Sudah lama saya tidak memijak pantai walau duduk di pulau yang dikelilingi laut. Bukan tiada masa cuma bila usia meningkat perasaan untuk 'menikmati' rasa sedikit mengurang. Perkara biasakan...
Beberapa hari lepas baru terasa nak mengikut anak menginap di hotel suaminya bekerja. Dalam musim hujan boring juga tinggal seorang dirumah.
Lagipun tahun ini saya tidak keluar bercuti seperti biasa. Jadi menempek saja buat rasa hilang rindu. Villa tempat menginap. Four Season.
Habis semua tempat dia nak panjat. Abah Qaseh melayannya buat kopi.
Manakala ibunya pula sibuk hantar gambar perangat maksunya di kampung....
Dalam hujan rintik saya sempat kepantai untuk ambil gambar. Pantainya sangat bersih, luas dan panjang sekitar 1.5 kilometer. Kami datang waktu low season jadi tidak ramai pelancong disini.
Saya suka landskap hotel ini. Sangat luas, hijau, damai dan nyaman. Keseluruhan kawasan dilatari unsur air, kolam buatan, batuan dan kayu kayuan. Kerana terlalu luas saya tidak dapat merakam kesemua tempat cantik cuma dapat menyaksikan keindahannya semasa di bawa keliling dengan buggy dalam hujam.
Uniknya lagi sebahagian kawasannya bersempadankan dengan sebuah bukit, Membuatkan persekitarannya cukup kelihatan semulajadi. Malangnya terlupa nak snap sebab ralit duk tengok.
Mmmm...apa nak kata...dah semulajadikan....jumpa kulit ular terselit dicelah blok batuan pembahagi bilik sebelah.
| Pasu-pasu hiasannya pun cukup besar dan tinggi. |
Tiang kayu yang di gabungkan menyerikan banggunan.
Lagi pasu besar depan villa.
Dalam hujan saya perhatikan pokok kemboja berbunga putih mendominasi pokok tanaman lain di sini. Ini kerana bunganya digunakan untuk SPA.
Bunga yang gugur...
Hajat hati nak ambil gambar kolam renangnya yang mengadap pantai namun hujan masih belum berhenti jadi snap kolam kecil dalam bilik saja. Gambar pun agak kabur. Mmm...Qaseh tak menyempat nak mandi.
Mandi sampai kecut...
Sampai rumah hubby tanya, Qaseh macamana. Tentu saja happy, non stop melompat kehulu kehilir....jawab saya. Hubby senyum memanjang. Syukur kehadrat Ilahi sempat melihat anak & cucu hingga kedetik ini. Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang nenek bila melihat anak dan cucunya ketawa didepan mata.
Selamat berhari minggu kawan-kawan juga Selamat Hari Ibu!
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


