Sunday, 24 January 2016

Jom Makan Jambu : Pink Guava

Pokok yang punyai nilai sentimental buat saya. Saya membesar bersama pokok ini.  Banyak sangat kenangan zaman kecil. Saban hari saya dan adik beradik panjat pokok jambu dan makan buahnya di atas pokok. Kami juga menjual buah ini kepada rakan disekolah. Buah besar ( macam jambu sekilo ) sebiji sepuluh sen.  Ramai juga orang yang datang beli dirumah. Seronok tak terkata..Ketika  itu rumah saya ( kampung lama )  di kelilingi oleh berbagai jenis variety jambu batu. Ada yang unik warna, bentuk dan rasanya. Rare orang cakap. Pokok-pokoknya pun cukup tinggi dan besar. Jenuh mengait dengan buluh. Kebanyakannya tidak saya jumpa lagi sekarang ini. 

Kerana rindu nak makan jambu petik sendiri, jadi saya membeli secara  on line sepokok jambu tut merah. Tanam dalam pasu saja.  Tapi waktu beli tidak adalah buah bergantungan  begini.. Ini gambar selepas.

 Pokok saya berbunga selepas 5 bulan beli.  Masih nak mengenang pada pokok arwah bapa tanam. Puluhan tahun sudah putus kasih.  Mungkin saya akan ziarah kampung lama  untuk mencarinya. Tapi masih adakah benih jambu itu tersisa disana sekarang? Saya sendiri pun sudah hampir 35 tahun tidak pernah jejak kaki ke tapak rumah  saya  dilahirkan itu.

Kalau nak dibandingkan keadaanya masa mula sampai kat rumah dulu, tak sangka pokok ini akan hidup. Buka kotak, tengok2 pokok dah habis patah riuk. Kerana sayang nak kerat, saya ikatkan ranting yang patah. Ambil gambar dan hantar aduan kat penjualnya...

Berkat kesabaran, inilah hasilnya..ranting yang patah pun pulih dan berbuah pula..
Dalam berbelas biji berputik cuma 7 biji saja mara ke final. Syukur...

Tapi pada pertengahan berputik, buah tiba-tiba jadi terbantut, sebulan tidak mahu membesar. Risau hati. Kemarau pula melanda. Saya cuba menyiram sekerap mungkin.

Sebulan kemudian..buah beransur berisi. lalu saya balutkan dengan kertas. Dah agak terlewat berbuat demikian pun. Mungkin itu salah satu faktor buah saya terbantut. 

Berhasil membesar walau ambil masa yang agak panjang. Ada yang sudah menguning...

Rasmi buah pertama. Paling ranum, manis dan sedikit juicy. Seronok dapat makan buah fresh dari pokok. Kongsi tokak ( gigit ) dengan anak menantu dan cucu sampai last minute baru ingat nak ambil gambar..
..
Sebiji lagi . Anak saya terus ambil dan ngap. Buah belum cukup merah tapi manis juga.

Buah ke enam saya petik.  Tak rugi membeli dan berbaloi di tanam. 

Manis.. memang sangat berpuas hati. Ini yang bersemangat nak menambah koleksi lagi.
 Esuk lusa nak balik kampung dan bercuti bersama adik-adik. Walau rasa seronok tapi dalam hati, seperti biasa dah berserabut memikir pasal pokok-pokok yang akan ditinggalkan. Dalam musim kemarau pula tu. Walaupun si suami ada tapi hati masih tak yakin  dia dapat menyiram, menjaga pokok dan kucing saya dengan baik. 

Ok kawan-kawan jumpa lagi di bulan hadapan. Happy blogging & gardening!








Saturday, 16 January 2016

The rose is a rose And always a rose....

Mmm..memanglah..sampai bila-bila pun rose tetaplah rose..
Tak adalah banyak jenis sangat pun, tapi  rose saya selalu berkembang setiap masa. Mula-mula tanam dulu sangatlah teruja nak tengok bunga kembang. Jadi sekuntum pun suka tak terkata..

Pilihan rose saya ialah dari jenis yang tahan panas dan menjalar. Macam Huntington ini.
 Tapi bunga rose saya jarang kembang berjambak. Mungkin kerana tidak guna baja khas untuk rose. Saya cuma jamu sup kulit bawang, telur dan pisang. Air ikan  dan air beras.  Baja  pula taruh yang biasa sahaja. 

Jenis ini suka menunduk kebawah kerana ranting/batangnya lembut dan senang dilentur. 

Red Piano dan Golden Celebration memanjat dahan pokok Alamanda sebab tiada pergola.

Crown Princess Margareta. Begitu ID tergantung dipokok. Tak  tahu betul ke tidak. Tengok bunga  orang, naik berketul-ketul. Saya punya keluar seketul saja. Itupun  dah rasa terharu sangat dah...

Red Piano, rose yang paling saya suka. Kembangnya tahan berbulan.....sampai bunga kering ditangkai, masih tegak berdiri. Bunga kat bawah sudah masuk 2 bulan..Kelopaknya tak gugur-gugur pun sampai kehari ini.

When the rose is faded, Memory may stil dwell on her beauty shadow, And the sweet smell gone - Walter de la Mare

Seronok tengok bentuk kelopaknya yang membulat. Cuppy tapi tak kuat sangat baunya.

Golden Celebration..suka berbunga tapi jarang sangat berjambak.

Wangi sangat baunya. Harum manis.

Damask atau rose kampung. Berkali-kali semai baru berjaya. Ada dua jenis lagi rose kampung yang saya still cari. Warna pink..kesukaan arwah mak. Harum sangat baunya..macam parfume.

Prosperity yang tidak begitu makmur berbunga.

Sisa yang tinggal berlajar berbunga kembali. Inilah mangsa Che Kam raya tahun lepas.

Rose Cameron. Kalau kesana memang tak berminat nak beli pun takut cepat mati.
Yang ini jiran bagi sebab tolong siram pokok semasa dia bercuti. Nak tengok boleh membesar dan tahan cuaca setempat ke tidak. Kalau menjadi bolehlah beli lagi, murah je..

Belum habis kembang, Che Kam dah rembat sebab che abang lupa tutup pintu pagar.

Tinggal kontot. Nasib baik pecahkan buat dua pasu. Sepasu lagi dia tak sempat baham. Selamat... 

Throw back March 2015. Bila lah bunga saya nak berjambak seperti ini semula....Kawan-kawan, yang mana mahir menanam pokok ini silalah kongsi bersama jika ada tips tertentu untuk rose ini mengeluarkan bunga yang banyak dan meriah.

Happy blogging & happy Gardening!





Friday, 8 January 2016

Kemarau VS Kebun R&R

Perumahan saya sudah mengalami sepenuhnya musim kemarau. Hampir sebulan sudah hujan tidak membasahi bumi.

Pagi ini saya bersama Kaspin  dan Kastih meronda melihat padang rumput yang sudah mulai menguning disekitar kebun R&R. Walaupun masih pagi tapi matahari sudah bersinar terang sampai bayang saya pun sangat jelas kelihatan.

Namun berbeza di dalam kebun, semua tanaman kelihatan masih menghijau subur walaupun bahang matahari membakar sampai kepetang. Saya sendiri sudah lebam muka kerana saban hari  berkebun dan menyiram disini.

Selepas berhenti kerja saya banyak meluangkan masa menanam sayuran. 

Namun saya cuma menanam kecilan saja kerana faktor tanah padang R&R yang tidak subur. Sawi tengah membesar. 

Di Kebun R&R hampir semua sayur2an berkongsi tapak dengan pokok bunga. Berselang seli dan ada yang sudah memanjat pun..

Kacang kelisa gila bunga tapi tidak berbuah...

Kailan. Kebanyakkan sayuran ditanam dalam bekas atau pasu. 

Bayam bulat. Sayuran saya kali ini lebih banyak menggunakan baja dan kompos buatan sendiri.

Labu Air dengan bunga jantannya kembang menguning.

Buah sulung. Mudah2an tidak gugur.

Tembikai terencat..

Jambut tut merah. Buah sedang membesar. Lambat rasanya menunggu buah ini masak. Tak sabar nak rasa. Pokok  tebu di sebelah pula baru nak menjadi.

Bendi. Tetap subur walaupun berkongsi tapak  dengan sayuran lain.

Kangkung. Dah jenuh makan.

Daun Ruku atau Kemangi

Kacang tanah. Saja-saja tanam.

Terung kongsi pasu dengan kacang panjang.

Roselle masih berbuah. Saya juga ada tanam pokokt putat, ulam raja dan kacang parang.

Sweet Thai basil  dan selasih kampung. Mewangi bila terkena air waktu disiram. 

Bawang Dayak dengan bunganya yang comel.

Timun pokok tua tapi  masih terus berbuah..

Lihat..matahari sudah seterik ini walaupun baru pukul 8.30 pagi. Saya sendiri sudah tidak tahan untuk membelek sayuran lebih lama. Panasnya sudah terasa. Faktor inilah yang membuatkan saya berhenti sejurus untuk menyemai benih baru. Maintain apa yang ada saja.

Lain pula dengan si Kaspin dan si Kastih. Tak kisah pun berguling dan berkejaran. Kalau tak dipanggil balik mau bergomol dan bermain lagi. Happy juga jadi kucing ya....

OK kawan-kawan. Happy blogging & happy gardening.