Nama yang agak unik. Dari famili Mallow, Malvaceae ia juga dikenali dengan beberapa nama,. Antranya Indian Mapple, Chinese Lantern atau juga Lampion. Dan yang lebih istimewa bunga ini mendapat nama dari Ibnu Sina - Ilmuwan Islam yang juga di kenali sebagai Bapa Perubatan Moden. Abutilon terdiri dari beberapa jenis warna dan variety tetapi cuma jenis yang satu ini sahaja yang saya biasa lihat di sini.
Ini Abutilon yang saya ambil gambarnya diperkarangan hotel saya menginap di Cameron Highland. Ceria berbunga seluruh pokok. Pada mulanya memang saya beranggapan bunga ini seperti juga Fuchsia, lebih sesuai ditanam ditanah tinggi dan tidak tahan cuaca panas.
Rupa-rupanya saya silap. Ia juga sesuai ditanam ditempat terbuka dan penuh cahaya Ini yang saya beli dari nursery di tempat saya sebelum ke Cameron. Terkejut saya lihat pokok itu hidup subur berbunga ditengah panas ekstrim ( musim kemarau ) Sebenarnya pokok yang di semai ini dari ranting yang patah dan tuannya juga baru membeli pokok tersebut. Jadi dia menjual kepada saya yang kelihatan terdesak sangat mahu. RM4.00 untuk 4 inci...tak apalah, saya ingin mencuba...
Berbalik kepada Abutilon di Cameron. Ini kuntuman berbentuk hati sebelum kembang. Comel. Bila tahu bunga ini tahan cuaca setempat, saya mula berniat untuk membeli sepasu bila kesini.
Menyesal saya tidak membelinya dari tahun lepas...Di Cameron bunga ini mudah dilihat ditanam begitu sahaja dipinggiran rumah dan jalan. Boleh di biakkan dengan keratan ranting atau disemai melalui biji benih.
Akhirnya dapat juga saya membelinya di MARDI. Sepokok. RM8.00 sahaja. Murah sangat. Pokoknya subur dan penuh bergantungan dengan bunga. Malangnya saya lupa mencari biji benihnya bila bunga itu kering..sampai sekarang pokok yang saya beli ini masih segar dan membesar.
Ini pula perkembangan pokok 4 inci yang saya beli di nurseri tempatan. Begitu cepat pertumbuhannya. Kini sudah satu kaki lebih. Lihat sudah keluar bunga sekuntum..Begitulah dunia bunga ini, harus berani mencuba dan terus mencuba demi untuk mendapatkan hasilnya....