplyDelete
  3. Saya suka bunga yg menjela tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah ada yang lebih panjang dari yang atas tu...

      Delete
  4. wah cantik la bunga ni kak, baik lagi kakak jual anak2 pokok bunga ni dari kakak buang, jual kat saya. ok x? saya berminat la nak tanam bunga ni kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah rumah Julie dekat, hari2 boleh angkut...

      Delete
  5. cantik dan menarik helikonia ni

    ReplyDelete