Tuesday, 4 March 2014

My Pelam Sala - 2

Sala. Itulah nama mempelam yang sedang berbuah lebat di laman saya sekarang ini. Sama nama dengan company saya bekerja. Saya sendiri tidak pasti kenapa buah ini  dinamakan demikian dan apa maksudnya. Malas nak tahu sejarahnya. Cuma yang pasti di Kedah  ada satu tempat yang namanya sedemikian - Sala.

Ini tuaian pertama dari musim kedua. Hubby sibuk nak peram. Testing cukup manis tak.  Musim pertama dua bulan lepas dah habis buat pesta garam belacan untuk kawan-kawan. Musim kedua niatnya nak jamu kawan-kawan dengan pulut mempelam pula.

Untuk elak dari rasa geram dan ditenung oleh peminat, saya sarungkan dengan guni bawang besar. hehehe...

 Sebahagian dari pandangan bahagian atas, Pokok kecil saja. Kesian juga tengok dia terpaksa memikul bebanan berat buah yang berketul-ketul

Monday, 3 March 2014

Liar Yang Cantik - Asystasia

Selalunya saya diketawakan dan di anggap lucu kerana memandang cantik pada bunga-bunga liar ini. Saya pun tidak tahu kenapa bunga secantik ini di pinggirkan dan tiada sebarang nilai di pandangan.  Ini sebenarnya mengimbas  kembali 24 tahun yang lalu ketika saya mula pertama kali menginjak kaki di rumah sewa saya di Langkawi. Tuan rumah ( arwah ),  suami isteri amat menyukai tumbuhan dan menjaga rapi kawasan kampung mereka yang luas. Ketika itulah saya mengenali bunga-bunga comel ini dengan tanpa nama. Tumbuh di pinggiran, berumpun berselerak dengan warna-warna lembut yang begitu memikat. Biru muda, pink, lime green, putih dan purple. Untuk hiasan atas peti ais, selalu juga saya memotong dan memasukkan bunga-bunga tersebut kedalam balang yang berair. Ketika itulah saya di ketawakan. Saya masih ingat kata-kata arwah tuan rumah "....ish,bunga macam tu pun nak ambil..orang tak tanam pun..."
Ketika merindui bunga ini saya kembali semula kerumah sewa lama dan mencarinya. Malangnya setelah ketiadaan tuan rumah suami isteri, pokok-pokok tersebut pun turut pupus. Saya cuma berjaya dapat satu jenis warna sahaja seperti gambar di atas. Pada waktu inilah saya mengoogle nak tahu apa namanya dan saya secara tidak sengaja terlihat info bunga ini dan sekutunya di My Nice Flowers
Namanya Asystasia Gangetica atau Chinese Violet...( ada beberapa lagi nama..)
Hampir dua bulan , saya sangka sudah mati tapi tiba-tiba ia muncul dan berbunga. Terima kasih! Ini adalah serpihan dari kelompok besar yang telah licin di ratah oleh kambing-kambing durjana..Saya ada juga menanam dalam pasu. Pokok saja rimbun tapi tidak berbunga..Bunga ini sebenarnya boleh di dapati pada kebanyakan pinggiran kampung di Langkawi. Daunnya boleh disayurkan namun saya belum pernah mencuba. Terdapat juga adik beradiknya yang lain,  lebih comel bunganya seperti gambar di bawah..
 Ini...., Asystacia Sp namanya..


Tadi google2 jumpa satu blok nama Cinta Manis.. Tak sangka rupa-rupanya ada warna pink pekat bunga ini. Mak oii...cantiknyaaa dia...saya mula perasan, kalaulah di campur warna pink dan purple dalam satu pasu..ohhh...mestilah happening sangat....Harap-harap boleh dapat color pink tuh!


Yang ini pun masih dari family yang sama. Asystasia Intrusa atau Rumput Pengorak, Rumput Kambing, Bunga Istana ( info dari My Nice Flowers )  Nama lain dari internet Ara Sonsang atau Rumput Israel ( rumput untuk arnab ) Ini baru boleh dianggap liar. Merata tempat dia tumbuh, Kat rumah saya sendiri pun berselerak dengan pokok ini...Hah, yang ini baru  saya pandang tak cantik ....tapi bila close up chome pula..

( Gambar dari blog bunga Hawaii )
Imbasan kenangan Beginilah rupa kelompok bunga Asystasia suatu waktu dulu, ketika di rumah sewa lama, berselerak keliling kampung penuh warna warni. Tak cantik ke macam ini...?







































Saturday, 1 March 2014

Heliconia

Inilah pokok yang paling senang tanam, senang tumbuh dan senang membiak tanpa sebarang baja dan penjagaan yang rapi. Saya sebenarnya amat meminati pokok jenis ini tapi memandangkan ruang yang terhad, terpaksa saya mengawal pertumbuhannya dengan membuang anak-anak pokok yang muncul. Sayang tapi terpaksa, jika tidak halaman saya akan jadi hutan heliconia.

 Terlalu berat sampai batangnya patah.

Saya terpaksa menyokongnya  begini..

Dek kerana dipayungi oleh pokok jambu dan bersempadan dengan rumah jiran, kebanyakan heliconia saya jadi merenjong melepasi dahan pokok tersebut kerana mencari cahaya.

 Jadi macam ni lah, batang tak tahu yang mana, tau-tau bunga ja turun  memanjang ke bawah dari celah-celah  dahan pokok jambu.






Tuesday, 25 February 2014

Lama Yang Baru - Crossandra

Jujur saya akui,  baru saja tahu namanya melalui dunia blogging. Padahal sudah tanam dari zaman anak dara lagi. Sekitar pertengahan tahun 70an dulu. Kawan baik arwah mak yang beri. Katanya dia dapat dari rumah seorang India. Bermula dari situlah saya cuma namakan dia '..bunga orang India suka pakai...' Sampailah tahun lepas, saya terasa untuk menanamnya semula. Saya ambil dari rumah mak mertua Cik Wa. Masa itu kawan baik saya tu pandang sebelah mata saja. Tak minat ...
Closed up..
 Tapi kalau dah bunga berketul macam ni..sapa yang tak minat nak tengokkan. Baru lah rasa nak tanam...
 Ceria bersama Angelonia. Berdua ni cukup tahan panas dan sentiasa berbunga.




Friday, 21 February 2014

Ada Apa dengan Petunia?

Tu lah, dulu tak mau sangat beli petunia jenis hybrid ni. Tak tahan lama..tapi degil, langgar sumpah beli juga. Bukan apa saja nak buat experiment nak tengok boleh tahan cuaca tak dan saya suka sangat nak dapatkan biji benih dia untuk semaian baru..Selama sebulan lebih ianya membesar subur dengan bunga yang meriah dan tiba-tiba saja  ia boleh jadi begini.....
Mula-mula ingat tak cukup air. Siram tapi terus-terusan kecut. Cek akar dah reput di pangkal. Over siram ke? Rasanya tidak...sehari sekali sahaja. Mujur stok benih sudah di tuai..
Kembang yang pertama tertewas....
Empat hari kemudian di ikuti dengan kembang yang ini pula..pun tertewas.
Akhirnya cuma tinggal yang ini saja masih terus bertahan. Saya cuba menanam batang-batang dari pokok yang mengecut ( segarkan dulu dalam air ),  dalam enam pasu cuma kelihatan satu saja yang macam hidup. Lain terus kecut. Apapun saya puas hati sebab sempat simpan kesemua stok biji benih. Esuk cuti jadi boleh menyemai lah.





Wednesday, 19 February 2014

Kebun Tumpang

Begitulah keadaan saya, dek kerana minat terpaksa menumpang tanah sebelah untuk berkebun. Mujurlah tuan rumah baik dan beri kebenaran untuk menanam apa saja..Ruang kosong cukup luas , stok benih pula macam2 ada tapi saya lah pula tak cukup masa untuk berkebun sepenuhnya. Hai..kalaulah saya suri rumah sepenuh masa...alangkah bahagianya. Rasa2nya sampai atas bumbung pun kalau boleh nak tanam pokok...Memandangkan sekarang musim kemarau saya cuma tanam tanaman secara kecilan dulu..

Terung Belanda yang dah tak larat buat kenduri sambal tumis dengan kawan-kawan
  
Sawi yang masih cekeding...
 Bendi..dah puas makan...          
   
 Remayung Hijau / Spinach Malabar tanam semula round ketiga.
  
 Kacang Kelisa dah berbunga
 Terung Ulam dan Terung Panjang hitam
 Ulam Raja.
Petola Segi benih pasaraya 
                                                               Labu manis benih pasaraya

 
                                                          Rossel yang ketot pokoknya.


                                               Tumpang update cili belakang rumah masih maintain...


                                 Pudina dan Pegaga, syok tanam saja tapi jarang makan.......

                                                    Kucai yang bushy dah tak termakan....

Tuesday, 18 February 2014

Scarlet Iris & Kemboja Bali Diana

Wah minggu ni banyak cerita pasal kembang pagi dari rakan bloggers..happy tengok bunga rakan-rakan. Saya sangat teruja.  Berharap sangat nak dapat bunga cantik macam Diana tapi sayang banyak benih yang disemai tak menjadi kali ni. Kebanyakannya mati muda atau tidak tumbuh lansung.  Mungkin campuran tanah saya tidak sesuai. Agak sedih, bibit benih ensign mixed dan blue yang baru tumbuh dari Iris mati terpenyek. Ranap semuanya. Saya agak dua ekor KK bertuah saya masuk tidur dalam pasu tersebut. Fuji pula layu sebelum berkembang. Mati juga...Yang tinggal Scarlet sahaja. Tak apa lah..never give up..Pun begitu bila balik petang tadi ada kejutan menunggu. Hah! tengok ni kemboja Bali Diana dah mula  berkembang..


    Sebenarnya kemboja kuning pesanan pertama dari Diana sudah lecur batangnya. Mati. Yang tinggal dan berbunga ini sepatutnya warna merah dari pesanan kedua, why dia jadi kuning pula...magic?

 Ini pun masih kemboja kuning pemberian dari Diana semasa datang ke Langkawi bulan lepas. Siap ada akar. So...mana kemboja Bali merah saya...jangan-jangan silap hantar ke Diana...? Apa pun saya rasa beruntung kerana baru tanam saja dah keluar bunga. Yang kat atas tu daun pun belum tumbuh lagi...

                                                       Ini bunga sulung Scarlet O'Hara  dari Iris..