Wednesday, 23 April 2014

Kebebasan Yang Hilang

Bukan diri sendiri  tapi pokok-pokok saya yang diluar laman.

Setiap hari dari pagi sampai lah kepetang beginilah keadaannya - di penjarakan demi keselamatan dan kelansungan hidup.

 Tiada lagi keceriaan

Dan kegembiraan...

Semuanya gara-gara rombongan Che Kam ini...

Yang tiada sempadan dan belas kasihan...dan saya tidak tahu sampai bilakah masalah ini berlarutan..

Kalau dulu, beginilah saya biarkan mereka terbuka...

Biar bebas tanpa sekatan...
  
Sebab itu saya menolak permintaan  untuk membina tembok dan bumbung.

Kerana semua  itu akan memudaratkan pokok-pokok kesayangan saya... 

Juga kerana saya ini orang kampung, masih  mahu melihat air hujan yang turun dan jatuh membasahi tanah yang sedikit cuma..

Hingga kini masih berharap agar pokok-pokok saya ini mendapat kebebasan mereka kembali. Dan saya pula ingin sangat mahu seperti dulu - pergi dan pulang kerja dengan perasaan aman dan tenteram.

21 comments:

  1. ya Allah k.mala..sangat cantik..penuh bungaan...ni br sy nampak full view...ptt la menarik minat cik kambing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dimata orang yang suka pokok tapi bagi orang yang tak suka dia orang takut tengok rumah kak. Pertanyaan lazim.. tak takut ular masuk ke.?

      Delete
  2. Your garden so beautiful! but memang lah sakit hati sgt if they just come to destroy macam tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. What to do...tuan kambing is ' bulletproof '

      Delete
  3. ramai betul rombongan cik kam tu...kalu lepa mau licin semua tanaman akak tu....cabaran betui la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cabaran sangat..sampai duk kat office pun tak senang hati..bukan se ekor dua, berpuluh-puluh. Asal awal tahun 2013 dulu dalam 4 ekor saja. La ni dah membiak-biak. Itu belum lah di kira rombongan Cik Mbu dan Cik Bau. Pun ada depa tu. Taman kak ni kira macam zoo bergerak la....

      Delete
  4. masyaallah cantiknya ros jepun anika color..baru mula cucuk tanam kemarin harap subur jadi macam ni nnti
    kambing dah tak berani mai lagi kebun saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeii bahagia dengar..Petua apa pakai kambing tak berani datang bertandang?

      Delete
  5. Cantiknya laman rumah kakak, lots of flowers, best tgk. Mayb kakak kena pasang pagar berduri dpn rmh ni kak, barulah si kambing2 tu x dpt nak kacau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah Julie cara mana yang terbaik...

      Delete
  6. Cerianya ... mahu tak hangin satu badan kalau cik kam tu pulun pokok2 cantik tu.. memanglah kena penjarakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, dengan orang tak bergaduh, alih2 dengan binatang pula akak duk menyumpah. Kiranya berdosa juga lah ya..

      Delete
  7. Utk elak begaduh dn sakit hati kat binatang maka sy pasang pagar mata punai kat kebun bkakang umh..alhmdulillah lega la ni, dh xnpak btg hidung cik kam dn rombnngnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah kak ni belakang mungkin boleh buh dawai tu tapi depan tak sesuai lah pula sebab kita duk di taman.

      Delete
  8. CD yang dah rosak, kak Mala boleh ikat sana sini sebab binatang tak suka kalau mata diorang silau.
    Itu saya dok tengok orang negara maju buat untuk elakkan burung, B-B- yang boleh lompat pagar tinggi dari datang masuk.
    Saya Che MON pula mula mai bertandang.

    ReplyDelete
  9. Oh, terima kasih banyak2 petua tu. nanti nak kena cari CD2 lama gantung. Harap dia takut sikit. Ha, Che MON tu kat sini orang selalu gelar Cik Aa..kalau monkey lah..hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Aa pompuan tak takut pun bila sergah budak lelaki kecik takut juga lari dia.

      Delete
    2. Memang betul spesis ni dengan pompuan dia tak takut. Saya ada pengalaman 17 tahun dirumah lama, dekat dengan hutan dan bukit. Hari2 gerombolan Cik Aa ni turun dan makan buah2an, telur ayam dan umbut2 lengkuas.

      Delete
  10. Cantiknya.... sayang sekarang terpenjara. Warna warni, saya suka sekali. Semoga penjara ini cepat berakhir

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Endah saya pun berharap sangat agar kambing2 tersebut segera terjual....

    ReplyDelete