Thursday 25 February 2016

Selasih - Basil

Hari ini dalam sejarah.  Saya membuat sirap biji selasih yang ditanam sendiri. Sebelum ini saya selalu buang saja bunga-bunga keringnya. Betapa ruginya tidak manafaat benih pokok ini  sedangkan bijinya boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Kalau minum sirap selasih ni selalu terkenang zaman bebudak. Minuman wajib bulan puasa dan dirumah kenduri. Dulu-dulu di kampung sirap di panggil air serbat. Biji yang mengembang macam telur katak ini mempunyai berbagai khasiat tapi selalunya dikatakan dapat menyejukkan badan.

Bunga kering yang saya pungut dan kumpulkan. Saya kisar dengan lesung batu. Mula-mula saya kopek satu-satu...oh, lecenya. Lambat. Mujur ingat nak buat cara ini. 

Sekejab saja terlerai. Teruja sungguh boleh kumpul biji dia...

Dirumah, saya cuma tanam tiga jenis basil saja. Pokok ini mempunyai berbagai jenis variety sebenarnya. Ada warna lain selain dari hijau iaitu merah kehitaman. Atau disebut juga basil hitam.  Di atas ialah  kemangi atau lemon basil. Saya sangat-sangat suka baunya yang sangat harum apabila di siram. Seakan campuran lemon & serai. Semerbak wanginya terbang ke udara...

Ini pula Thai basil.Sebenarnya saya tidak berapa gemar makan secara mentah . Tanam pun sekadar seronok dan nak bagi ada saja. Tapi selera saya mula berubah bila makan sos spaghetti yang dicampurkan dengan daun ini.  

Sedapnya.....berulang  saya makan spaghetti ni walaupun sebelumnya ini bukan feveret. Aroma segar daun ini cukup membangkitkan selera..

Selain bunganya, daun basil juga boleh dikeringkan dan di buat teh.

Boleh disediakan begini atau terus masukan daun kering tersebut dalam air panas. Campur beberapa butir gula jika tidak suka rasa tawar. Boleh segarkan badan dan pernafasan.

Ruku-ruku atau holy basil . Satu color lagi warna merah gelap. Dikenali juga dengan nama Thulasi/Tulsi Ruku-ruku mudah di jumpai tumbuh di sekitar  kampung, perumahan  dan semak. Arwah bapa saya pernah masak gulai ikan keli campur daun ruku-ruku. Sedap tapi sayang saya dan arwah ibu tidak tahu resepinya. 

Mmm..mulai hari ini saya tidak akan buang lagi bunga-bunga kering bsail yang ada. Simpan bijinya. Mana-mana kawan yang ada tanam pokok basil ini bolehlah cuba buat sirap selasih sendiri ya..

Ok  kawan-kawan..happy blogging & happy gardening!



21 comments:

  1. biji selasih yang diletak dalam air sirap dari selasih yang mana satu? rumah saya banyak betul selasih Thai. bolehla cuba buat air sirap selasih lepas ni. saya biasanya buat ulam selasih Thai atau masukkan dalam masak lemak kobis atau labu. masukkan lepas api ditutup sebab daun selasih mudah layu. ulam kegemaran suami saya.

    ReplyDelete
  2. Wanie, kak rasa semua jenis biji basil boleh di campur dalam air sirap. Bijinya semua sama dan mengembang mcm tu juga. Kat rumah kak campur saja biji basil dari ruku, kemangi dan Thai basil.

    ReplyDelete
  3. Zàman ky kecik inilah air paling sedap di bulan puasa. Masa tu mana ada air yg pelbagai perasa. Dapat pun hasil sedekah jiran2.tak silap sepeket cuma seposen jer pada masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yon..kita dulu mana ada air berperisa mcm la ni...sirap ni yang selalu ada. Kak dulu kalau nak sedap sikit beli air lemonade tu la...

      Delete
  4. Ya Allah Kak Mala selalu kalau jogging hujung minggu nyonya yg buang bunga-bunga kering pokok selasih tu buang aje. Kakak boleh tak terfikir tentang bunga kering tu ada biji selasih yg buat air. Tengok ni baru tahu. Biasa ambil daunnya aje utk masak (kalau masak gulai nangka muda sedap kan letak daun selasih hihi...)

    Lain kali kakak nak buatlah sebab kakak memang suka minum sirap selasih. Letak lemon sedapnyaaaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zakie letak lemon lagi sedap...lain kali boleh cuba buat sendiri..memang nak perisi dia tu lamabat sikit..tapi boleh dapat secamca kecil pun dah syok sangat dah...

      Delete
  5. Assalamualaikum kak Mala,
    Bestnya info kakak ni, nampak sedap pulak air selasih tu, dlu Julie tanam selasih bnyk2 x terfikir pun nak collect seedsnya & buat air, the reason Julie tanam selasih adalah utk attract si lebah hihi, nnti kene try buat air sela silahkan mcm ni, terima kasih bnyk2 utk perkongsian info ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie,
      Banyak org tak peduli biji selasih yang ada dipokok Julie..termasuklah kakak.

      Delete
  6. Yelah..ingat lagi dulu2 mak ngan nenek kita selalu buat air serbat ngn biji selaseh ni...katanya elok untuk menyejukkan badan...

    Masa kenduri kawen pun kebanyakkannya air serbat ni lah orang jamu..

    Bunda nak lah tanam pokok basil ni... tak pernah lagi... selalu tengok rumah orang india mesti ada pokok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 kat kampung banyak daun ruku saja..tahun 90an baru saya jumpa dan tanam kemangi ni..

      Delete
  7. Yelah..ingat lagi dulu2 mak ngan nenek kita selalu buat air serbat ngn biji selaseh ni...katanya elok untuk menyejukkan badan...

    Masa kenduri kawen pun kebanyakkannya air serbat ni lah orang jamu..

    Bunda nak lah tanam pokok basil ni... tak pernah lagi... selalu tengok rumah orang india mesti ada pokok ni...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak,
    Tgk biji selasih ni, automatik teringat bulan puasa. Masa budak2 dulu arwah mak kalu buat sirap mmg tak tinggal biji selasih... Tapi air sirap saya dia x isi biji selasih sebabnya saya x gemar biji selasih ni...entahlah x boleh nak telan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nampak geli kut tu sebab tak boleh telan...tapi kak dari bebudak suka makan sirap selasih ni...

      Delete
  9. wow! waktu musim panas ni, mesti best minum! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang betul Malar...musim panas eluk minum air selasih ni boleh sejuk badan...dan ada juga info katanya sesuai untuk berdiet

      Delete
  10. Memang sedap roselle campur biji selasih.
    Musim panas sejukkan badan.
    Boleh gilir-gilir jus roselle campur dengan isi gel aloe vera juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap roselle campur sirap..hilang dahaga

      Delete
  11. They look like chia seeds. Anyway, any taste?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, some people thought chia seed is a seed of basil..The taste? I don't know how to describe it..hahhaa..but I really like it..and most of malay's prefer to have this seed with syrup rose or syrup bandung.

      Delete