Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers. Harap semuanya sihat. Berlalu dua minggu lepas saya telah menyambut hari lahir yang kesekian umurnya. Syukur alhamdullilah masih se panjang ini usia saya.
Menuju usia senja saya beritahu anak. Please no more cakes and jambangan bunga. Just happykan mak dengan pokok ja...So pada hari tersebut di sinilah saya. Menikmati dan membeli.
Walaupun sangat rambang mata tapi saya berusaha tidak tergoda. Kerana saya sudah berjanji untuk tidak berlebih. Lagipun saya dalam fasa ...less is more.....
Berusaha untuk minimalist. Jadi cukup saja dengan dua pokok hiasan hijau.
Apa lagi yang boleh buat saya happy? Salah satunya. Melawat kedai deco. Tengok-tengok saja tak beli pun tak pa...
Tapi bila tengok berkenan pula. Hahaha....lembut saja warna bunga ni nampak. Kan..sweet saja dia walaupun tiruan.
Masa beli si Peach, Meah purple ni macam suruh- suruh saja bawa balik dia sama. Mmm...
dua-duanya sweet. Saya tak pandai mengubah. Jadi letakkan dalam vase begitu saja. Just simple and nice.
Happy moment...harus dirai dan dingati. Banyak detiknya berlalu terlupa simpan di sini. Jadi dari hari ini seterusnya akan ada banyak cerita gembira saya bawa. Hidup harus di teruskan selagi bernafas. Yang sedih dan buruk itu jadikan sempadan.
OK kawan-kawan, please take care. Happy gardening & happy blogging.