Monday 28 January 2019

Lemon Australia.

Sudah masuk musim kemarau di daerah saya sekarang.  Rasanya sudah tiga minggu hujan tidak turun. Oh, sebelum lupa ingin saya nyatakan disini saya tidak boleh turun komen di beberapa blog kawan seperti WP... Faridah... Siti Yang Menaip dan beberapa orang lagi. Dulu boleh, ok saja.  Mungkin sudah ubah cara setting atau saya sendiri tidak mahir. Walaupun begitu saya tetap lawat dan membaca. Cuma agak ralat tidak dapat  komen cerita. 

Musim panas begini kebun saya bersih dari rumput tapi meriah dengan bunga.  Tapi minggu ni tak ada cerita bunga. Nak  cerita pasal lemon Australia pula.

Jangan gelak tengok seluar dalam buruk tu. Hubby punya. Ini ikut petua dari kawan fb. Kalau nak buah lebat  katanya lempar benda alah ni atas pokok. Saya pun ikut. 

Tapi buah yang keluar tetap gitu-gitu saja tak lebat. Cuma yang agak pelik dua biji lemon yang mana rantingnya tersangkut seluar buruk tu jadi begitu besar dari yang lain. Lucu ya. Ada tak kawan-kawan yang biasa buat petua begini... 

Lihat beza sais ukuran lemon saya dan lemon pasaraya.  Sekali ganda besarnya. 

Beratnya 300gm lebih manakala lemon biasa cuma 150gm saja. Pertama kali dapat sais gedabak dua biji. Mmmh... petua la sangat kannn.... 

Beberapa minggu lepas saya tut pokok lemon ni. Masa beli dulu dari anak biji. Empat tahun baru berbuah. Puas la tunggu... 

Semalam tengok semua sudah tumbuh akar. Wah.... begitu mudah dan cepat. Nak tunggu akar penuh dulu baru nak tanam. So excited....

Saya akhiri posting ini dengan bunga baru white thunbergia black susan eyed.  Pada masa yang sama masih berharap agar dapat kembali memberi komen di blog kekawan seperti di atas. 

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy   gardening! 




27 comments:

  1. eeyh.. thanks akak bgtau because tak tahu pula x boleh komen. pelik jugaa knapa ya.. CT x pro bab bab setting ni kena minta org tlg check =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak dah cuba dari tahun lepas. Beberapa kali masuk blog Siti. Godek sana sini pun tak boleh. Frust juga tau. Nak komen apa tak boleh. Nanti kawan cakap kita tak pernah melawat kan.

      Delete
  2. Boleh cuba trylah petua ni.
    underwear buruk banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la cuba...Apa-apa jadi jangan saman ya... Hahaha...

      Delete
  3. Lucu pula dgr petua ni. Kalau pokok jambu air tak mau berbuah buah ,agaknya berkesan tak guna petua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Cik Son. Saya ni ikut la petua ni kut2 menjadi sebab pokok lemon saya ni sekali turun buah adalah 4-5 biji ja. Tengok orang lain punyak pokok bergayut. Puas berbaja mcm tu juga hasilnya.

      Delete
  4. assalamualaikum kak, wah bagus petua ni,tqvm atas perkongsian Julie
    pun nak trylah, dlu ada jiran Julie bgtau, kalo nak pokok berbuah lebah kita tetak2 patang pokok tu dengan parang. Bestnya ada pokok lemon, pokok lemon Julie sampai skrg x berbuah, dah bubuh baja bagai jenis pun masih jg x nak berbuah, kakak bubuh baja apa ye? d pokok lemon kakak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baja buah yg biasa saja. Pastu sekarang baja apa tak pakai sebab pasu dia dah terbalik condong dan akar pula sufah tembus tar jalan. Kak letak belakang rumah ni.

      Delete
  5. Besarnya buah dia.
    Petua tu bagus juga. Ada juga kegunaan nya seluar lama tu.
    Black eyed susan tu cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis ikhtiar dah. Tu yang lambung naik seluar lama koyak tu kut menjadi. Hehehe...
      Agak malang juga black susan eyed orange saya mati setelah bertahun-tahun hidup eluk.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, teruja dengan buah lemon tu, besarnya. Tapi lebih teruja dengan petua untuk melebatkan buah tu.. nak cuba pada pokok durian lah..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Jenuh nak lambung la seluar tu kalau kena pokok durian tinggi.. Hehehee...

      Delete
  7. Seronoknya dah ada buah. Pokok lemon saya masih lagi malu nak berbunga. Tanam dari biji, memang kena sabar la tunggu hasilnya. Itupun jika berhasil. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Wah mmg besar la yg bungkus Kain tu. Saya pun xdpt Komen juga di blog yg Guna komenKomen G+ agaknya sebab Google+ dah nakntutup dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Ada blog2 kekawan yang tak dapat tulis komen.

      Delete
  9. Replies
    1. Ya... Yg dua bijinya tersesat jadi so besar.

      Delete
  10. Great Lemon!
    Beautiful and delicate flower.
    All the best
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
  11. apalah khasiat seluar buruk tu ye kak mala, ana juga nak bagitau kak mala kalau boleh tukar blogger user profile kak mala ke blogger kerana Google+ akan berakhir pada 1hb April 2019 nanti, takut tak boleh masuk pula ke blog kesayangan ana ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Oh tq Ana for info.
    Seluar dalam buruk tu fungsinya bagi buat pokok yang ketegaq berbuah. Petua la tu...

    ReplyDelete
  13. Wonderful to see these two plants here. I tried them with not much success. My lemon is still surviving and the last black eyed Susan was years ago. Good job, Normala <3

    ReplyDelete
  14. Nama pun Lemon Ostolia NS, baka omputih tu

    ReplyDelete
  15. Tu la big size kan ostolia ni...

    ReplyDelete
  16. Pokok citrus kami pula kalau banyak kerengga berkeliaran tu pokok tu memang lebat berbuah.
    Yang ni jenis Meyers ke Kak Mala?

    ReplyDelete
  17. Tak tau jenis apa Diana. Seller cakap lemon Australia saja.

    ReplyDelete