Friday, 27 December 2019

Ziarah Kasih (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Hari ini kita sudah berada di Jumaat terakhir untuk tahun 2019. Pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun. Banyak suka duka bertandang dan berlalu. Banyak juga cerita
yang terbenam belum sempat di kongsi dan simpan di sini. Tak tahu siapa yang mengejar siapa. Samada saya atau masa. Berjalan berlari tapi tetap tak sampai di garisan penamat.

OK sebelum meneruskan cerita, ini saja gambar yang mampu dirakam dihalaman rumah saya sekitar jam dua petang tadi. Gerhana matahari yang fenomenanya cuma akan kita jumpa semula 20 tahun akan datang. Saya tidak pernah ingat sebelum ini, tapi hari ini pertama kali dalam hidup saya berasa sangat nyamanya berada dibawah pancaran matahari terik tapi tidak terasa langsung bahangnya. Subhanallah.

OK berbalik pada cerita. Saya pernah berkata di sini dulu, ingin menziarah kasih kawan-kawan lama saya. Kawan-kawan arwah ibu dan bapa juga kampung halaman semasa saya kecil. Bukan jauh sangat tapi keterbatasan masa melambatkan hajat. Akhirnya   saya berjaya juga menapak di kampung kelahiran. Perkara pertama yang buat saya terpegun.  Barisan pokok  itu... So amazing!  pokok pelam telor yang sering kami curi buahnya masih tesergam di situ. Masih utuh berdiri menjadi sempadan.
Banyak kenangan lama berlegar disekelilingnya. Buat saya terus tersenyum dan ketawa....

Rumah pemilik pokok pelam. Telah berubah rupa tapi anjungnya masih serupa. Satu waktu dulu pernah menjadi rumah dan laman tercantik di kampung. Hanya orang tertentu saja yang boleh datang dan berjalan melalui tanahnya yang dipagari kawad berduri. Sudah tentu tidak untuk saya dan sesetengah keluarga lainnya. 

Namun waktu itu tidak pernah saya lupa pada seorang gadis  yang menghuni di rumah tersebut. Dia ibarat sebutir permata yang bercahaya. Sangat suka melayan bebudak. Pernah curi-curi suapkan saya nasi di celah pagar. Maklumlah zaman budak dulu perut sentiasa lapar. Dan dia masih setia dirumah itu...... 

Bersempadan dengan tanah tuan pokok pelam ialah  tanah tuan rumah yang kami tumpang. Rumah keluarga saya dibelakang rumah-rumah ini. Zaman itu ada barisan pokok jambu batu berbaris di antara dua buah rumah ini. Masa itulah sekitar tahun 69 atau 70an saya pertama kali melihat Dr Mahathir datang merawat pesakit. Ramai jiran datang untuk merai. Saya ingat saya terpaksa memanjat pokok jambu bersama budak lelaki lain semata-mata untuk melihat Tun dari dekat melalui jendela yang terbuka luas. Dia tersenyum manis memandang kami. Ohhh.. segaknya Tun waktu itu. Kelihatan lembut dan sopan.

Ini pula rumah tuan tanah kami. Sangat daif sepi tiada penghuni. Jatuh juga air mata tatkala merakam gambar. Macam nampak-nampak saya dan anak tuan rumah berlarian bermain masak-masak di atas beranda.

Kini cuma tinggal sisa tangga batu dari sebahagian beranda kayu yang lama sudah roboh.

Saya juga jumpa sebiji  pelapik batu beranda kayu di situ.  Menurut anak bongsu tuan tanah tinggal dia seorang saja yang masih hidup. Kakak dan dua abangnya sudah meninggal. Sayu dan terharu dengar. Dulu dialah kawan lelaki  sepermainan saya. Kami sebaya. Setelah hampir 40 tahun berpisah akhirnya kami bertemu semula dengan penuh keterujaan di majlis perkahwinan anak saudara saya pada bulan September lepas.

 Lawatan sehari tidak mungkin melengkapkan hajat yang tersimpan sekian lama. Masih ramai lagi rakan taulan yang belum saya temui. Semoga saya masih punya waktu dan tidak terlambat. Saya berdoa moga hasrat saya dimakbulkan   In sha Allah.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Wednesday, 18 December 2019

Bundle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung tahun ya. Mmm...sekejab saja masa berlalu.
Hari ini nak bercerita pasal bundle. Ada tak kawan di sini peminat pakaian atau barangan terpakai ni? 

Saya adalah peminatnya. Tak kisah apa benda. Asal berkenan saya akan beli. Mesti lah kerana harganya yang murah dan kebanyakkan asal dari luar. Sesuatu yang sukar kita dapatkan di sini. Kalau ada pun harganya  tersangat mahal.

Macam alas meja crochet ni....jumpa terus ja beli. Memang suka sangat kait jenis ini. Kalau sesiapa yang berminat boleh tengok di fb Liscrochet bundle ya. Huish....rambang mata. Macam-macam kain hiasan ada.

Tak malu cakap sekitar  tahun 2008 dulu saya memakai baju bundle ke pejabat. Ada satu tahun tu saya beli baju raya bundle untuk dua orang anak. Tak habis 15rm pun. Sehelai seringgit. Pilih sampai lebam. 
Bukan tak ada duit tapi pakaian disitu tersangat cantik dan moden. ( Kedai tersebut di kampung saya  ) Semuanya dari Jepun dan Korea. Masa tu rasanya satu Malaysia turun kesitu untuk membeli termasuk para peniaga. Band boy pun ada beli. Datin pun ada......

Tapi sekarang pakaian di kedai tersebut sudah tidak semewah dan cantik seperti dahulu setelah bossnya bertukar tangan. Harga pun sudah naik dan mengikut item. Kira kilo bukan helaian. 

Membeli di sini kena berhati dan pandai memilih. Untung dapat yang baru atau reject kilang. Kadang yang branded pun ada. 

Apa pun saya selesa membeli bundle yang sudah dicuci dan distril. Sekarang ni saya lebih suka membeli hiasan alas meja dan perabot. Baju-bajuan dah tak sesuai untuk makcik...

Agak malang....dari dulu sampai la belum terjumpa pokok bunga bundle atau second hand. Pasu reject ada la jual... Kalau la ada. Saya lah orang yang paling bahagia dalam dunia....


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!