Monday 26 August 2019

Aster

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Lama tak posting pasal bunga. Kali ini giliran aster  pula bersiaran. Sudah hampir dua tahun saya cuba mengumpul variety bunga ini. Semuanya saya beli secara on line dari nursery dan beberapa orang persaorangan. 

Kebanyakan variety yang ada sekarang berasal dari Thailand.

Ini pemberian anak pokok dari  kawan  fb, Anne Noraina.  Cantik sangat bunganya bila kembang. Warna terang. Kuntumnya sebesar siling lama 50 sen.

Ini pula aster kampung. Jenis pertama tanam. Paling tahan lasak. Aruah mak pun dulu banyak tanam. Wajib ada dilaman.

Sebenarnya aster sangat mudah ditanam dan dibiak. Dengan keratan batang pun boleh tumbuh. Saya main cucuk ja merata pasu.

Dari pengalaman aster lebih cantik berbunga dan kelopaknya lebih tahan lama dalam panas atau teduhan cahaya terus.

Begitupun ianya tidak bertahan cantik dalam musim hujan. Kuntum bunga mudah layu dan cepat dapat serangan penyakit.

Daunnya cepat menjadi lecur hitam dan pangkal pokoknya pula sering diserang fungus. Juga serangan ulat dan siput.

Mungkin kerana tiada semburan perlindungan maka aster saya banyak yang mati  bila terlebih hujan.

Ini antara yang mati. Putus benih.

Ini juga..... Nilai kerugian? Mmm..malas cakap lah 😁😁😁  Apapun saya sudah beransur kurang mengorder bunga atau biji benih. Tumpuan lebih kepada pokok buah dan pokok yang sedia ada. Sudah insaf. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Hehehe..

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

47 comments:

  1. Replies
    1. Tapi sayang banyak jenis yg dah mati. Boleh order lain tapi tahan hati sebab dah berjanji nak berhenti beli bunga. Kecuali jumpa berdepan di nursery itu mungkin tak dapat elak 😆

      Delete
  2. Beautiful flowers !
    Greetings

    ReplyDelete
  3. Happy to see that you have finally got all the colours. Mine has disappeared sadly. Happy gardening!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Steph.
      Most of my aster vanished too. Only a few left.

      Delete
    2. They are too beautiful to be missed in a garden, got to buy/grow again LOL.

      Delete
  4. Sayapun dah tak beli pokok bunga lagi dah. Banyak pasu yang dulunya ditanam dengan pokok bunga tapi sekarang sudah ditanam dengan pokok sayur dan pokok nenas. Masih banyak lagi pasu recycle yang masih kosong. Simpan aje la dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah begitu. Lebihkan tanam sayur dari bunga.

      Delete
  5. Sangat cantik semua nya buat saya nak juga bunga ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah banyak dijual kat nursery. Dulu2 susah nak jumpa orang jual.

      Delete
  6. selalu ana jumpa yang warna ungu je Kak Mala, mak ana panggil bunga karang intan katanya hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak color Ana. Kak dulu pun ingat ada color purple dan putih ja. Rupanya bwrbagai variati juga.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cantik bunga ni. Ditambah dengan warna yang berbagai. Kalau boleh tanam di banyak2 taman tentu lagi cantik... mcm tulip gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Menghampiri pencen bunga la ni...kena slow2 dah.

      Delete
  8. Cantik-cantik bunga-bunganya. Tapi, itulah kena rajin menjaga, kan.

    ReplyDelete
  9. Sukanya tengok bunga, harap satu hari nanti dapat la buat taman kecik

    ReplyDelete
  10. Cantik2 kak.. suka tgk.. lama jgk 2 thn nak kumpul variasi tu
    Kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ati. Ya lama nak kumpul. Dah tu mai musim hujan banyak juga yg pupus.

      Delete
  11. Bonitas variedades. Un beso.

    ReplyDelete
  12. Beautiful flowers.
    Sudah insaf , Haha!
    Dalam hobby ni memang banyak keluar duit. Saya hobby photography lagi nanyak duit keluar, tapi tak insaf-insaf. (jangan bagi tahu isteri saya ye :0)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tang duit habis banyak tu memang betul. La ni makin tua mata pun dah kui rabun rasa dah letih juga nak perembang bunga. Dulu ada hati juga nak beli dslr baru konon. Pikir2 balik guna handphone je la. Padan dengan makcik.

      Delete
  13. Delicate and beautiful flowers.
    I loved them all.
    Greetings
    Maria

    ReplyDelete
  14. wah cantik cantiknya semua bunga ni. terapi mata sungguh tengok bunga cantik

    ReplyDelete
  15. Salam kak mala..apa kabar..moga sentiasa sihat dan ceria bak bunga2 dilaman akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Sihat Kam. Cuma agak sibuk sebab renovate dapur. Dah la jerebu dalam rumah pula berdebu. Penat juga.

      Delete
  16. slm kak. lama tak ziarah sini. cantik2 bunga tu kak, macam2 kaler

    ReplyDelete
  17. Cantiknya... Senang nk.jaga x

    ReplyDelete
  18. Cantik betul pokok bunga ni....kalau la dapat tanam...

    ReplyDelete
  19. Satu hari nanti mesti jumpa juga.

    ReplyDelete