Monday, 28 April 2014

Corat-Coret Hasil Kebun

Semenjak hujan turun hari-hari, rumput-rumput di kebun tumpang saya sungguh subur menjadi-jadi. Kalau ikut hati memang tak terlarat nak merumputnya tapi eluk juga saya mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk melonggarkan urat dan mengeluarkan peluh secara percuma.
  
Belum sampai separuh jalan saya mencangkul untuk persediaan kebun  di musim baru. Tiba-tiba...

Saya ternampak ini.  Chupp!! commercial break sat. Tengok sapa yang lalu.. Amboi...bahagia nampak, Cik Bau laki bini bawa anak jalan-jalan makan angin. Tiba-tiba yang si bapa terus berhenti jalan dan merenung saya. Wah..pandai marah dia. Saya tergelak kuat sorang2. Oish..kemudian kedua-dua sekali merenung saya. Mula rasa tak sedap hati terus saya cabut. Hehehe..tau takut..

Tengok perbezaan  pokok bendi ini. Pertama kali tanam subur saja naik. Kali kedua semai dimusim kemarau. Semua pokok jadi bantut. Saya cabut kesemua pokok dan tanam semula.

Masa musim kemarau, ada pokok yang saya abaikan termasuklah rosselle  ini. Bila hujan turun biji-biji benih tumbuh semulajadi dalam kelopak buah yang masih eluk lekat dibatang.

Ini pula before and after....Mmh! terpaksalah saya gondolkan kesemua daunnya. Puncanya? Lihat dibawah..

Pemusnah dua serangkai..anak kumbang bulat dan bena putih.

Lobak putih. Membesar dengan eluk walau pada musim kemarau, lupakan pada saiz dan bentuknya  yang sudah tentu tidak menepati standard, tapi berbaloi juga bila dimasak. Tetap rasa serupa macam yang beli di pasar.

Kacang kelisa pula membawa ceritanya yang sendiri. Tidak tahu dimana yang silap saya cuma dapat makan dua biji saja hasilnya. Selebihnya ia menjadi gila daun selepas Che Kam selalu meratah daun-daun bahagian bawah.

Petola. Saya tanam dengan enam biji benih.  Bila berbuah saya dapat makan empat biji buahnya dan sebiji simpan untuk stok. Balik modal kan?



16 comments:

  1. Seronok baca garden ramblings akak .. hi hi saya pun takut dengan kerbau sejak kecil lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun takut juga kat kerbau sebab dia ni kan suka naik minyak. Kambing dengan lembu tu kira boleh bawa berunding lagi...

      Delete
  2. sekali tgk...tekejut ingatkan gajah tadi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ana.., kalau gajah pun jadi ahli kelab taman ni..ha, barulah kak nak panggil Karam Singh Walia mai buat liputan. Biar dia angkat 100 kali tangan tu...

      Delete
  3. Ehm ... kerbau bikin takut. Saya pernah jatuh dari motor gara-gara kerbau menyeberang jalan tiba-tiba.
    Kebunnya menyenangkan, musim ini oyong (petola) milikku tak bagus hasilnya. I love your lobak

    ReplyDelete
  4. Endah, this is my first time growing lobak. Itu pun saya lihat hasil yang menjadi dari rakan2 blogger. Sebelum itu saya ingat lobak tidak sesuai hidup ditanah rendah. Kalau belum pernah, eluklah mencuba. Mudah saja macam tanam sawi juga.

    ReplyDelete
  5. Wah byk juga tanaman diblkg umah yer k.mala? Sy x berjaya lg dgn lobak putih...nanti try lagi...mungkin panas ni yg menyebabkan bendi sy ketot2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia, sebenarnya kebun ini kat tanah jiran sebelah. Tuan rumah buat homestay jarang jenguk Kak yang sukarela pi duk buat kebun dan tanam pokok bunga kat situ.

      Delete
  6. hehe...kalau saya pun takut bila direnung mcm tu oleh cik bau anak beranak..kang dibuat naik minyak...terbongkang kita kena sondol..baik lari cepat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sikit ....kadang2 sampai dekat sepuluh ekor meronda tepi jalan taman kakak ni. Untung duk kat Langkawi ni Kam, dah boleh melancung hari2, zoo bergerak percuma depan mata ja....

      Delete
  7. Dulu masa kecik malam- malam kerbau tido bawah golong/rumah nenek di Sabah atau masa ribut. Selalu intai celah dapur lantai kayu nampak matanya. Banyak sayuran segar di kebun Kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak ni Diana dari kecik sampai ke tua hidup di kelilingi oleh binatang2 ni. Contohnya macam di atas tu lah...

      Delete
  8. Hello Normala, my eyes are on the terung and petola! Love eating them. Btw I miss seeing kerbau. Thanks for these pictures :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's the only terung I have and just wait for the right time to sow the second batch.

      Delete
  9. Wow! Long time I never seen any "kerbau" I use to see them in my home town! Very good harvest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm lucky me, surrounded by all those animals, days and nights.

      Delete